Friday, April 30, 2010

Pemakaian hijab berleluasa di eropah punca kemarahan pihak gereja Vatican

Oleh Mustafa Mokhtar El-Rashidi

ROME – Satu berita yang tersebar sekarang ini di gereja Roman Katholik, Vatican yang menggangu tumpuan para pemimpin tertinggi gereja tersebut ialah isu pemakaian hijab di kalangan wanita Islam di beberapa buah negara eropah, malah bertambah bilangan mereka yang memeluk Islam dan merasa sensitif jika agama Islam diperlakukan dengan sewenang-wenangnya.

Demikian laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC) yang menyifatkan situasi sekarang ini dengan pertambahan individu yang memakai jijab dan memeluk Islam menyebabkan para pemimpin agama Kristian di Vatican merasa tidak senang hati, di samping mereka tidak menyangka bahawa ramai bekas penganut Kristian telah beralih angin kepada islam sebagai cara hidup mereka.

Walaupun pemakaian hijab sebelum ini dibahaskan secara meluas di beberapa negara eropah dan ada negara yang mengambil keputusan untuk mengharamkan pakaian tersebut dengan pelbagai pendekatan bagi menambahkan tekanan terhadap waniat Islam, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sehubungan itu, Kardinal Renato Martino menyatakan ketegasannya bahawa tidak ada tolak ansur dalam pemakaian hijab ke atas wanita Islam di eropah, khususnya di Itali yang terdapat gereja terbesar Roman Katholik.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab mana-mana individu yang memasuki sesebuah negara khususnya di Itali, mengikut adat resam, peraturan dan undang-undang negara tersebut, malah ia patut dihormati, begitulah dengan pemakian hijab yang bukan budaya dan adat resam masyarakat eropah, maka wanita Islam tidak dibenarkan memakainya kerana ia begitu asing.

Justeru, beliau memohon kerjasama pihak berkuasa Itali agar bertindak untuk meyekat kemaraan golongan eksterim agama Islam dengan kadar segera.

Menurutnya, pihak berkuasa Itali sejak tiga dekat yang lalu telah melarang mana-mana individu berhijab dan menutup muka dengan purdah kerana ia bukan dari ajaran agama Kristian sebenar.

Demikian juga pandangan paderi Agustino Marceto, yang menegaskan bahawa orang Islam perlu memahami sedalam-dalamnya di bumi mana mereka pijak, maka mereka patut akur dengan peraturan yang ada tanpa perlu mempersoalkannya – Alshaab.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain