Monday, November 22, 2010

peduli palestin

Mahmoud Abbas




Kaherah- Presiden Palestin, Mahmoud Abbas terus berkeras untuk tidak menyertai sebarang rundingan damai dengan Israel jika pembinaan haram Yahudi tidak dihentikan, termasuk projek penempatan sedemikian di Baitulmaqdis Timur.
Pemimpin Palestin itu turut mengutuk Amerika Syarikat (AS) yang cuba memujuk Israel untuk membekukan lebih banyak projek penempatan haram di Tebing Barat dengan pulangan faedah politik dan keselamatan.
Abbas menegaskan yang beliau tidak mahu mempunyai kaitan dengan perjanjian sebegitu,


"Kami tidak akan menerima sebarang projek penempatan haram di seluruh wilayah Palestin termasuk di Baitulmaqdis," kata beliau kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak.


Rundingan damai langsung antara Israel dan Palestin bersambung semula pada 2 September lalu, tetapi menemui jalan buntu selepas tiga minggu kerana tamatnya pembekuan 10 bulan projek penempatan penduduk Yahudi di Tebing Barat.


Walaupun perjanjian itu tidak termasuk perumahan haram di Baitulmaqdis Timur, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan agar ia dilakukan secara rahsia bagi mengelak dari kekacauan politik.

Tindakan Netanyahu itu bagaimanapun menerima tentangan daripada pemimpin pembangkang.
Dalam perbincangan dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton minggu lalu, beliau mencadangkan agar
Netanyahu bersetuju menghentikan projek penempatan itu selama 90 hari.

Sebagai balasan, AS akan memberi 20 buah jet pejuang F-35 bernilai AS$3 bilion (RM9.3 bilion) kepada Israel.
Bagaimanapun, Abbas mengutuk usaha AS berdiplomasi dalam hal ini.
"AS telah dimaklumkan yang kami tidak mahu mereka menawarkan apa sahaja kepada Israel supaya mereka bersetuju dengan perbincangan ini," kata Abbas lagi.


komen-  


hah, perjanjian demi perjanjian dah dibuat..tapi sampai sekarang tak aman-aman pun kan?


benarlah firman Allah SWT;


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (QS. Ali Imran[3]: 118


nah, jelas bukan?
renung-renungkan.. doakan saudara kita di Palestin..doa itu senjata Mukmin..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain