Saturday, March 16, 2013

MUSLIM PRODUKTIF GAYA LONG DAY PLANTS


Sabtu, 16 Mac 2013

“ Umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam..” (1) bait lirik Menuju Wawasan tergiang-nging di corong telinga di kala mataku memberat.

Modul Biology  2 terselak-selak ditiup angin yang sepoi tidak berbahasa itu seperti mahu mengejutkan aku dari lena di alam kayangan Sinetron. Bila mataku membesar, kumendapati helaian buku modul itu menayangkan cerita Phytochrome and Photoperiodism (2)
SubhanAllah, sungguh dekat peringatan daripada Allah kepada hambaMu ini.

Alhamdulillah, kali ini Cik Brabus Rocket mendapat ilham daripada Azza Wa Jalla untuk bercerita mengenai jenis-jenis pokok yang ada kat tanah Allah ini, dan ia sangat bertepatan dengan tajuk entri kali ini.. Sama-sama kita kutip ibrah daripada pembelajaran dari kelas. ( Xkan lecturer membebel 1 jam, kita xdapat hatta sebutir pengajaran pon..)

“ Hikmah itu barang hilangan orang yang beriman..” (3)

Phytochrome Ibarat Hati Manusia       
                                                                          
Dalam tumbuhan, ada satu receptor yang sangat sensitive kepada cahaya, iaitu Phytochrome. Sifatnya  yang berubah-berubah (photoreversible) apabila dia mendapat cahaya yang pelbagai jenis.
Ada kalanya, dia akan berubah menjadi tidak aktif (Pr) apabila dia mendapat banyak Far Red Light di malam hari,

Sebaliknya, bila dia mendapat banyak Red Light di siang hari, dia akan berubah menjadi Phytochrome yang aktif (PFr)

Switching Mechanism ini seperti Mekanisma Iman di dalam hati manusia..

Bilamana hati kita menerima tanggungjawab/ amanah pada siang hari menyebabkan kita akan aktif bergerak (dalam erti kata beribadah ) dan iman kita bertambah.

Tapi, jika kita terlalu banyak menerima kemalasan /rehat pada malam hari menyebabkan kita akan tidak aktif bergerak dan menjadi malas. Dan dikala inilah iman kita merudum jatuh, tergolek dan susah nak sekat daripada terus tergolek ( ambik perumpamaan daripada sebiji bola sedang bergolek di padang bola depan FZC )

sempat lagi ambek gambar semasa jogging
tapi mana bolanya??


Produktiviti Tumbuhan Bergantung Kepada Malamnya, Bukan Siangnnya
Jika kita melihat pokok bunga di Mahallah Khadijah berbunga, ia bermakna, pokok itu mempunyai malam yang mantap. Namun, kemantapan malamnya bergantung pada jenis pokok itu tersendiri.

cantikkan bunga ni??.. tapi tak tahu jenis pokok apa ni..huhu


Actually, pokok ni ada dua jenis:
1 . Suka tidur banyak iaitu Short Day Plant
2.  Rajin bekerja iaitu Long Day Plant

Short Day Plant ni akan berbunga bilamana dia mendapat tidur yang panjang ( long night period ) berbanding critical periodnya sebagai sebatang pokok. Tapi bilamana dia mendapat kerja lebih pada siang hari, dia menjadi malas dan tidak berbunga lagi.

Dan antara jenis pokok yang mengada-ngada ini ialah Chrysanthemums, dimana bila kita campurkan herba ni dengan air Teh, buat kita mengantuk dan relax jer, ( lepas tu malas buat kerja..haah)

Long Day Plant pula mampu mengeluarkan bunga apabila dia kurang tidur (short night period) berbanding critical period dia sebagai sebatang pokok. Dan dia sangat komited dengan kerjanya.

Apa yang menariknya, jenis pokok ini ialah spinach. Bila kita makan spinach ini, ia akan mengaktifkan muscle cell kita dan menjadikan kita bertenaga.. sebab tu la Popeye suke sangat makan Spinach kan???

Simpulan Cerita
Hurm, sekarang, dapat tak apa yang Cik Brabus nak sampaikan??
In my opinion, pokok yang rajin itu ( Long Day Night ) sangat bermanfaat kepada manusia, mampu memberikan senyuman (berbunga) walaupun dia ditimpa banyak kerja dan amanah bersamanya.
Sangat produktif orangnya dan mendatangkan banyak faedah kepada orang di sekelilingnya..

Manakala, pokok yang malas itu ( Short Day Night ) hanya mampu memberikan senyuman (berbunga) bilamana dia mendapat rehat yang cukup dan terlebih. Tetapi, jika dia mendapat tambahan amanah/tanggunjawab ( light ray ) di waktu malam ketika dia sedang tidur, dia pasti mencebikkan muka tanda protes, dan tidak lagi senyum ( not flowering ).

Koreksi Diri
Sebenarnya Long Day Plant ini mencontohi sifat Rasulullah s.a.w, di mana Baginda seorang yang kuat bekerja dan beribadah, kurangkan rehat dalam hidup kerana dunia ini bukan tempat rehat bagi kita sebagai Muslim.

Betapa sukarnya dan besarnya tanggungjawab Baginda dalam dakwahnya sampaikan Allah mengulangi

"Bersama kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesulitan ada 
kesenangan."


Dalam Surah Al Insyirahsebagai satu motivasi kepada Baginda yang dalam kesulitan dan kepayahan (4). Tapi hasilnya pasti tak pernah sia-siakan??

Berbaktinya Rasulullah s.a.w sampai kita dapat rasai nikmat Islam dan
Bergunanya Long Day Plant sampai Popeye dapat selamatkan Olive daripada bahaya..
Kalu pokok yang tak berakal ikut Nabi, kita yang berakal ni takkan….? ( pikir la sendiri jawapnnya)
Hebat bukan???

Maa Taufiq Wannajah
Cik Brabus doakan sahabat-sahabat dapat mengutip sedikit sebanyak ibrah daripada hasil penulisan Cik Brabus yang tak seberapa ini. Kepada calon peperiksaan SHF 1425, buatlah yang terbaik untuk paper ini.
Jangan tension-tension blajar Biology tau, nanti kene Hypertension dat will promote atherosclerosis , heart attack and stroke…huhu

antara kaedah nak hafal Bio adalah melalui Flash Card

GL2E (5)!!

By : Cik Brabus Rocket


REFERENCES
1.       UNIC (2013), Menuju Wawasan, Cellular Phone, Samsung Wave II
2.       Nora Ahmad, Nazira Zubir & Rozita Muslim (2013), Biology II, CFS IIUM
4.       Sayyid Qutb, Fi Zilalil Quran PDF, (n.d), Laptop Acer
5.       Gyung-Hyo (2002), Komik Semangat Waja Guru Sains Cikgu Boom, Korea

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain