Saturday, April 17, 2010


Perkongsian Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor on Sabtu 10 Jan 2009

Apabila saya mula mempelajari pemikiran Abu Hassan al-Asy’ari dan al-Maturidi, sudah timbul satu keanehan yang mendesak-desak benak saya. Saya masih terlalu muda ketika itu, menyebabkan saya hanya bersetuju dengan kesemua pandangan Imam tersebut. Apalagi guru-guru saya turut mengajarkan pemikiran kedua-dua aliran ini tanpa mempersoalkannya.


Agak berat bagi saya untuk membangkang idea yang diketengahkan Ustaz Harun Taib berkenaan Ta’addud Jamaah. Namun sebagaimana tadi, saya masih muda. Orang muda seperti saya akan tersepit. Tersepit antara pemikiran yang pelbagai. Ia menyakitkan, sangat menyesakkan. Orang-orang tua ada berpesan, orang muda mesti berani melakukan kesalahan. Husam Musa juga berpesan demikian. Tetapi apabila kami cuba melakukan sesuatu di luar kebiasaan (bukan lagi kesalahan), kami dikatakan sebagai orang yang masih mentah, tidak punya pengalaman yang luas dan melauas, maka pemikiran kami sekali lagi terkongkong. Saya sangat menganehi hal ini. Disuruh berfikir, tetapi apabila berfikir, dipasung pula daya yang terbit tu. Bahkan idealisme baru tersebut juga dikasi semahunya. Sangat aneh.

Saya tersepit dengan gejala Wala’. Wala’ mengongkong pemikiran saya. Saya ingin bebas, mengasah daya berfikir. Tetapi apabila saya ingin bebas, saya dipasung dengan satu istilah yang namanya wala’. Apa wala’ itusehigga idealisme anak muda seperti saya dipasung begini. Apabila saya ingi mengembangkan daya saya, wala’ menghantui. Laungannya, tiada jamaah melainkan dengan ketaatan.

Saya betambah aneh. Rasanya ingin saja saya menghapuskan kertas kerja wala’ dan digantikan dengan ijtihad dan berfikir. Wala’ menguburkan pemikiran dan menghapuskan budaya ijtihad. Maksud saya, wala’ dalam konteks kefahaman yang ada sekarang. Apabila ingin bertindak di luar kerangka, sekali lagi saya dipasung dengan wala’. Saya akan jadi dungu jika begini.

Benar, wala’ itu boleh dilihat dalam beberapa ayat dan hadis termasuklah ayat ke-55 dalam surah al-Maidah. Wala’ itu rangkumannya empat; Taat, mahabbah, nusrah dan qurbah. Bagus, tetapi saya tidak bersetuju apabila wala’ itu menghapuskan budaya berfikir.

Ada beberapa kes. Saya mengajak seorang sahabat saya untuk mengikuti satu program Gamis. Program tarbiah. Tetapi sahabat saya menolaknya kerana pimpinan tidak mengizinkannya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Bagus wala’ itu, tetapi dangkal dan membengangkan dari sudut berfikir. Di mana konsep Afala Ta’qilun dan Afala Tatafakkarun yang disebut berulang kali oleh Allah dalam ayat al-quran? Bukankah seruan berfikir iu lebih banyak dinyatakan Allah al-Quran berbanding seruan wala’?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain