Friday, March 1, 2013

Kisah cinta Manusia Methylbenzene dan Manusia Benzoic Acid??


Kabare?? Waras opo orak?
Mesti  orang kelahiran Cik Siti Wan Kembang  mula bertanya : Gapo dio pulok nim??
Dan orang yang suka keropok lekor jugak mencelah : Mende au puok die kabo ni..
Nabil pula datang menjawab : Lu pikir la sendiri!

Hurm, hari ini hamba terdetik untuk berbicara soal siapakah itu Manusia Methylbenzene dan siapa pula yang dikategorikan sebagai Manusia Benzoic acid?? Pastinya si pembaca sedang garu kepala yang tak gatal bila baca tajuk terutamanya budak2 kos ART ( jangan marah yer )
Dan mula menjangkakan Manusia Methlbenzene itu macm Iron Man la, mungkin jugak macam Spiderman merah yang melompat dan jatuh pada percubaan pertama melompat, mungkin jugak seperti Spongebob yang sangat taksub menjaga resepi rahsia Krabby Patty. 

APAKAH ITU METHYLBENZENE DAN BENZOIC ACID??

Methylbenzene ni adalah sejenis organic compound yang punyai benzene ring dan jugak bersambung dengan substituent  methyl group,CH3 dihujungnya.
Manakala, Benzoic acid, ia juga sejenis organic compound yang punyai benzene ring. Tapi, yang bezanya ialah substituent di hujungya ialah COOH, bukannya CH3 :


Sekali pandang macam adik beradik sebapa, tapi ibunya lain-lain tau

KENAPA??

Kerana chemical properties mereka sangat berbeza disebabkan oleh substituent groupnya sahaja yang berbeza
Kalau kita buka balik buku CHEMISTRY FOR MATRICULATION SEMESTER 2, kita akan tahu yang

-CH3 tu ialah Electron Donating Group yang mana dia akan ACTIVATES the benzene ring supaya methylbenzene tu cepat-cepat bertindak balas bila jumpa Electrophilic, E


Manakala
-COOH pula merupakan Electron Withdrawing Group yang mana dia akan DEACTIVATES the benzene ring supaya si benzoic acid tu susah untuk terima Electrophilic, E dalam hidupnya..


Disebabkan oleh substituent –COOH inilah, benzoic acid ni merupakan the STRONGEST ACID berbanding acid2 yang lain sebab dialah acid yang paling SUSAH UNTUK BERGABUNG dengan Electrophilic, E..

APA PULA KAITANNYA DENGAN MUSLIM??

Kita andaikan :
BENZOIC ACID = muslim
ALKYLBENZENE =menyamar macam muslim
BENZENE RING = jasad sesama muslim
SUBSTITUENTS = akidah / pegangan
-COOH = al quran dan as sunnah
-CH3 = fahaman-fahaman sekular
ELECTROPHILIC = keindahan dunia yang menyesatkan

Walaupun pada zahirnya kita melihat benzene ring ( JASAD ANTARA MUSLIM ) tu sama jer, tapi apabila substituentnya ( AKIDAH / PEGANGAN ) yang berbeza, kesannya :-

Benzoic acid ( yang punyai BENZENE RING + COOH ) , pasti tidak mudah terpengaruh dan susah untuk menerima ELECTROPHILIC, dan ia dikategorikan sebagai STRONGEST ACID
Manakala,

Methylbenzene ( yang punyai BENZENE RING + CH3 ), mudah sangat tergoda dan menerima ELECTROPHILIC dalalm hidupnya. Dan dia langsung termasuk dalam kumpulan BENZOIC ACID, bahkan ALKYLBENZENE.. Nauzubillah

“ Ia ( Iblis ) berkata, “ Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, aku pasti akan menjadikan ( kejahatan ) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih di antara mereka “
Al –Hijr : 39-40

TAPIKAN, PELUANG MASIH ADA UNTUK BERUBAH

Bilamana Methylbenzene menyesal dengan cara kehidupan den pemikirannya , sebenaranya Allah masih memberi peluang kepada dia untuk berubah kearah yang lebih baik, iaitu menjadi Benzoic acid.



Dia memerlukan proses STRONG oxidation, dibantu oleh STRONG oxidizing agent macam hot alkaline potassium manganate (VII) under reflux, tak main la kalu nak gune pemanasan yang biasa-biasa nim..


Lepas tu, proses tarbiyyahnya tak terhenti lagi, dia terpaksa untuk menambah sedikit lagi H2SO4, barulah dia menjadi BENZOIC ACID yang sejati..
Itulah kisah cinta mereka , berusaha bersama2 untuk menjadi BENZOIC ACID yang sejati.
sweet tak?? Lepas ni boleh la praktik yer




WaALLAHUALAM.. J

# Jom praktikkan kimia dalam kehidupan, kepada students yang akan exam Chemistry 2 minggu depan, xyah nak tension-tension sangat la, jadikan Kimia itu menarik dengan cerita-cerita sensasi daripada anda semua.. Jom la kongsi cerita kimia anda.. J

By : Brabus Rocket

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain