(Riwayat Ibn Hibban)
"STRESS!!! 
Assignment
 tak siap lagi...Esok ada kuiz...Meeting persatuan lagi...Lusa kena 
present dalam kelas.. Ya Allah,peningnya...Apa aku nak buat ni.."
Asyik
 menyoal pada Tuhan yang Maha Kuasa, kenapalah Allah bagi ujian ni..Aku 
tak kuat..Aku tak mampu..Natijahnya, memang betul kegagalan yang 
menghantui diri.. 
Salah siapa?? Allah?? Mak ayah?? Lecturer?? Kawan-kawan?? Roommate??
Bila
 dah sibuk menunding jari pada orang lain, perkara yang perlu diutamakan
 pun terabai.. Itulah nasib bila tak redha pada ketentuan Ilahi..
Redha bukan semata-mata redha..tapi, bila kita redha, Allah bantu untuk bangkit kembali..( kalu tak usaha, jangan berangan Allah nak bagi kejayaan bulat2 ).
Saat
 membicarakan soal siapa yang lagi berat ujiannya, pasti lidah akan 
letih untuk memberi hujah.. Masing-masing akan mempertahankan diri 
masing-masing.. ( masing2 sibuk dengan ego masing2)
Bila
 menyebut soal ujian dan kesusahan, teringin untuk berkongsi sebuah 
cerita a.k.a pengalaman yang sempat dikutip pada waktu berbaki di bumi 
CFS ini... Moga-moga menjadi pedoman bersama..
**************************************************************************** 
Petang
 itu, hujan renyai-renyai membasahi bumi CFS yang dicintai ini.. Perut 
mula berdondang sayang meminta diisi.. Sebelum melangkah menuju ke 
tempat meeting, diri ini sempat singgah di cafe ZC.. Niat awalnya, 
sekadar ingin duduk melepaskan lelah.
Sambil duduk, mata melilau memerhati siswi-siswi yang sedang memenuhi tuntutan fitrah jasadi..
 Di
 saat itu, mata terpandang gelagat pakcik menebar roti canai yang sedang
 sibuk menarik perhatian siswi-siswi yang melalui gerainya agar singgah 
untuk membeli beraneka roti canai yang disediakannya...
"Roti kosong ada, roti telur ada, macam-macam ada... Roti! roti! Singgah-singgah"..( ini antara dialog promotion pakcik );
Usahanya
 menarik pelanggan
 kadang-kadang menemui kegagalan.. Pelajar yang lalu sekadar memandang 
sepi akan ajakan pakcik.. Terdetik dalam hati ini, tiadakah 
sesiapa yang menyara pakcik ini pada saat usianya meniti senja.. ( pakcik xde lah tua sgt..tp,andai pakcik ada anak,mgkin usianya sebaya pelajar cfs )..
Antara
 perkara menarik yang sempat diperhatikan pada pakcik ini selain dari 
rasa tak pernah putus asanya ialah apabila tiba waktu solat, semestinya
 kelibat pakcik ini tidak kelihatan.. Sesetengah peniaga mungkin 
merasakan bahawa setiap waktu adalah duit, duit dan duit... Tapi, pakcik amat teguh dengan ibadahnya... Dia tidak 
kisah meninggalkan gerainya buat seketika demi mengambil masa berjumpa 
Penciptanya..Allah, Allah.
Jika dinilai bilangan pelanggan yang datang menikmati rotinya, tidaklah seramai mana.. Namun, pakcik tetap meletakkan kebergantungan yang tinggi pada Tuhan Rabbul Jalil...
KITA???? SEJAUH MANAKAH KEBERGANTUNGAN KITA PADA ALLAH ?? ..
******************************************************************************
Itu
 baru secebis kisah yang Allah tunjukkan di depan mata.. Bagaimana 
dengan yang lain??. Selami hikmah dalam setiap yang berlaku.. Pasti hati
 dan bibir akan mampu tersenyum bahagia kerana di situ ada hikmah dari 
yang Maha Agung.. :-) 
Andai
 kita dapat melihat betapa hebatnya kesusahan orang lain jika 
dibandingkan dengan diri kita, pasti air mata penyesalan akan menitis 
dek kerana mulut dan hati ini terlalu lancang mempertikaikan ujian yang 
diberi oleh yang Maha Kuasa.. ALLAHUAKBAR..
Moga-moga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang rugi...insyaAllah...
by : sang mujahidah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
0 comments:
Post a Comment