Monday, December 24, 2012

Ada RAHSIA di Sebalik Tidur


Assalamualaikum w.b.t

Selamat Malam kepada semua penghuni dunia..
Sudahkan anda mengantuk dan layu semasa membaca entri ini?
atau mata masih segar-bugar dan menyala-nyala seperti ahli sihir, Merlin??

Apapun jawapannya.. sebentar lagi kita pasti bersedia untuk mati sementara.
Tapi ada juga yang tanpa disedari dia akan mati untuk selama-lamanya..

Semoga Allah matikan kita dalam Husnul Khotimah
Amin..

Jom kita singkap beberapa rahsia disebalik hobi saya, TIDUR :

1. 
Perkara yang berlaku ketika tidur: Otak berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu. Sebab itu, selepas bangun tidur kita akan rasa badan kita segar.
 
2.Masa tidur bergantung kepada umur iaitu:
Kutipan daripada :http://blogs.babble.com/strollerderby/
Bayi              : 16 jam
3-18 tahun  : 10 jam
19-55            : 8 jam
lebih 55        : 6 jam

(jadi jangan cemburu bila bayi dapat tidur lama.. 
sebenarnya masa tidur kita memang sesuai dengan kegiatan dan tanggungjawab semasa kita)
 
3. 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan
30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan,
50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
 
 
4. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
 
 
Kutipan daripada :http://www.c-heads.com/2012/07/05/parasomia-y-project/
5. Parasomia atau dalam istilah kasar nya ‘tidur berjalan’ banyak dilaporkan dan selalunya terlibat dgn beberapa jenayah seperti memandu ketika tidur, menulis cek tendang, pembunuhan, penganiayaan terhadap kanak-kanak.( Berhati-hati dengan golongan ini)

6. 12% daripada mimpi kita selalunya adalah black and white. Peratusan ini pernah menjadi sangat tinggi suatu ketika dahulu sebelum TV warna dicipta. Kaitannya, TV juga mempengaruhi mimpi anda.
Kutipan daripada : http://www.storyfever.com/what-are-the-colors-of-your-dreams/
 
 
7. Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah personaliti.

8. Posisi anda tidur boleh menunjuk personaliti anda:


1. GAYA BAYI
Majoriti wanita tidur dengan gaya ni. Orang ini dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk.

2. GAYA TIDUR MATI
Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.


3. GAYA TIDUR MENGIRING
 Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa yang sama suka bersikap sinis, jenis yang syak wasangka & degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan yang telah dibuat.

4. GAYA TENTERA
Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri & orang lain. Golongan ini berpontensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.

 5. GAYA TIDUR BEBAS
 Golongan ini suka tidur menyiarap dengan tangan di bawah bantal/ tangan diselubungi bantal & kepala mengiring ke kiri atau kanan adalah dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar & agak tergopoh gapah dalam tugasan harian mereka.


                                                6. GAYA TAPAK SULAIMAN
 Gaya tidurnya terlentang sambil tangan/ lengan diletakkan di atas kepala/ dahi dikenali sebagai orang yang prihatin & suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu & tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur & tidur yang tidak lena setiap malam

 
Walau bagaimanpun Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar umatnya tidur dengan POSISI YANG TERBAIK :
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 
“…Kemudian berbaringlah di atas bahagian tubuh sebelah kanan.”
Saintifiknya, posisi ini sangat baik untuk kesihatan kerana ia mencepatkan proses pencernaan, memudahkan kita terjaga dan apa yang menarik ialah,

Berdasarkan kajian, posisi tidur seperti ini mempamerkan personaliti :
Melambangkan bahawa anda seorang yang berkeyakinan. Pada masa yang sama, anda dapat melihat kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan. Ini semuanya hasil usaha tanpa henti yang anda lakukan. Mereka yang tidur pada sisi kanan, tangan kanan diregang hingga ke atas kepala dipercayai akan dikurniakan kuasa dan tuah.



Pada masa yang sama, Nabi Muhammad s.a.w turut melarang umatnya tidur dengan POSISI YANG TERBURUK :

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda yang bermaksud:


"Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya."
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

9. Tentera British adalah yang mula memperkenalkan kaedah untuk tidak tidur dengan menggunakan cermin mata istimewa itu, apabila seseorang menjadi mengantuk, sinaran secerah mentari pagi akan memancar ke mata pengguna dan menyebabkan mereka terasa ingin bangun semula. Kaedah ini boleh bertahan hampir 36 jam lamanya.
 
 
10. Mamalia yang paling lama tidur adalah :
Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam)
manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah :
zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
 
 

Kutipan daripada : http://tinyfacts.net/post/36060051513/243

 
11.Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.


12. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.

 
13. Orang yang buta juga bermimpi. mereka yang buta semenjak lahir akan bermimpi dari segi emosi, bunyi, bauan dan sentuhan.

 
14. Selepas 5 minit terjaga, anda akan terlupa hampir 50% dari mimpi anda malam tadi, dan selepas 10 minit, 90% akan hilang.
 
 

Kutipan daripada : http://kibarkidz.kibar-uk.org/wp-content/uploads/2011/10/wake_up_ina.jpg

 
 
semoga tidur kita malam ini, tidur orang yang faham..

Jangan lupa baca doa tidur ya..

 


By : Brabus Rocket

 

 

 







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain