Saturday, November 12, 2011

Mengapa Seksualiti Merdeka Perlu dibantah

Heboh berkenaan ketidakpuasan hati penganjur seksualiti merdeka terhadap tindakan polis ke atas mereka. Bantahan itu pula disokong oleh NGO-NGO extremis liberal di Malaysia. Bagi saya, saya bersetuju dengan tindakan Kerajaan, Polis dan jabatan Agama menghalang Seksualiti Merdeka. Saya kira telah ramai para ustaz dan ustazah yang membawa hujah dari Al-Quran dan hadis, maka maka melalui tulisan ringkas ini, saya ingin berkongsi pandangan dengan  membawakan beberapa hujah tambahan yang lebih bersifat logika normal manusia, ini sebab bantahan saya terhadap program tersebut:


1. Tuntutan dan kempen hak kemanusian untuk kebebasan seksual adalah terlalu self-centred dan selfishnesstanpa memikirkan kesan negatif kepada kehidupan kemasyarakatan, ahli keluarga individu yang terlibat dan ahli komuniti. Kempen dan menuntut hak kebebasan yang mudaratnya menceroboh hak orang lain dan menimbulkan ketegangan majoriti ahli masyarakat PATUT DITEGAH, seperti hak kebebasan untuk mencuri hak cipta orang lain, seks dengan anak sendiri, seks dengan lembu dan binatang orang lain, kebebasan untuk menghina dan mengutuk agama lain dan pelbagai sepertinya. Adakah ini yang diperjuangkan oleh seksualiti merdeka? sehingga menjadi lebih rendah dari binatang dan memperjuangkannya tanpa limitasi?

2. Kita perlu tegaskan hak kemanusian dan kebebasan, sentiasa perlu diukur dengan neraca Allah dan RasulNya, bukan dengan logik aqal yang semata, justeru walau hebat mana sekalipun hujjah kebebasan manusia dan hak asasinya, sebagai pendakwah dan ilmuwan islam kita mesti pertegaskan hal ini sebagai guideline kita.

3. Mempromosikan keinginan kebebasan seksual secara terbuka bukan dari adab dan budaya bangsa masyarakat Malaysia, apabila ia dilakukan secara kempen, justeru kita tidak boleh bersetuju.

4. Kita bersetuju dengan kebebasan bersuara namun mestilah wujud limitasi dan hadnya, begitu juga dengan hal kebebasan seksual ini.

5. Islam juga mengawal kebebasan seksual kerana ingin menjaga keluhuran keturunan dan kejelasannya, ia juga bersangkut paut dengan kelayakan hak pusaka dan pengurusan perkahwinan agar tidak 'terkahwin' sesama adik beradik sebapa atau seibu. Seksualiti mesti ditolak kerana ia bakal mencacamarbakan keturunan manusiawi.

6. Jika kebebasan memilih pasangan yang ingin diperjuangkan oleh penganjur sehingga tidak mengapa lesbian dan gay, cuba bayangkan seluruh lelaki dan wanita di dalam negara ini menjadi ‘lebsian’ dan ‘gay’, maka adalah jika diandaikan berlaku di dalam large scale, adakah ia bakal membawa sesuatu yang bermanfaat dan baik serta terpuji, hasil kerana dari kebebasan itu? Jika baik, bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan anak di waktu itu?, adakah itu normal atau sebenarnya suatu penyakit ? Jika penyakit wajarkah ia dikempen kepada ramai melalui program besar-besaran sehingga boleh memudaratkan ?


7. Adakah penganjur Seksualiti Merdeka juga akan MENERIMA ‘ROGOL’ SEBAGAI HAK ASASI seseorang lelaki. Iaitu terpulang kepada dirinya bagaimana ingin mengurus nafsunya seksualnya sama ada melalui perkahwinan yang sah atau melalui merogol. Adakah ini mungkin termasuk dalam kempen penganjur Seksualiti Merdeka? Sedarkah mereka?, sudah tentu boleh wujud kumpulan perogol bersiri yang turut serta dalam kempen merekaatas kefahaman dan tafsiran mereka sendiri bahawa ia termasuk di dalam  hak asasi peribadinya, tanpa mengendahkan ia menceroboh hak asasi mangsa. Dalam kes seks sejenis atau bebas, bukankah ia juga menceroboh hak orang lain, iaitu ibubapa dan adik beradik atau suami pasangan itu?. 


8. Jika penganjur seksualiti merdeka ingin sangat membuktikan kempennya disokong oleh ramai dan membawa kebaikan, mereka patut dan MESTI mengemukakan fakta hasil interview at least 30 % ibubapa Muslim & bukan Islam di Malaysia yang bersetuju anak, adik, ibu, bapa, abang mereka menjadi gay dan lesbian. Saya yakin majoriti keluarga tidak suka dan meredai anak mereka terjebak dengan runtunan syahwat bebas ini.


Sekian dan selamat berfikir

Friday, October 28, 2011

BAGAIMANA CARA BERZIKIR KETIKA SIBUK BEKERJA?

Zikir ialah ibadat paling ringan tetapi amat berat timbangan pahalanya. Walaupun mudah dan ringan diamalkan, kebanyakan muslim lupa melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian.
Pengarang kitab Shafwah al-Shafwah menceritakan tentang seorang ahli ibadah melihat seekor burung yang selalu membawa sepotong daging setiap hari. Burung itu hinggap di atas pokok kurma. Ahli ibadah itu merasa hairan kerana tidak ada seekor burungpun yang mempunyai sarang di situ. Beliau berkata: “Saya memanjat pokok itu, saya melihat di sana ada seekor ular yang buta matanya. Setiap kali burung itu mendekatinya iapun bersuara lalu ular itu membuka mulutnya, sang burung meletakkan sepotong daging itu ke mulut ular dan kemudian terbang. Perbuatan itu dilakukannya setiap hari.”
Kisah tersebut mengajar kepada kita bahawa kemuliaan itu terletak pada seberapa besar manfaat yang boleh anda berikan kepada orang lain. Manakala kehinaan itu adalah kerana mensia-siakan potensi dan kekuatan jasmani dan rohani yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. Sedangkan binatang bekerja mencari makanan tanpa tangan dan kaki yang sempurna. Tetapi manusia masih lagi diulit mimpi angan-angan yang panjang. Binatang dan alam semesta semuanya berzikir kepada Allah SWT, tetapi manusia sibuk melupakan Allah SWT.
Allah SWT berfirman menyeru kepada orang-orang yang mengaku beriman yang maksudnya:”Bekerjalah kamu, nescaya Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakannya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah al-Taubah Ayat 105)



Bekerja adalah ibadat. Bahkan nafkah yang dihulurkan kepada ahli keluarga adalah sedekah yang paling utama. Tetapi sifat malas sering timbul sewaktu melakukan jihad ini. Ia sentiasa hadir dalam kehidupan para pekerja yang beriman. Di manakah kelemahannya hingga semangat bertempur untuk mendapatkan keuntungan dunia yang halal itu menjadi kendur? Padahal Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: ”Jika datang hari kiamat dan di tangan seorang daripada kamu ada satu bijian tanaman, maka jika dia mampu menanamnya, hendaklah dia melakukannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
Semangat kerja Nabi Allah Idris AS patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari Allah SWT berfirman yang maksudnya:“Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57). Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.” Allah berfirman: “Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.” Allah berfirman yang maksudnya: “Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10)
Demikianlah keutamaan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah yang empat diucapkan iaitu; Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, wa Allahu Akbar. Pekerjaan yang dilakukan sambil berzikir sungguh berat timbangannya di sisi Allah dan boleh menyuntikkan semangat untuk berjaya semata-mata kerana keredaan Allah.
Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan tetapi amat berat pahalanya. Syaikh al-Islam al-Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab agungnya, Majmu’ al-Fatawa menyatakan; Amalan yang paling utama selepas amalan yang fardhu adalah zikrullah. Dalam hadis sahih riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah kamu aku tunjukkan amalan yang paling utama dan yang paling bersih di sisi Allah? Lebih baik daripada kamu bertemu dengan musuh-musuhmu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka juga memenggal leher-lehermu? Para sahabat menjawab: Tentu wahai Rasulullah. Rasulullah bersabda: Zikrullah.”
Demikianlah zikir yang dilakukan. Ia tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan. Sungguh senang tetapi ramai manusia yang meninggalkannya.
Al-Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan: “Baginda memberi petunjuk supaya berzikir dalam setiap ucapan, tindakan, tarikan nafas, kala berdiri, duduk dan berbaring, gerak geri baginda adalah zikir kepada Allah.”
Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang paling sibuk dengan dunianya dan paling bersedia untuk bekalan akhiratnya. Baginda adalah seorang Ketua Negara yang amanah, Mahaguru yang dihormati, pakar motivasi, Jeneral perang dan penganalisis politik yang hebat, ketua rumah tangga yang adil, pendakwah yang karismatik, ayah yang penyayang, saudara lelaki yang penyantun. Seluruh masa dan tenaga dikerahkan untuk memastikan mereka yang hidup di sisi baginda mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Begitu juga dengan kita yang memenuhi hari-hari dengan kerja dan zikrullah, pastikanlah ianya tidak terhenti kecuali kedua kaki ini telah sampai di pintu kenikmatan tertinggi, syurga yang abadi!

Monday, October 24, 2011

Pesta Sukan Iptim



Start Date:

2011-07-26

End Date:

2011-10-30

Time:

9:40 am

Location:

CFS

Organized by:

Centre for Foundation Studies


Ada beberapa macam sukan yang disyariatkan Rasulullah SAW, untuk kaum Muslimin, guna memberikan kegembiraan dan hiburan mereka.
Di mana sukan itu sendiri dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi ibadah dan melaksanakan kewajiban dan lebih banyak mendatangkan ketangkasan dan keinginan.
Sukan tersebut kebanyakannya bentuk suatu latihan yang dapat mendidik mereka kepada manusia berjiwa kuat, dan mempersiapkan mereka untuk maju ke medan jihad fi sabilillah.
Di antara sukan itu ialah:
1.Pertandingan.
Sahabat-sahabat Nabi SAW dulu pernah mengadakan pertandingan lumba lari cepat, kerana Nabi sendiri membolehkan. Ali adalah salah seorang yang paling cepat.
Nabi sendiri mengadakan pertandingan dengan isterinya, bertujuan memberi pendidikan kesederhanaan dan kesegaran serta mengajar kepada sahabat-sahabatnya.
Kata Aisyah, “Rasulullah bertanding dengan saya dan saya menang. Kemudian saya berhenti, sehingga ketika badan saya menjadi gemuk, Rasulullah bertanding lagi dengan saya dan ia menang, kemudian ia bersabda: Kemenangan ini untuk kemenangan itu.” Iaitu seri atau sama-sama menang. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).
2.Lumba lari dan bergusti
Rasulullah SAW pernah gulat/bergusti dengan seorang lelaki yang terkenal kuatnya, namanya Rukanah. Permainan ini dilakukan beberapa kali. (Riwayat Abu Daud). Dalam satu riwayat dikatakan:
“Sesungguhnya Rasulullah SAW gulat/bergusti dengan Rukanah yang terkenal kuatnya itu, kemudian ia berkata: kambing lawan kambing. Kemudian Nabi bergusti, dan ia berkata: berjanjilah dengan saya. untuk lain kali lagi, lantas Nabi bergusti, dan ia berkata: berjanjilah dengan saya, lantas Nabi bergusti untuk ketiga kalinya.
Lantas seorang lelaki itu bertanya: Apa yang harus saya katakan kepada keluargaku? Nabi menjawab: Katakan “kambing telah dimakan oleh serigala, dan larilah kambing.” Kemudian apa pula yang aku katakan untuk yang ketiga?
Nabi menjawab: Kami tidak dapat mengalahkan kamu untuk bergusti dengan kamu dan untuk mengalahkan kamu, kerana itu ambillah hadiahmu.”
Dari hadis ini ahli-ahli fiqih beristimbat hukum tentang dibenarkannya pertandingan lari cepat, baik dia itu dilakukan antara lelaki dengan lelaki atau antara lelaki dengan perempuan mahramnya atau dengan isteri-isterinya.
Dari hadis-hadis itu pula ulama fiqih berpendapat bahawa pertandingan lari cepat, gusti dan sebagainya tidak menghilangkan kekhusyukan, kehormatan, pengetahuan, keutamaan dan lanjutnya umur. Sebab Rasulullah SAW. sendiri waktu bergulat dengan Aisyah sudah berumur di atas 50 tahun.

3.Memanah
Di antara hiburan yang dibenarkan oleh syara’ ialah bermain memanah dan perang-perangan. Sebab di satu masa Nabi pernah berjalan-jalan menjumpai sekumpulan sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, maka waktu itu Rasulullah SAW. memberikan dorongan kepada mereka dengan sabdanya: “Lemparkanlah panahmu itu, saya bersama kamu.” (Riwayat Bukhari)
Pertandingan lempar panah itu bukan sekedar hobi atau sekadar bermain-main saja, tetapi salah satu bentuk daripada mempersiapkan kekuatan sebagai yang diperintah Allah dalam firmanNya “Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup.”
Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda: “Ketahuilah! Bahawa yang dimaksud ‘kekuatan’ itu ialah memanah – beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali.” (Riwayat Muslim)
Dan sabdanya pula: “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)
Namun begitu, Rasulullah SAW. memperingatkan para pemain agar tidak menjadikan binatang-binatang jinak dan sebagainya sebagai sasaran latihannya, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang-orang Arab jahiliah.
Abdullah bin Umar pernah melihat sekumpulan manusia yang sedang berbuat demikian, kemudian Ibnu Umar mengatakan: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran memanah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dilarangnya permainan seperti itu kerana terdapat unsur-unsur penyiksaan terhadap binatang dan meragut jiwa binatang serta memungkinkan untuk membuang-buang harta, Tidak benar kalau permainan manusia itu dengan mengorbankan makhluk hidup yang lain.
Justeru itu pula Rasulullah SAW. melarang mengadu binatang seperti yang dilakukan orang-orang Arab dahulu, iaitu mereka membawa dua ekor kambing atau lembu kemudian diadu sampai mati atau hampir mati.
Lantas mereka senang dan tertawa. Para ulama berkata: “Bahawa prinsip dilarangnya mengadu binatang, kerana terdapatnya unsur menyakiti dan melumpuhkan binatang tanpa faedah, tetapi hanya sekadar bermain-main.”
4.Main Anggar
Yang sama dengan permainan memanah, ialah main anggar. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah memberi perkenan kepada orang-orang Habsyah (Ethiopia) bermain anggar di dalam Masjid Nabawi, dan ia pun memberi perkenan pula kepada Aisyah untuk menyaksikan permainan itu.
Dan kepada para pemain Rasulullah mengatakan: “Kerana kamu (kami melihat), hai Bani Arfidah.” Panggilan Bani Arfidah adalah suatu jolokan yang biasa digunakan orang-orang Arab untuk memanggil penduduk Habsyah. Umar, kerana wataknya tidak suka bermain-main, maka dia bermaksud akan melarang orang-orang Habsyah yang sedang bermain itu, tetapi kemudian dilarang oleh Nabi. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, ia berkata:
“Ketika orang-orang Habsyah sedang bermain anggar dihadapan Nabi, tiba-tiba Umar masuk, kemudian mengambil kerikil dan melemparkannya kepada mereka. Kemudian Rasulullah SAW. berkata kepada Umar.–biarkanlah mereka itu, hai Umar.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ini merupakan suatu kelapangan dari Rasulullah SAW dengan mengizinkan permainan seperti ini dilakukan di Masjidnya yang mulia itu, agar di dalam masjid dapat dipadukan antara kepentingan duniawi dan ukhrawi; dan sebagai suatu pendidikan buat kaum Muslimin, agar mereka suka bekerja di waktu bekerja dan bermain-main di waktu santai. Di samping itu, bahawa permainan semacam ini bukan sekedar bermain-main saja, tetapi suatu permainan yang bermotif latihan.
Para ulama berkata setelah membawakan hadis ini sebagai berikut: “Bahawa masjid dibuat adalah demi kepentingan urusan kaum Muslimin. Oleh kerana itu apa saja yang kiranya bermanfaat untuk agama dan manusia, maka bolehlah dikerjakan di masjid.”
Kiranya kaum Muslimin di zaman-zaman terakhir ini mahu memperhatikan, mengapa masjid-masjid mereka itu dikosongkan dari jiwa hidup dan kekuatan, dan dibiarkan sebagai tempat orang-orang apatis.
Pengarahan Nabi dalam mendidik dan memberikan hiburan hati isteri-isterinya, iaitu dengan memperkenankan permainan yang mubah seperti itu.
Sehingga kata Aisyah: “Sungguh saya saksikan Nabi membatas saya dengan selendangnya, sedang saya melihat orang-orang Habsyah itu bermain di dalam masjid, sehingga saya sendiri yang merasa bosan. Mereka itu lincah selincah gadis muda belia yang masih suka bermain.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Aisyah juga berkata: “Saya pernah bermain-main dengan boneka perempuan di rumah Rasulullah SAW, bersama kawan-kawan saya perempuan yang juga bermain-main dengan saya; dan tatkala Rasulullah SAW masuk, mereka itu bersembunyi, tetapi Rasulullah SAW. senang melihat mereka itu bersamaku, kemudian mereka bermain-main bersamaku lagi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
5 Menunggang Kuda (Berpacu Kuda)
Allah SWT berfirman: “Kuda, kaldai dan himar adalah supaya kamu naiki dan sebagai perhiasan.” (an-Nahl: 8)
Dan bersabda Rasulullah SAW “Kuda itu diikat jambulnya untuk kebaikan.” (Riwayat Bukhari)
Dan sabdanya pula: “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)
Dan sabdanya lagi: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah bererti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: (1) Seorang lelaki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah). (2) Seorang yang mendidik kudanya. (3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya. (4) Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)
Dan berkatalah Umar: “Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda.”
Ibnu Umar meriwayatkan. “Sesungguhnya Rasulullah SAW. pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemerangnya.” (Riwayat Ahmad)
Semua ini sebagai dorongan Nabi terhadap masalah pacuan kuda. Sebab berpacu kuda sebagaimana kami katakan di atas, adalah permainan, olahraga juga suatu latihan.
Anas pernah ditanya: Apakah kamu pernah bertaruh di zaman Rasulullah s.a.w.? Apakah Rasulullah s.a.w. sendiri juga pernah bertaruh?
Maka jawab Anas: “Ya! Demi Allah, sungguh ia (Rasulullah SAW) pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, ia sangat tangkas dalam hal itu dan menghairankannya.” (Riwayat Ahmad)
Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksud di sini ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang berpacu saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lainnya.
Adapun hadiah yang dikumpulkan dari masing-masing yang berpacu, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah semacam itu termasuk judi yang dilarang.
Dan Nabi sendiri menamakan pacuan kuda semacam ini, yakni yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya pun haram juga. (Riwayat Ahmad).
Dan Beliau bersabda: “Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sekian pandangan Al-Qardhawi. Sebenarnya inilah dasar hiburan dan sukan yang sepatutnya menjadi dasar dalam sesebuah pemerintahan.

sumber:tulahan


                                            

Sunday, October 16, 2011

HENTIKAN LAMBAKAN FILEM DAN DRAMA HANTU YANG ROSAKKAN MASYARAKAT



Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) menyokong Majlis Fatwa Kebangsaan menyuarakan kebimbangannya mengenai isu lambakan filem atau drama hantu di negara ini yang cukup popular sekarang kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam. Asas keperihatinan tersebut seharusnya dihormati kerana ia berdasarkan pandangan agama dan bukan hanya kerana mahu menimbulkan polimik dalam masyarakat.

Pihak yang berkenaan tidak harus merasa tersinggung hanya kerana sudah lama dalam dunia perfileman . Para ulama hanya menjalankan tugas untuk mengingatkan bahawa jika ia boleh membawa kesan kepada aqidah samada kepada pelakon mahupun kepada penonton termasuk kepada sutradara , maka ingatan dan gesaan ulama seharusnya dihormati dan diterima.
Persoalannya dengan filem dan drama tahyul , ialah apakah sebenarnya jenis pemikiran dan saikologi yang hendak diterapkan kepada masyarakat selain hanya dilihat sebagai suatu industri perfilemen untuk hiburan semata-mata.
Jika semua pihak serius untuk membina masyarakat di Malaysia demi menghayati pembinaan tamadun tinggi maka industri perfileman harus menyambut baik teguran yang datang dari golongan ulama.
Kami tidak nampak kenapa selera masyarakat perlu dihidang dengan filem dan drama yang akhirnya tidak membantu membentuk masyarakat yang lebih berilmu dan menghayati kehidupan murni.
Apakah ketika dunia kini sedang berhadapan dengan pelbagai realiti sosio-ekonomi-politik , kesihatan, alam sekitar yang semakin kronik , industri perfilemen kita hanya mahu menyogok masyarakat untuk menonton hal-hal yang tidak membina minda yang produktif.
Kami juga berpendirian betapa pandangan kritikal terhadap filem hantu juga punya kritikan dari sudut psikologi . Perasaan suka melihat cerita-cerita yang memaparkan babak-babak ngeri mungkin seolah-olah dilihat tidak bermasalah namun kesan negatif dalam jangkamasa panjang akan dirasai apabila perasaan takut mulai menguasai apa sahaja yang ada persekitaran kerana terlalu ingat kepada unsur tahyul dari filem yang ditonton . Apakah ini sebuah minda dan emosi yang sihat untuk sebuah masyaratkat masa kini dan yang mendatang?
Kami menyenaraikan kesan berikut yang boleh meninggalkan impak buruk kepada peribadi seorang kanak-kanak mahupun orang dewasa yang sering terdedah kepada drama dan filem hantu.
Pertama kesan rasa tegang (anxiety) akan terbina dalam perasaan orang dewasa apatah lagi dikalangan kanak-kanak apabila filem hantu yang dibikin dengan kesan visual dan audio yang canggih . Ia boleh dan berpotensi meninggalkan kesan berpanjangan. Kedua ialah kesan tidak nyenyak tidur boleh dideritai oleh penonton kerana diburu bayangan filem ngeri yang ditonton. Ketiga ialah perasaan takut yang menyebabkan hilang daya kawal terhadap diri sendiri sehingga perlu sering dibantu akibat terlalu takut dan menghakiskan keberanian untuk melakukan sesuatu dalam kehidupan .Keempat ialah kesan fobia kepada penonton bila pelbagai benda yang dilihat dikait dengan filem yang ditonton . Malah fobia terhadap kegelapan , binatang , bunyi atau keadaan yang terlalu sunyi menyebabkan perasaan takut berpanjangan.
Kami kesal kenapa pihak berkuasa tidak mengambil endah teguran yang disampaikan oleh Mufti sehingga mereka terpaksa menyampaikannya kepada Perdana Menteri . Sikap terlaluliberal dan hanya bergantung kepada Lembaga Penapisan Filem seharusnya tidak menjadi pendekatan pihak berkuasa.
Kami dengan itu menyokong penuh supaya pembikinan dan penayangan filem tahyul dan khurafat perlu dihentikan. Malah lambakan lambakan cerita hantu di negara ini yang mempromosi kepercayaan karut serta tidak membantu masyarakat menjadi produktif hendaklah disekat.
Jika ada pihak yang mempersoalkan gesaan ini dengan melontar hujah apakah selama ini cerita hantu sudah membuat penonton menjadi syirik dan keluar agama , kami menegaskan bahawa bahawa apakah dengan mengadakan filem seperti itu lebih membawa kepada kebaikan atau keburukan? Apakah keuntungan industri filem lebih diutamakan dari agenda membentuk pemikiran yang sihat dalam proses membina masyarakat?

Monday, September 12, 2011

IBRAH TRAGEDI 11 SEPTEMBER


10 tahun dahulu 11 September telah mengubah landskap politik dunia. Berbagai telahan konspirasi yang dibuat oleh manusia selepas kejadian 11 September tetapi yang pasti selepas detik itu Islam menjadi musuh paling utama di dunia selepas mereka berjaya meruntuhkan Komunis. Islam diasak dari atas, bawah, kiri dan kanan oleh 1Dunia untuk memastikan Islam juga akan hancur sebagaimana hancurnya Komunis. Mereka tidak akan berputus-asa sehinggalah mereka melihat tubuh umat Islam berkecai di depan mata mereka. Rentetan tragedi itu, saudara seislam kita di Iraq dan di Afghanistan merasai kesengsaraan sehingga hari ini.

Mereka silap Islam bukan fahaman seperti Komunis atau Demokrasi atau Kapitalis tetapi Islam adalah agama yang dibawa Manusia Agung Rasulullah SAW. Seluruh alam ini dicipta oleh ALLAH SWT hanya kerana adanya MUHAMMAD SAW kekasihALLAH SWT.
11 September sebenarnya bukan saat kehancuran Islam tetapi saat Islam berkembang dengan pesat di seluruh dunia. Beratus ribu manusia telah mendapat HIDAYAH selepas 11 September. Mereka yang mendapat HIDAYAH ini sangat taat pada Islam walaupun dimasa yang sama ramai manusia yang dilahirkan dalam Islam murtad meninggalkan Islam.
Semoga video 11 September boleh menjadikan iktibar kerana janji ALLAH SWT setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Hanya mereka yang sabar dan redha dengan ujian ALLAH SWT akan berjaya dunia dan akhirat.
Firman ALLAH SWT “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Surah Al Baqarah 2:30)

CUKAI PERKHIDMATAN 6%:.DI MANA HAK KAMI SEBAGAI PELAJAR???


Keputusan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus (6%) ke atas pembelian tambah-nilai prabayar dan pek atau kad SIM yang bakal berkuatkuasa pada 15 September ini benar-benar membebankan golongan marhaen(kurang berkemampuan).
Ini bererti, pengguna yang membeli tambah-nilai prabayar bernilai RM10 selepas ini terpaksa membayar RM10.60, iaitu dengan kos tambahan sebanyak 60 sen.
Alasan syarikat telekomunikasi bahawa caj tambahan sebanyak 6% ini merupakan ‘cukai perbelanjaan’ adalah tidak bertanggungjawab kerana ianya secara langsung telah menambahkan beban pengguna terutamanya golongan muda, pelajar universiti, pekerja kilang dan rakyat berpendapatan rendah.
Sebelum ini, peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) telah merekodkan keuntungan sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011. Nilai keuntungan ini meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu dan dijangka akan mencatatkan keuntungan berlipatganda untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2011 kesan dari pelaksanaan ‘cukai perbelanjaan’ ini.
Pelaksanaan cukai ini membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak serius dalam mengurangkan bebanan rakyat dan ini jelas bertentangan dengan prinsip pentadbiran kerajaan yang kononnya “mendahulukan rakyat”. Kerajaan juga kini dilihat hanya bertindak “mendahulukan” syarikat-syarikat korporat dalam banyak hal dan ini terbukti menerusi pembiayaan subsidi dengan jumlah besar kepada syarikat-syarikat penjana kuasa bebas (IPP).
Sebaiknya, pihak kerajaan dan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia mengkaji dan membatalkan semula keputusan ini dengan mengambilkira jumlah keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sebelum ini serta bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

Saturday, August 27, 2011

Tumbangnya Regim Muamar Gaddafi






Sewaktu saya menaiki LRT menuju ke pinggir negeri Selangor,saya berpeluang berbual denga bekas Duta Malaysia di Libya,kebetulan ketika itu berlakunya revolusi Timur Tengah yang sedang merebak ke Negara Libya.Disebabkan kurang faham dengan situasi sebenar politik dunia arab terutamanya di Libya,saya cuba mendapatkan gambran sebenar tentang Muamaf Gadaffi.Di dalam benak fikiran saya,timbul satu persoalan ;kenapa rakyat Libya menentang Muammar Gadaffi?Sedangkan di pentas dunia,Muammar Gadaffi merupakan salah seorang tokoh pemimpin dunia yang digeruni disebabkan beliau lantang bersuara.








Gaddafi yang menakutkan
Ketika berlangsungnya persidangan PBB tahun 2010,Gaddafi lantang bersuara dan menyatakan rasa tidak puas hati diatas amalan memberi kuasa veto kepada 5 buah negara(China,Russia,Amerika,Perancis,UK).
Gaddafi mengoyak kulit depan Piagam PBB ketika berucap.Lantas beliau mencampakkanya ke arah podium pemimpin kuasa besar dunia yang sekian lama mencabuli matlamat penubuhan PBB.


Sosialis versi Islam
Gaddafi memerintah Libya berasaskan sistem sosialis versi islam,di mana beliau memperkenalkan sistem moral Islam yang melarang rakyatnya mengambil minuman alkohol dan berjudi.Menurut bekas duta Malaysia tersebut,kehebatan yang ada pada Muammar Gaddafi ialah beliau  tidak akan sama sekali bekerjasama dengan kuasa asing dalam pentadbirannya,terutamanya meminta bantuan dari Amerika Syarikat.Cumanya,beliau bersikap agak kejam dengan rakyatnya yang dilihat cuba bangkit menentangnya.Faktor lain yang dilihat menyumbang kepada kebangkitan rakyat ialah inflasi meningkat,birokrasi dan kadar kemiskinan.

21.8.2011
Akhirnya setelah sekian lama melancarkan provokasi terhadap pasukan penyokong kerajaan,pada 21/8/2011 pasukan anti kerajaan berjaya menawan dataran hijau Tripoli yang menjadi kubu kuat pasukan muamar gadaffi.Pasukan anti kerajaan telah mula melancarkan pemberontakan sejak 15 februari yang lalu dan pernah hampir berjaya menawan Tripoli.Namun,pasukan tentera yang masih setia dengan Muammar berjaya mempertahankan wilayah tersebut.Pertarungan ini dilihat semakin memuncak dengan jumlah korban mencapai ratusan orang.Akhirnya,pasukan pemberontakan mendapat bantuan ketenteraan daripada tentera bersekutu yang dikepalai oleh amerika syarikat.Dengan bantuan kuasa besar ini,tiada masalah bagi pihak pemberontakan mencapai kemenangan.Tumbangya era kepimpinan kolonel gaddafi yang memerintah selama 42 tahun.Meskipun tripoli sudah dikuasai pemberontak,Gadaffi berjaya meloloskan diri.Kini,tawaran $4juta akan diberikan kepada mereka-mereka yang berjaya memberkas Gadaffi.Wallahua'lam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain