Wednesday, December 29, 2010

EPILOG CINTA




Tujuh tahun kemudian, keadaan sudah banyak berubah. Lembah Ranum yang dulunya hutan tebal kini telah bertukar menjadi ladang kelapa sawit. Di tengah ladang itu kelihatan sebuah banglo dua tingkat. Atapnya warna biru manakala dindingnya dicat dengan warna putih. Di halamannya .terdapat pokok-pokok bunga yang dijaga dengan rapi. Tidak jauh dari kediaman mewah itu terdapat sebatang sungai yang masih jernih airnya. Di seberang sungai itu terdapat beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai pejabat, stor dan bangsal kediaman pekerja. 

Kerana ladang kelapa sawit itu sudah mengeluarkan hasil maka ramailah tenaga pekerja yang diperlukan. Ada yang kerjanya memetik buah kelapa sawit, ada yang kerjanya membersih kawasan ladang dan ada yang memelihara tanaman. Mereka terdiri dari penduduk kampung yang berhampiran. Namun ada juga yang datang dari jauh. Para pekerja dari luar disediakan tempat kediaman.. 
Di bangunan pejabat itu terdapat kira-kira 20 orang kakitangan yang bertanggung jawab menguruskan bahagian kewangan, pemasaran dan pentadbiran ladang tersebut. Terdapat juga beberapa buah lori yang digunakan untuk mengangkut buah sawit daripada ladang ke kilang. 

Kerana ladang itu luas maka sebuah Kilang memproses Kelapa Sawit telah didirikan dan kilang itu beroperasi 24 jam. Selain memproses buah kelapa sawit yang dikeluarkan oleh ladang tersebut, kilang itu juga memproses buah kelapa sawit dari ladang-ladang kecil yang berhampiran. 


Rumah Banglo dua tingkat yang terletak di puncak bukit itu sentiasa diselubungi suasana riang gembira. Sesiapa saja yang berkunjung ke situ pasti dapat merasakan betapa bahagianya pasangan suami isteri itu. Tambahan pula mereka telah dikurniakan dua orang anak yang lincah dan comel. Yang sulung anak lelaki bernama Fajar, berusia 5 tahun manakala adiknya seorang perempuan bernama Delima berusia 4 tahun. Pasangan yang bahagia itu ingin memiliki anak seramai yang boleh. Tetapi entah kenapa setakat ini mereka Cuma dikurniakan anak dua orang anak sahaja. Mungkin juga disebabkan kesibukan jadual tugas masing-masing menyebabkan berlakunya penjarangan anak. Si isteri bertanggung jawab dalam hal ehwal kerja-kerja di pejabat.manakala suami sibuk menguruskan ladang dan kilang. Namun kesibukan itu tidak merenggangkan perhubungan mereka apatahlagi mengurangkan kasih sayang sebagai suami isteri. 

Seperti biasa tengah hari itu Syafiq dan Aghata pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Namun Aghata pulang lebih awal dari suaminya untuk menyediakan makanan. Dia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakan makanan kerana ada seorang tukang masak dan seorang pengasuh kanak-kanak. Kawasan Kediaman itu pula dijaga oleh seorang tukang kebun yang rajin. 

Aghata dan Syafiq merupakan pasangan paling bahagia. Hidup mereka sentiasa diselubungi dengan kegembiraan. Kediaman mewah itu sentiasa dihiasai dengan gurau senda dan ketawa anak-anak. Setelah sekian lama mengharungi pelbagai suka duka kini pasangan tersebut berada di puncak bahagia. Mereka adalah pemilik ladang kelapa sawit itu. Kini mereka memiliki segala-galanya. Rumah mewah, kereta dan apa saja keperluan hidup semuanya dapat mereka miliki. 

Jadual kerja harian mereka sememangnya sebuk.. Pagi-pagi lagi Syafiq sudah keluar untuk menguruskan ladang dan kilang. Begitu juga dengan Aghata yang bertanggung jawab di bahagian pentadbiran, pemasaran dan kewangan. 

Pada hujung minggu Syafiq dan Aghata membuat kerja-kerja amal. Dengan dibantu oleh penduduk tempatan mereka menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti mengadakan gotong royong, menziarahi mereka yang sakit dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Jika ada majlis keramaian Syafiq dan Aghata pasti dijemput hadir. 

Masa berlalu begitu pantas. Dalam masa tujuh tahun perkampungan Nanga Setia sudah banyak perubahannya. Penduduk rumah panjang tidak lagi bergantung hidup daripada hasil buruan binatang di hutan atau tangkapan ikan di sungai. Kini rezeki masing-masing berada di ladang kelapa sawit. Pendapatan yang mereka perolehi daripada kerja-kerja yang mereka lakukan dapat menampung kehidupan keluarga masing-masing. Bila ekonomi meningkat taraf kehidupan mereka juga meningkat. Kesihatan mereka juga lebih terjamin. 

Kalau dulu rumah panjang itu kelihatan buruk dan kebersihan tidak terpelihara tetapi kini berlaku sebaliknya. Dengan aktiviti gotong royong yang diadakan rumah panjang yang dulunya beratap rembia telah diganti dengan atap zink. Kayu atau papan yang reput diganti dengan yang baru. Mereka juga bergotong royong membersihkan kawasan sekitar. Parit yang tersumbat dibetulkan. Air yang bertakung dibuat saliran. Jalan yang sempit dilebarkan. Semuanya dilakukan dengan cara bergotong royong. 

. . Pihak kerajaan pula memberikan pelbagai kemudahan. Kalau dulu penduduk kampung terpaksa menggunakan jalan sungai untuk keluar tetapi kini sudah dibina jalan yang berturap tar. Dengan adanya jalan raya itu memudahkan mereka membawa hasil tanaman ke bandar. 
Kalau dulu mereka menggunakan air sungai atau jeram tetapi kini sudah mendapat bekalan air bersih yang disalurkan melalui paip. Dengan adanya kemudahan eletrik hampir kesemua keluarga di rumah panjang itu memiliki radio, tv dan telefon. 

Sebuah sekolah rendah juga sudah didirikan di kampung tersebut. Dengan ini anak-anak mereka tidak perlu naik bot lagi kerana sekolah berhampiran dengan rumah. Selain itu terdapat klinik desa, dewan orang ramai dan komplek sukan. Ada yang mengatakan perkampungan Nanga Setia jauh lebih maju dari perkampugan lain. 

Syafiq dan Aghata yang menjadi tulang belakang kemajuan tersebut. Mereka tidak mementingkan diri sendiri. Kekayaan yang mereka perolehi dari ladang Kelapa Sawit itu digunakan untuk membantu penduduk kampung tersebut. Syafiq dan Aghata yang membelikan kayu, simen dan zink untuk mencantikkan rumah panjang itu. Penduduk kampung Cuma menyediakan tenaga kerja secara bergotoing royong. Ibu-ibu tunggal dan mereka yang tidak berdaya lagi berkerja, diberi bantuan makanan dan pakaian. Anak-anak yatim diberi bantuan untuk meneruskan persekolahan. 

Syafiq dan Aghata juga membantu menaikkan taraf ekonomi penduduk tempatan dengan menyediakan peluang pekerjaan di ladang. Tidak ada lagi yang menganggur kerana masing-masing sudah mempunyai pekerjaan tetap. Anak-anak muda juga diberi peluang. Mereka yang berkelulusan diambil berkerja di pejabat dan yang tidak ada kelulusan berkerja di ladang atau di kilang. 

Ramai juga orang luar yang datang ke situ untuk mencari pekerjaan. Mereka disediakan sebuah bangsal yang lengkap dengan kemudahan air dan api serta dapur..Mereka tinggal di situ secara percuma. Penduduk kampung itu menganggap pasangan suami isteri itu berhati mulia. Mereka sangat menghormati dan menyayanginya. 

Syafiq pula tidak berpuas hati dengan kejayaan yang sedia ada. Dia mempertingkatkan ilmu pengurusan ladang. Dia juga sering memberi ceramah kepada penduduk kampung mengenai pertanian dan cara-cara menggunakan tanah dengan betul. Penduduk kampung itu mengagumi kebijaksanaannya. 

Syafiq dan Aghata tidak berpuas hati dengan kejayaan yang ada. Mereka merancang hendak membuka kawasan baru. Tambahan pula kawasan hutan di sekeliling mereka masih luas. Dengan kemudahan untuk mendapatkan tenaga pekerja Syafiq meluaskan lagi ladang kelapa sawit itu. Kawasan hutan dibuka dan lereng-lereng bukit sudah dipugar. 

Apabila manusia semakin bertambah maka banyak permintaan terhadap makanan. Syafiq meluaskan perniagaannya dengan mendirikan sebuah pasar raya. Di situlah pekerja ladang dan penduduk kampung membeli barang-barang keperluan harian mereka.


Syafiq dan Aghata juga bijak mempelbagaikan penggunaan tanah. Ladang kelapa sawit yang luas itu diusahakan dengan ternakan lembu. Projek itu bukan saja berjaya menampung permintaan daging di nkalangan penduduk tempatan malah dapat dijual ke tempat lain. 

Syafiq dan Aghata tidak melupakan seorang tua yang tinggal dalam gua di kaki bukit. Sesekali mereka menziarahi Akik yang kini semakin tua. Walupun semakin tua tetapi orang tua itu masih kaya dengan nasihat. 

“ Tuhan sayang kepada mereka yang berhati mulia. Yakinlah bahawa satu kebaikan yang kita lakukan akan dibalas dengan seribu kebaikan oleh Tuhan,” katanya sambil memuji apa yang dilakukan oleh pasangan suami isteri itu. 

“ Setiap kali saya menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan saya berasa bahagia. Itulah satu kepuasan bagi diri saya,” kata Syafiq puila. 

“ Maknanya dalam diri kamu sudah ada sifat malaikat yang suka melakukan kebaikan. Sebaliknya kalau kamu dikuasai oleh syaitan maka cenderung melakukan kejahatan,” kata orang tua itu. 

“ Akik percaya adanya Malaikat?. Akik percaya adanya Tuhan yang Maha Berkuasa?” tanya Aghata pula. 

“ Akik tidak bersendirian di gua ini. Ada malaikat yang bersama Akik. Dan ada Tuhan yang melindungi diri Akik,” jawab oranbg tua itu sambil tersenyum. 

Dan seperti biasa sebelum meninggalkan orang tua itu, Syafiq akan menghulurkan buah tangan termasuk sejumlah duit. Tetapi Syafiq tahu orang tua itu juga berhati mulia. Kabarnya duit yang dia dapat akan diberikannya kepada kanak-kanak dan orang tua. Dia lebih selesa dengan cara hidupnya. 

Pada suatu hari Syafiq didatangi oleh seorang utusan dari pejabat menteri yang membawa bersamanya sepucuk surat. “ Encik baca dulu surat ini kalau setuju sila tanda tangan pada borang ini,” kata utusan itu. 

Dengan dada yang berdebar Syafiq membuka surat itu lalu membacanya. Fahamlah dia bahawa pihak kerajaan negeri Sarawak akan mengurniakan darjah kebesaran kepadanya sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan yang telah dilakukannya. 

“ Majlis tersebut akan diadakan tak lama lagi. Pembesar negeri akan hadir untuk mengurniakan darjah kebesaran tersebut. Kalau Encik Syafiq setuju untuk hadir sila tanda tangan pada borang ini,” kata pegawai itu lagi. 

Namun Syafiq tidak bermegah dengan bintang kebesaran yang akan diterimanya. Dia tidak menghebahkan perkara tersebut melainkan kepada Aghata sahaja. 

“ Abang lakukan dengan ikhlas bukan minta dikurniakan darjah kebesaran,” kata Syafiq sewaktu mereka hendak tidur. 

“ Apa yang kita lakukan telah dihargai oleh manusia. Semoga Tuhan juga menghargainya,” balas Aghata pula.
 

Syafiq berasa malam itu sungguh indah dan dia dapat tidur dengan nyenyaknya.. 

Tuesday, December 21, 2010

...Dari kerana mata... YanG MemPunyAi KuasA......

Assalamualaikum kepada semua para pembaca sekalian..Semoga semua pelajar CFS dan seluruh isi alamnya berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa berada dibawah rahmatNYA....


Bersyukur kerana kita masih lagi dapat bernafas dan berpijak di muka bumi ALLAH ini dan mampu mengucapkan TAHMID,BERTASBIH dan BERTAKBIR memuji namaNYA.....


Tidak semua orang mampu melihat dunia,tidak semua orang diberi peluang,ruang dan masa untuk mengecapi nikmat pancaindera seperti saya (si penulis blog) mampu untuk melihat nikmat ALLAH,mampu melihat kejadian-kejadian siang dan malam,mampu mengkaji,menganalisa,menatap,semua nikmat yang ALLAH turunkan kepada semua makhluknya.....


Jadi, sepintas lalu ingin saya(si penulis blog) mencuri masa anda sang pembaca setia untuk sama-sama kita membaca sebuah  artikel tentang tips menjaga kesihatan mata.....


Tentang Mata
Mata merupakan organ yang sangat penting bagi manusia. Bisa dikatakan mata merupakan jendela bagi manusia, sebab mata memproyeksikan benda-benda di sekelilingnya dan mengubahnya menjadi sensasi visual yang dapat dimengerti oleh otak manusia.
Otak manusia memiliki 2 area khusus untuk sensasi visual, iaitu area yang menerima sensasi visual dari mata dan area yang menterjemahkan sensasi visual tersebut agar dapat dimengerti oleh manusia. Jika salah satu area tersebut mengalami gangguan, maka proses penginderaan visual juga akan terganggu, tidak dapat melihat, atau tidak mengerti apa yang dilihat.

Anatomi Mata
Mata memiliki beberapa bagian di dalamnya yang hampir kesemuanya berfungsi seperti lensa. 
Dari luar :
  1. Kornea, sebagai pembias cahaya pertama sekaligus barier pertama bagi mata.
  2. Camera Occuli Anterior (COA), berisi cairan yang memberi nutrisi bagi kornea sekaligus sedikit membiaskan cahaya.
  3. Iris, selaput pelangi mata yang berwarna berbeda-beda seperti yang sering kita lihat.
  4. Pupil, lubang di tengah iris sebagai pintu masuk cahaya. Lebarnya pupil diatur oleh iris.
  5. Camera Occuli Posterior (COP), fungsinya sama dengan COA.
  6. Lensa, fungsinya untuk membiaskan cahaya.
  7. Corpus vitreum, berisi cairan yang memberi bentuk bola mata, sekaligus sedikit membiaskan cahaya.
  8. Retina, jalinan saraf mata yang menerima sensasi cahaya dan mengubahnya menjadi sensasi saraf untuk diteruskan ke otak.
  9. Sclera, merupakan kerangka dari mata.
  10. Conjunctiva, merupakan selaput mukosa yang kaya akan pembuluh darah, berfungsi untuk memberi nutrisi kepada bola mata.
PETUA MENJAGA KESIHATAN MATA
Petua ni sesuai diamalkan sesiapa sahaja terutama pelajar atau individu yang bekerja dalam bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dan sebagainya. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya layan facebook, main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dan sebagainya.

1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Kalau terasa pedih tahan jer la yer.... 
2.Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab,tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.
3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga, caranya:
a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah,jangan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa he he he,dan mata anda juga berisiko untuk terkena lontaran objek-objek berbahaya.
b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.
4. Amalkan makan makanan yang kaya dgn vitamin A & C seperti susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.
5. Elakkan melihat benda-benda yang tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yang boleh merosakkan mata & minda anda,he he.. faham-faham sendirilah ye.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadi sebagai hamba Allah yang mengabdikan diri sepenuh hidupnya untuk beribadat kepada Allah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesihatan mata supaya kita terus dapat melihat dan mensyukuri nikmat pemberianNYA untuk terus melakukan amal ibadah kepada DIA....




*si penulis blog suka muzik ini tapi pesanan saya jangan jadikan mata anda sebagai pemula kepada perkara-perkara mungkar yer...Jagalag mata anda dan gunakan mata anda untuk perkara-perkara kebaikan...(::untuk kamu dan diriku jua::)

bocor sana, bocor sini; antara kontroversi dan konspirasi

Sepanjang bulan Disember banyak sangat headlines kat News Site, Berita, Paper dsb mengenai Wikileaks. Wikileaks yang bermula sebagai portal berita uncensored tiba2 menjadi tumpuan dunia khususnya kerajaan Amerika Syarikat berkaitan pembocoran dokumen2 rahsia milik kerajaan mengandungi maklumat sulit.

Kemudian, penangkapan pengasas Wikileaks menimbulkan banyak kemarahan ramai pihak sehinggakan tercetus perang siber yang dimulakan oleh Anonymous Group. Tak kurang juga penubuhan pesaing Wikileaks serta macam2 lagi consequences yang berlaku yang pastinya menimbulkan tanda tanya apakah sebenarnya Wikileaks, tujuan mereka dan kenapa banyak negara mengharamkan wikileaks.

jap2.. anda tahukah apa itu WIKILEAKS?

WIKILEAKS the story



Wikileaks adalah non-profit organization bertujuan untuk membongkar segala aktiviti dan berita yang berlaku di dunia tanpa sebarang censorship. Wikileaks menerbitkan lebih 1 juta dokumen rahsia mengandungi maklumat2 penting sulit seperti berkaitan kerajaan. diplomatik, ketenteraan dan sebagainya. 

Dokumen2 sulit dalam database Wikileaks diperoleh daripada banyak sumber Anonymous di seluruh dunia dan identiti orang yang membocorkan maklumat adalah dilindungi dan selamat. Dengan itu, banyak maklumat-maklumat yang sepatutnya tidak boleh diakses oleh public boleh diakses menerusi laman web Wikileaks.

Dikatakan organisasi Wikileaks terdiri daripada golongan hackers yang handal dan mereka sangat bencikan kerajaan yang corrupted, hipokrit, zalim dsb dan tujuan mereka adalah membongkar segala aktiviti sulit dan keji yang dilakukan oleh mereka.

Wikileaks tidak mempunyai ibu pejabat “Headquarters” tersendiri, dan berapa ramai orang dan siapa di sebalik tabir, bagaimana mereka beroperasi dan siapa yang menanggung kos pembayaran etc masih belum diketahui secara terperinci buat masa sekarang.

Laman web asal Wikileaks ialah Wikileaks - Wikileaks namun tidak boleh diakses sekarang berikutan domain wikileaks.org telah dihapuskan oleh kerajaan Amerika. Server asal wikileaks juga down berikutan serangan DDos (Distributed Denial of Service) oleh hackers. 

Untuk mengakses wikileaks, anda boleh rujuk website mirror : WikiLeaks



Pembongkaran Dokumen Rahsia oleh Wikileaks



Antara senarai2 pembongkaran yang telah dilakukan oleh Wikileaks:

- Video pengeboman tentera US ke atas orang awam di Iraq, didedahkan kepada umum pada 5 April, 2007. 

(dekat youtube boleh search collateral murder-wikileaks-iraq)


- Afgan War Diary, kompilasi lebih 76,900 dokumen mengenai serangan Amerika Syarikat ke atas Afghanistan bertarikh dari January 2004 hingga December 2009. Banyak maklumat dalam dokumen tersebut diklasifikasikan sebagai sulit. Maklumat ini boleh diakses bermula dari 28 July 2010. (wiki :Afghan War Leaks)

- Pembongkaran 250,000 dokumen mengenai cable diplomatic Amerika Syarikat. Pembongkaran inilah menjadi sebab utama kenapa Wikileaks diburu oleh kerajaan Amerika Syarikat kerana ia mengandungi banyak maklumat yang tak harus diketahui umum dan super top secret; 



- Antara yang mengejutkan banyak pihak ialah Negara-negara Arab menyarankan US supaya serang Iran. Ramai pihak segera mengecam tindakan negara-negara Arab dengan mengatakan negara Arab adalah dalang dan berbuat demikian untuk kepentingan negara masing-masing.

Kalau Iran kena serang mesti harga minyak meningkat kali ganda, dan negara-negara Arab lain yang paling untung sebab boleh jual minyak kepada negara lain dengan harga tinggi. Untuk maklumat boleh rujuk Blogserius.

- Wikileaks juga mendedahkan terdapat 2 syarikat di Malaysia yang menjalankan aktiviti sulit dengan Iran bagi tujuan pembelian teknologi missile daripada China. (sumber: DeccanHerald)



Selepas ini, apa lagi pembongkaran yang bakal dilakukan oleh Wikileaks belum diketahui


Julian Assange – pengasas Wikileaks

Julian Assange ialah pengasas Wikileaks dan merupakan jurucakap utama bagi organisasi wikileaks. Beliau ialah wartawan Australia, penerbit berita dan seorang aktivis internet. Dikatakan beliau mempunyai background sebagai seorang penggodam (hacker) komputer yang cekap dan seorang yang sangat genius dan licik tetapi mempunyai sense of justice yang tinggi.

Pembongkaran 250,000 dokumen mengenai cable US oleh Wikileaks menjadikan beliau sebagai target oleh kerajaan US, di mana Sarah Palin menggambarkan beliau sebagai seorang pengganas dan mempunyai tahap ancaman yang tinggi kepada US dan banyak negara lain.

Pengasas Wikileaks ini telah ditangkap di London pada 7 Disember 2010 berikutan dakwaan tuduhan rogol dan seks secara paksa, dikatakan dilakukan beliau pada August 2010. 

Ramai penyokong Julian Assange mendakwa tuduhan tersebut adalah sengaja direka dan konspirasi untuk menjatuhkan Julian Assange dan menutup mulut beliau dari membocorkan banyak lagi maklumat sulit. Penangkapan Assange juga berniat untuk melemahkan organisasi Wikileaks dan mengurangkan aktiviti mereka.




jom! tingkatkan kemahiran mahasiswa dalam dunia cyber..
future generation need us..
let us save the world.

Tuesday, December 14, 2010

Penawar Hati

KINI, banyak penyakit ganjil yang menyerang dengan pelbagai nama dan tanda mula dikesan. Manusia sangat takut dengan penyakit. Maklumlah penyakit mendatangkan derita, kecacatan, kekurangan malah kematian.

Dalam kesibukan menjaga kesihatan dan pencegahan manusia terhadap penyakit fizikal, penyakit rohani pula menyerang. Penyakit fizikal jika terkena tahu tempat berubatnya, boleh berjumpa doktor tetapi jika terkena penyakit rohani, hendak berjumpa siapa?

Payah benar hendak jumpa guru yang murabbi! Bila jumpa doktor, biasanya ada ubat dan penawarnya tetapi penyakit hati apakah ubatnya?

Walaupun ada al-Quran dan hadis yang memberikan cadangan mengenainya, berapa ramai yang 'berkenan'? Menelan kepahitan membaca al-Quran, qiyamullail, berpuasa dan sebagainya.

Sebagai muhasabah mengenai penyakit rohani, elok juga kita meneliti sebuah hadis yang menjadi pesanan Rasulullah s.a.w kepada menantunya Saidina Ali r.a:

"Wahai Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya: Penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riak, penyakit akhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri, penyakit berani adalah menyerang, penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian, penyakit tampan adalah sombong, penyakit bangsawan adalah membanggakan diri, penyakit malu adalah lemah, penyakit mulia adalah menyombongkan diri, penyakit kaya adalah kikir, penyakit royal adalah hidup mewah dan penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan..."

Ketika berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai Ali, orang yang riak itu mempunyai tiga ciri iaitu:

1. Rajin beribadat ketika dilihat orang.

2. Malas ketika sendirian.

3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara.

Wahai Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah: "Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya dan janganlah kata-katanya mengakibatkan seksaan bagiku..."

Ketika ditanya bagaimana cara mengubati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas'ud r.a berkata: "Dengarkanlah bacaan al-Quran atau datanglah ke majlis zikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah s.w.t.

Jika belum terubat juga, maka mintalah kepada Allah s.w.t hati yang lain kerana sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu...."

wallahua'lam

Kemana hilangnya kemanusiaan?

Sudah menjadi cerita normal masyarakat Malaysia hari ini dengan gejala sosial melibatkan remaja...
                              BUANG BAYI..ROGOL..SEKS BEBAS..ANAK LUAR NIKAH...

Sudah menjadi lumrah terma-terma ini dijadikan isu surat khabar,isu hangat berita tv mahupun isu yang berkumandang di corong-corong radio...
Mungkin pelik andai kata tiada isu seumpama ini dihebohkan....

Berjalan-jalan membaca berita di harian metro di alam maya menemukan penulis dengan berita menyayat hati...


TEMPAT KEJADIAN :KOTA TINGGI

MASA KEJADIAN: 7.30 PAGI

MANGSA:LIM KIN CHEE 58 TAHUN

 Seorang kaki pancing menangis teresak-esak apabila objek disangka sampah terlekat pada tayar depan keretanya ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tebing Sungai Johor, di sini, pagi semalam, rupa-rupanya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan.


Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Lim Kin Chee, 58, mengundurkan kereta Datsun Wagon miliknya ke gigi air apabila tayar depan kenderaannya tersekat.


“Saya ingatkan sampah dan turun untuk membuangnya, tetapi terkejut apabila mendapati objek yang menyekat pergerakan kereta saya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat.

“Mayat itu tersembul keluar dari beg plastik hitam di bawah tayar kereta. Hampir separuh tubuh bayi itu terhimpit di bawah tayar dan saya menangis kerana kesedihan melihat keadaan itu.


“Saya sedih, marah dan kecewa sikap individu yang tidak berperikemanusiaan kerana membuang zuriat sendiri,” katanya.


Ketua Balai Polis Kota Tinggi, Cif Inspektor Mohd Azizi Abd Razak bersama pegawai dan anggotanya bergegas ke lokasi penemuan bayi itu sebaik menerima panggilan telefon daripada Lim.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot mengesahkan penemuan mayat bayi lelaki berkenaan.


“Kami meminta bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kota Tinggi.


Inilah kesannya andai masyarakat hari ini masih melalaikan tuntutan "amar makruf dan nahi mungkar"...

Wednesday, December 8, 2010

Argentina iktiraf Palestin

TIMERMAN  mengumumkan Argentina turut mengiktiraf Palestin sebagai negara bebas pada sidang akhbar di Brazil, semalam.

BUENOS AIRES: Argentina dan Uruguay kelmarin berkata mereka akan bersama Brazil dalam mengiktiraf negara Palestin yang bebas, yang mendapat pujian daripada pegawai Palestin, tetapi bantahan keras Israel.
Israel menyifatkan pengisytiharan Buenos Aires itu sebagai ‘mengecewakan’ dan berkata ia menentang persetujuan Israel-Palestin bahawa negara itu hanya boleh diiktiraf dengan persetujuan Israel.
Kecaman itu sama dengan pendirian Israel selepas Brazil memulakan pergerakan Amerika Selatan Jumaat lalu dengan menyatakan ia mengiktiraf negara Palestin berdasarkan sempadan 1967, sebelum Peperangan Enam Hari iaitu Israel merampas Gaza dan Tebing Barat.

Namun Presiden Palestin, Mahmud Abbas, dalam lawatan ke Turki, menyatakan ‘kebanggaannya’ berhubung pendirian Buenos Aires itu, menurut kenyataan rasmi.
Menteri luarnya, Riad al-Malki, berkata rakyat Palestin berharap ‘Paraguay dan negara Amerika Latin lain akan juga membuat keputusan sama’.

“Kerajaan Argentina mengiktiraf Palestin sebagai negara bebas mengikut garis sempadan yang ditentukan pada 1967,” kata Menteri Luar Argentina, Hector Timerman, membacakan surat yang dihantar oleh Presiden Cristina Kirchner kepada Abbas.
Timerman berkata pengiktirafan itu mencerminkan persetujuan sebulat suara negara anggota Mercosur, blok perdagangan Amerika Selatan.

Uruguay kemudian mengumumkan bahawa ia akan mengiktiraf sebuah negara Palestin tahun depan.

“Uruguay akan pasti menyusuli langkah sama seperti Argentina pada 2011,” kata Timbalan Menteri Luar, Roberto Conde. “Kami sedang berusaha untuk membuka perwakilan diplomatik di Palestin, kemungkinan besar di Ramallah.” Argentina, Brazil, Paraguay dan Uruguay semuanya anggota Mercosur. Keanggotaan Venezuela sedang dipertimbangkan.

Langkah itu berdasarkan “kehendak mendalam untuk melihat kemajuan dalam proses rundingan yang boleh membawa kepada kewujudan keamanan berkekalan di Asia Barat,” kata Timerman.- Berita Harian

Monday, December 6, 2010

Jom beli buku-buku ni!!!terbitan Galeri Ilmu

SURAT IBU DARI PENJARA
Ummu Hani Abu Hassan
ISBN: 978-983-097-252-7 
Tebal: 168 ms
 
Harga: RM14
 
KOD: GB0077


Zaitun dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan sedang menanti pengampunan atas kesalahan mengedar dadah.Sewaktu di dalam penjara, ibunya meninggal dunia, membuatkan hidupnya kosong. Hatinya terdorong untuk menulis kisah hidupnya untuk iktibar kepada orang lain.



Bukunya Surat Ibu Dari Penjara itu mendapat perhatian pengarah penjara, Tuan Ahmad Dhiak. Anak Tuan Ahmad Dhiak, Akbar, seorang remaja yang nakal. Dia sering menghabiskan masa bersama rakan-rakan mat rempit dan melanggar disiplin sekolah. Akbar tertekan kerana bapanya seorang yang tegas dan mementingkan disiplin.


Kelembutan ibunya pula dijadikan tempat melepaskan amarahnya kepada si ayah. Dia menjadi anak yang takut dengan si ayah dan kurang ajar dengan ibu.


Oleh kerana pendekatan secara tegas tidak berkesan, Tuan Ahmad Dhiak cuba melembutkan jiwa anaknya dengan kaedah yang lebih berhikmah. Dia meletakkan buku Surat Ibu Dari Penjara dalam bilik anaknya agar jiwa anaknya itu tersentuh dengan pengalaman seorang banduan akhir.


Teman baik Akbar iaitu Zaidan, juara rempit dan dikenali sebagai remaja ternakal. Apakah Akbar akan terikut rentak Zaidan?


Apakah perlumbaan terakhir Zaidan mampu menginsafkan Akbar? Dan berjayakah Tuan Ahmad Dhiak untuk menyedarkan anaknya melalui manuskrip buku Surat Ibu Dari Penjara?


BUKAN SEKADAR KAWAN
Rohaida Abd Rahim /
ISBN: 978-983-097-248-0
Tebal 160 ms 
Harga RM14
KOD: GB0073


Mai benci – amat benci – pada Hafiz ekoran satu insiden memalukan di dalam bas RapidKL. Sungguh tidak diduga, ‘Lebai’ itu akan duduk sekelas dengannya. Dan lebih tidak diduga, perasaannya pada Hafiz bertukar 360 darjah.


Hadirnya Hafiz berjaya merubah suasana sekolah. Mai turut berubah. Tetapi Allah datangkan badai yang menguji. Ia memaksa Hafiz berhijrah sekolah.



Tamat SPM, Hafiz meneruskan pengajian perubatan di Mesir. Dalam diam, Hafiz mahu hubungannya dengan Mai bukan sekadar kawan.


Namun, pendedahan kisah silam yang melibatkan hubungannya dengan Mai, membuat Hafiz menyalahkan diri sendiri. Dia tidak pulang-pulang lagi.

Judul: FANZURU
Kategori: Tarbiah Rohani
Terbitan: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
ISBN: 978-983-097-265-7
Tebal: 314
Harga: RM24.00


Penulis muda, Hilal Asyraf kembali dengan buku motivasinya yang ketiga Fanzuru dalam siri Langit Ilahi.


Fanzuru yang membawa erti ‘maka lihatlah’ menghimpunkan sebanyak 60 tazkirah yang mendidik jiwa. Tazkirah-tazkirah yang termuat di dalam buku ini mengajak pembaca untuk melihat dan memerhati dengan teliti dengan mata hati akan pengajaran yang ada di sekeliling kehidupan kita.
Banyak teladan dapat dikutip daripada manusia-manusia yang kita temui dan bergaul dengannya. Inilah pengajaran dan pengalaman yang dikongsikan penulis hasil daripada pemerhatian dan pergaulannya.

Dengan gaya bahasa yang santai, Fanzuru dapat memberi inspirasi kepada pembaca yang mahu dan sedang berusaha memperbaiki diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.


Sedikit sedutan daripada Fanzuru

Sedutan 1

Saya berhajat hendak meletakkan jawatan saya sebagai pengawas sekolah ketika itu. Akhirnya, saya bertemu dengan guru kaunseling MATRI bernama Ustaz Syahid.
“Ente hendak berhenti? Ente tahu tak, manusia yang sering berenang melawan ombak, otot tangannya semakin lama semakin kuat?”
Ketika itu, saya bagai nampak celahan sinar yang menyenangkan.
Solusi yang sebenarnya bukanlah dengan kita melarikan diri daripada masalah, sebaliknya kita berusaha menyelesaikannya.


Sedutan 2
Suatu hari, Dr ‘Ala Hilat ada bercerita berkenaan Kibutsats. Pertama kali mendengarnya, membuatkan saya tertarik untuk mendengar apa yang hendak beliau ceritakan.
Beliau berkata: “Kibutsats adalah salah satu sistem tarbiyah Israel, yang hakikatnya perlu kita perhatikan.”

Kibutsats adalah bandar-bandar yang dibangunkan di sekitar sempadan Israel. Terdapat banyak kibutsats. Kibutsats akan dibangunkan apabila cukup 100 orang lelaki, yang semuanya adalah tentera, bersama keluarga mereka. Mereka akan membina perkampungan di sempadan Israel.
Di sini saya kongsikan apa yang saya dengar berkenaan kibutsats.

Kibutsats hakikatnya adalah satu sistem pembinaan masyarakat yang sangat sistematik. Semua orang di dalam kibutsats terikat dengan peraturan yang agak ketat. Tetapi semuanya hidup mentaati peraturan itu.

Mereka mempunyai jadual harian. Di dalam kibutsats, terdapat dewan makan yang sangat besar. Semua keluarga di dalam kibutsats tidak akan makan di rumah mereka, tetapi makan bersama di dalam dewan besar itu. Perempuan-perempuan akan memasak bersama dan semua lelaki akan makan bersama.

Ada waktu untuk makan, ada waktu pula untuk bekerja. Semua orang akan keluar bekerja yang mana, tempat-tempat bekerja mereka juga adalah milik mereka. Contohnya ladang, itu hakikatnya adalah ladang mereka. Kilang yang ada, mereka juga yang bina. Mereka bekerja menjalankan apa yang ada dan sedikit demi sedikit meningkatkan semuanya.

Kibutsats tidak terhenti dengan kehidupan makan dan bekerja sahaja. Terdapat juga jadual riadhah dan latihan ketenteraan bagi semua. Sebaik sahaja kerja tamat, mereka akan bersama menjalani latihan ketenteraan. Semua turut terlibat. Baik anak kecil mahupun yang tua. Terbahagi kepada peringkat masing-masing.

Di dalam kibutsats ada nurseri dan sekolah. Semua anak-anak kibutsats akan dihantar ke nurseri dan sekolah di dalam kibutsats itu juga. Mereka tidak akan dihantar keluar. Guru-guru di dalam nurseri dan sekolah itu juga adalah dari komuniti kibutsats.

Sistem pendidikan kibutsats amat unik. Mereka mempunyai silibus tersendiri, disusun dan direka untuk memenuhi hajat mereka yang ingin menawan dunia. Mereka tidak memandang pelajaran mereka sebagai wadah untuk anak-anak mendapat sijil, atau untuk kerajaan mendapat untung, atau untuk pejabat-pejabat mendapat pekerja. Mereka menggunakan sistem pendidikan mereka untuk membina ideologi dan membentuk pemikiran anak-anak mereka.

Saya berikan satu contoh mudah. Mata pelajaran Matematik.

Di Malaysia, silibus kita biasanya hanya melibatkan kenderaan, buah-buahan dan makanan. Contohnya:
Ahmad ada 10 biji epal. Ahmad ada empat orang kawan. Semuanya mahu makan epal. Maka Ahmad membahagikan 10 biji epal tadi kepada dirinya dan empat orang kawan secara sama rata. Maka berapa biji epalkah yang akan dapat dimakan oleh setiap seorang termasuk Ahmad?
Itu contoh soalan matematik di Malaysia.

Di Kibutsats Israel, mereka belajar matematik juga. Tetapi isi matematik mereka membawa kepada apa yang mereka mahu. Contohnya:

Yyvon mengetuai satu peperangan terhadap 10 daerah orang arab. Yyvon mengetuai lima platun tentera termasuk platunnya sendiri. Maka, Yyvon membahagikan serangannya terhadap 10 daerah orang arab tadi kepada semua platunnya secara sama rata. Maka, berapa daerah orang arabkah yang perlu dimusnahkan oleh semua platun termasuk platun Yyvon?

Itu contoh pengajian di kibutsats. Lihatlah bagaimana mereka membangunkan pemikiran pemuda-pemuda mereka. Dan silibus sebegini, digunakan sedari nurseri lagi. Ini dikuatkan lagi dengan latihan ketenteraan yang wujud di dalam kibutsats sehari-hari.






Thursday, December 2, 2010

Monday, November 29, 2010

taman-taman SYURGA



Time
Friday, December 10 · 5:00pm - 11:00pm

LocationDataran TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur (berhadapan Masjid Negara)



More Info
Acara majlis :

Hari Pertama 
5.00-5.30 ptg bacaan Ratib Al-Haddad

5.30-7.00 mlm persembahan qasidah bergendang

9.00-11.00 mlm Layar Mahabbah (AlMawlid, Marjan, Mirwana, Noh Hujan, Altimet, dan ramai lagi)

--------------------------
----------------------------------------------------

Hari Kedua
5.00-5.30 ptg bacaan Ratib Al-Haddad

5.30-7.00 mlm persembahan qasidah bergendang

9.00-11.00 mlm KUALA LUMPUR BERSELAWAT (acara kemuncak) - bacaan Mawlid Ad-Dhiya' Ullami' dan ceramah oleh Al-Habib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid

*Majlis ini akan diadakan pada dua (2) hari; 10 dan 11 Disember 2010.

*Majlis akan bermula pada jam 5ptg hingga 11mlm (majlis dihentikan sementara menjelang waktu mahgrib, dan akan disambung pada pukul 9).

*Semua muslimin & muslimat dijemput hadir & sebarkan jemputan ini ke seramai yang mungkin
.





Dari Anas bin Malik radhiyallohu ‘anhu bahwa Rasululloh shallallahu’alaihi wa sallam bersabda, “jika kalian melewati taman-taman surga maka singgahlah dengan senang.” Para sahabat bertanya, “Apakah taman-taman surga itu?”Beliau menjawab, “Halaqoh-halaqoh dzikir.” (HR. at-Tirmidzi dan lain-lain)

 Apakah yang dimaksud dengan halaqoh dzikir? Para Ulama menyebutkan makna halaqoh dzikir ada beberapa macam yaitu :
Pertama, sekelompok orang yang duduk bersama disuatu tempat kemudian masing-masing berdzikir sendiri-sendiri dengan suara pelan.
Makna ini didasarkan pada hadits Mu’awiyah rodhiyallohu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di kitab shahihnya bahwa Rasulullohshallallahu’alaihi wa sallam pernah keluar pada suatu halaqoh para sahabat. Kemudian beliau bertanya, “Apa yang menyebabkan kalian duduk (disini)?”
Para sahabat menjawab, “Kami duduk berdzikir kepada Alloh.” Beliau bertanya lagi, “Demi Alloh, apakah kalian duduk (disini) hanya karena hal itu (dzikir)?” Para sahabat menjawab, “Demi Alloh, tidak ada yang menyebabkan kami duduk (disini) kecuali karena hal itu.”
Beliau bersabda , “Sesunggunya aku tidaklah meminta kalian bersumpah karena aku menyangka kalian berbohong. Akan tetapi Jibril telah mendatangiku, lalu memberitahukan kepadaku bahwa Alloh membanggakan kalian kepada malaikat.”
Di dalam hadits tersebut ada isyarat bahwa mereka berdzikir dengan suara perlahan yaitu dari pertanyaan Rasululloh shallallahu’alaihi wa sallam kepada orang-orang yang berdzikir tersebut. Seandainya mereka berdzikir dengan suara keras, tentunya Rasululloh shallallahu’alaihi wa sallam akan mengetahui dan tidak bertanya lagi.
Dalil lain adalah dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallohu ‘anhu bahwa beliau mengingkari orang-orang yang berdzikir bersama-sama dengan pengingkaran yang sangat keras.
Kedua, duduk bersama-sama untuk membaca dan mempelajari al-Quran.
Yaitu salah seorang membaca dan lainnya mendengarkan. Rasulullohshallallahu’alaihi wa sallam bersabda, “Dan tidaklah sekelompok orang berkumpul didalam salah satu rumah diantara rumah-rumah Alloh, mereka membaca kitab Alloh dan saling belajar diantara mereka, kecuali ketenangan turun kepada mereka, rahmat meliputi mereka, dan Alloh menyebut mereka di kalangan (para malaikat) di hadapan-Nya.”
Ketiga, majelis ilmi yaitu yang membahas ilmu-ilmu agama, membahas tentang halal dan haram dan lainnya.
Berdasar hadits dari Abu Waqid al-Laitsi radhiyallohu’anhu bahwa ketika Rasululloh shallallahu’alaihi wa sallam sedang duduk dalam masjid bersama para sahabat, tiba-tiba datanglah tiga orang. Dua orang menghampiri Rasululloh shallallahu’alaihi wa sallam dan yang seorang pergi. Orang yang pertama melihat ada celah pada halaqoh lalu duduk disana. Orang yang kedua duduk di belakang mereka (di belakang halaqoh). Sedangkan orang yang ketiga berpaling dan pergi. Setelah Rasululloh shallallahu’alaihi wa sallam selesai, beliau bersabda, “Maukah akuberitahu kliantentang tiga orang tadi? Adapun salah satu dari mereka, dia mendekat kepada Alloh maka Alloh-pun mendekatkannya. Adapun yang lain, dia malu, maka Alloh-pun malu kepadanya. Dan yang lain lagi dia berpaling, maka Alloh-pun berpaling darinya.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Syaikh Salim bin Ied al-Hilaly berkata, “Majelis-majelis dzikir adalah majelis-majelis ilmu yang diadakan di rumah-rumah Alloh untuk belajar, mengajar dan mencari pemahaman tentang agama.” Beliau juga berkata, “Majelis dzikir yang dicintai oleh Alloh adalah majelis-majelis ilmu, bersama-sama mempelajari al-Quran dan as-Sunnah dan mencari pemahaman tentang hal itu.”
Itulah yang dimaksud dengan halaqoh dzikir yang merupakan tama-taman surga, yaitu sekelompok orang yang berdzikr di suatu tempat dengan dzikir dan tatacara yang diajarkan Rasululloh shallallahu’alaihi wa sallam atau berkumpul untuk mebaca dan mempelajari al-Quran atau berkumpul untuk mempelajari ilmu agama.
Bagaimana dengan kita ? Sukakah kita singgah di taman-taman surga ? jika iya, mudah-mudahan kelak kita akan menjadi salah seorang penduduk surga-Nya. Jika belum, semoga Alloh memberikan hidayah sehingga kita diberi kekuatan untuk menghampiri taman-taman surga dan menyusul mereka yang telah singgah didalamnya.

Saturday, November 27, 2010

Selamat Menempuh Peperiksaan SPM & STPM 2010

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tiba lagi. Macam-macam ragam dan reaksi para pelajar yang sering kita dengar dan lihat. Berdebar, takut, risau begitu sinonim dengan mereka. “Peperiksaan” cukup digeruni. Kalimat keramat ini menghantui hampir kebanyakan pelajar sekolah sama ada yang tekun belajar mahupun yang sambil lewa. Lebih-lebih lagi dalam peperiksaan SPM dan STPM yang merupakan penentu kelayakan untuk menjejakkan kaki ke menara gading.

Ya! Satu lagi kalimat keramat yang menjadi harapan ayah bonda, impian guru-guru, idaman para pelajar; mahu belajar pandai-pandai, lulus peperiksaan dengan cemerlang agar dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Tanya saja pada pelajar-pelajar di bumi Malaysia yang tercinta ini khususnya, hampir kesemua mereka memberi jawapan yang sama. Menjejakkan kaki ke menara gading menjadi matlamat utama.

Tidak dapat dinafikan, SPM mahupun STPM menjadi agenda besar dalam hidup para pelajar. Mereka cukup peka dan prihatin dengannya. Pelbagai langkah diambil untuk memastikan keputusan yang cemerlang. Persediaan dibuat dengan apa cara sekalipun. Mereka mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk mempersiapkan diri ke medan peperiksaan. Ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk ke kelas tambahan atau tuisyen, membeli buku-buku rujukan yang mahal dan menghadiri kem-kem motivasi. Tidak kurang juga dengan mereka yang berpegang dengan prinsip, “Study biar lepak, result biar gempak”, pasti mempersiapkan diri ke medan peperiksaan.

Ada apa sebenarnya dengan peperiksaan? Adakah semata-mata lulus atau gagal? Cemerlang atau kecundang? Pasti tidak begitu malah lebih dari itu. SPM atau STPM merupakan peperiksaan dunia yang direncanakan oleh Sang Khalifah untuk menilai prestasi dan kefahaman pelajar. Sedang cabaran dan dugaan di dalam kehidupan merupakan sebahagian peperiksaan akhirat yang menjadi aturan Sang Pencipta untuk menguji keimanan Sang Hamba. Sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2, “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi ?”

Lulus atau gagal dalam peperiksaan dunia bukanlah kekal abadi. Ia boleh diperbaiki dan diubah. Ia akan sentiasa bersilih ganti. Balasan dan kesannya juga hanyalah sementara. Amat berbeza dengan peperiksaan akhirat, lulus atau gagal tidak mungkin akan dapat diubah mahupun diperbaiki. Balasan dan hukumannya kekal abadi. Dosa atau pahala? Syurga atau neraka? Tiada yang lain. Keputusannya muktamad berdasarkan persiapan dan persediaan yang kita usahakan.

Yang mana lebih mudah? Yang mana lebih menggerunkan? Jika dalam peperiksaan dunia, awal-awal lagi kita sudah dimaklumkan jadualnya, waktu mula dan waktu akhir. Siap boleh merangka strategi untuk menjawab soalan. Lebih hebat lagi, kita mengikuti kelas tambahan untuk memperbaiki kelemahan kita dan ditambah lagi dengan tips-tips cemerlang dari pakar-pakar motivasi tersohor.

Tetapi peperiksaan akhirat tiada siapa tahu jadualnya, tiada siapa pasti waktu tamatnya peperiksaan. Sedar-sedar sudah habis masa, malaikat maut Si Izrail dah mencabut nyawa kita. Kalau kita sanggup mengorbankan wang ringgit, masa dan tenaga untuk pergi ke kelas tambahan, semata-mata untuk membuat persediaan menjawab peperiksaan dunia, apalah salahnya kita pergi ke majlis-majlis agama untuk persediaan menghadapi Allah.

Dalam peperiksaan dunia, hampir semua dapat soalan yang sama tidak kira dalam subjek apa pun, biologi, matematik mahupun kimia. Yang membezakan ialah tahap ilmu dan strategi kita menjawab soalan peperiksaan itu. Begitu juga dengan peperiksaan akhirat. Di alam barzakh nanti semua orang akan mendapat soalan yang sama, siap sudah diberitahu jawapan dan dibocorkan lagi oleh Nabi Muhammad s.a.w. Soalan yang Pak Imam selalu ulang dalam talkin, siapa tuhan kamu, siapa imam kamu, apa agama kamu. Jawapannya memang telah diketahui namun bolehkah kita manjawabnya dengan betul? Tepuk dada tanyalah iman. Hanya amalan dan bekalan kita di dunia yang menentukan kejayaan kita menjawab soalan-soalan dari Si Mungkar dan Nakir.

Jika persediaan peperiksaan dunia giat kita persiapkan, mari perhebatkan pula persiapan kita untuk peperiksaan akhirat. Mudah-mudahan di dunia kita cemerlang di akhirat kita gemilang.

“Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik”(Al-Isra’:19)



mygamis.blogspot.com

Monday, November 22, 2010

peduli palestin

Mahmoud Abbas




Kaherah- Presiden Palestin, Mahmoud Abbas terus berkeras untuk tidak menyertai sebarang rundingan damai dengan Israel jika pembinaan haram Yahudi tidak dihentikan, termasuk projek penempatan sedemikian di Baitulmaqdis Timur.
Pemimpin Palestin itu turut mengutuk Amerika Syarikat (AS) yang cuba memujuk Israel untuk membekukan lebih banyak projek penempatan haram di Tebing Barat dengan pulangan faedah politik dan keselamatan.
Abbas menegaskan yang beliau tidak mahu mempunyai kaitan dengan perjanjian sebegitu,


"Kami tidak akan menerima sebarang projek penempatan haram di seluruh wilayah Palestin termasuk di Baitulmaqdis," kata beliau kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak.


Rundingan damai langsung antara Israel dan Palestin bersambung semula pada 2 September lalu, tetapi menemui jalan buntu selepas tiga minggu kerana tamatnya pembekuan 10 bulan projek penempatan penduduk Yahudi di Tebing Barat.


Walaupun perjanjian itu tidak termasuk perumahan haram di Baitulmaqdis Timur, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan agar ia dilakukan secara rahsia bagi mengelak dari kekacauan politik.

Tindakan Netanyahu itu bagaimanapun menerima tentangan daripada pemimpin pembangkang.
Dalam perbincangan dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton minggu lalu, beliau mencadangkan agar
Netanyahu bersetuju menghentikan projek penempatan itu selama 90 hari.

Sebagai balasan, AS akan memberi 20 buah jet pejuang F-35 bernilai AS$3 bilion (RM9.3 bilion) kepada Israel.
Bagaimanapun, Abbas mengutuk usaha AS berdiplomasi dalam hal ini.
"AS telah dimaklumkan yang kami tidak mahu mereka menawarkan apa sahaja kepada Israel supaya mereka bersetuju dengan perbincangan ini," kata Abbas lagi.


komen-  


hah, perjanjian demi perjanjian dah dibuat..tapi sampai sekarang tak aman-aman pun kan?


benarlah firman Allah SWT;


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (QS. Ali Imran[3]: 118


nah, jelas bukan?
renung-renungkan.. doakan saudara kita di Palestin..doa itu senjata Mukmin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain