Friday, April 30, 2010

Akad nikah ketika berlakon sah walaupun sekadar main-main – Fatwa al-Azhar

KAHERAH : Sekumpulan ulama’ al-Azhar dalam kenyataan akhbar-akhbar tempatan serta laman web rasmi mereka mengulangi pendirian bahawa para artis yang berlakon dengan melakonkan akad nikah dalam siri lakonan mereka dianggap sah sebagai suami isteri.

Mereka berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar tempatan yang menyiarkan pandangan beberapa orang penggiat seni di Mesir, yang menyokong drama bersiri bercorak kekeluargaan yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan baru-baru ini yang boleh dijadikan contoh buat tatapan umum mayarakat Arab di Mesir khususnya dan negara-negara Arab lain amnya.

Pandangan ulama’ al-Azhar yang diwartakan selepas itu sebagai salah satu bahan fatwa menyebut, bahawa dalam drama bersiri itu terdapat lakonan seorang artis wanita muda yang telahpun berkahwin, namun dalam lakonan itu beliau memegang watak seorang anak gadis yang dipinang oleh seorang lelaki dan akhirnya membawa kepada alam perkahwinan, perkahwinan itu dilakonkan dengan proses akad nikah dengan saksi dan segala yang berkaitan dengannya, di mana fatwa itu menyebut nikah itu adalah sah dan artis wanita itu berkahwin dengan dua lelaki, suaminya yang pertama dan suaminya ketika berlakon.

Walaupun isu ini hangat satu ketika dahulu namun ia cuba disembunyaikan oleh pihak tertentu, namun dibangkitkan semula apabila drama bersiri itu ditayangkan semula dalam tempoh sebulan pada Ramadan lalu yang mengundang kontroversi.

Walau bagaimanapun para ulama’ berkenaan menyandarkan pandangan mereka kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Tiga perkara jika dilakukan dengan betul, maka akan berlakulah ia dan apabila dilakukan dengan main-mainpun ia akan berlaku, iaitu nikah, hamba sahaya dan perceraian.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain