Saturday, October 30, 2010

KELANTAN juara baru



KETUA pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin bersama rakan sepasukan menjulang Piala Malaysia selepas mengalahkan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Turut kelihatan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri), Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery
Cheek (kanan)


PEMAIN Kelantan melutut dan berdoa tanda syukur sejurus wisel penamat apabila mencipta bangga muncul juara baru Piala Malaysia menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Dua gol menerusi tandukan padu Hairuddin Omar pada minit ke-57 dan Mohd Badhri Mohd Radzi, m-65 berjaya mengikis jaringan awal lawan menerusi sepakan penalti oleh Shahurain Abu Samah (m-13) - sekali gus menamatkan badi 40 tahun yang diiringi dentuman mercun mengiringi kejayaan manis The Red Warriors.
Kejayaan ini memboleh kan Kelantan meletakkan diri dalam kumpulan unik yang kini bertambah kepada 14 pasukan yang pernah menjulang piala keagungan bola sepak tanah air itu termasuk sebelum ini yang dikenali Piala HMS Malaya dan Piala Malaya. Namun, skrip itu tidak kelihatan begitu pada awal saingan babak pertama apabila Shahurain yang dinaikkan kepada posisi serangan berikutan ke tandusan penyerang akibat kecederaan yang menimpa Zaquan Adha Abd Radzak mengulangi jaringan awal ke atas lawan sama, apabila mudah menyempurnakan penalti mengatasi Khairul Fahmi Che Mat selepas penjaga gol itu menjatuhkan S Kunalan dalam kotak penalti. Shahurain yang meledakkan gol cantik dalam laluan kejayaan 3-1 musim lalu berjaya mengelirukan penjaga gol itu yang semakin meningkat naik dalam skuad kebangsaan pada percubaan kedua selepas pengadil, Sub khiddin Mohd Salleh mengarahkannya diambil semula. Pada masa kecederaan babak pertama, gerakan pantas Mohd Badri Mohd Radzi dengan Indra Putra Mahayuddin hampir menjelmakan gol penyamaan, tetapi tendangan lencong kapten Kelantan itu berjaya ditumbuk penjaga gol, Sani Anuar Kamsani. Hairuddin menceriakan pasukan apabila berjaya mengelakkan diri daripada kawalan pertahanan untuk menghalakan han taran lintang Norshahrul dengan jaringan penya maan menerusi tandukan untuk menghidupkan api perjuangan the Red Warriors dan hampir 60,000 penyokong mereka.
Momentum beralih arah kepada Kelantan yang mengambil alih tam puk penguasaan de ngan Mohd Badri men cetuskan dentuman mercun oleh penyokong hasil gol kemenangan buat mencipta sejarah baru mereka.- adaptasi daripada Utusan Malaysia Online

untuk berita lain mengenai post ini, mungkin pembaca boleh dapatkannya di sini

ulasan penulis- sangat gembira mendengar kemenangan kelantan. GOMO KELATE GOMO :D 



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain