Sunday, October 17, 2010

Abu Jahal Alim Orangnya


Kita dibesarkan dengan cerita Abu Jahal sebagai seorang yang jahil menolak Islam secara mentah-mentah. Kita difahamkan disebabkan beliau gagal mengenal Allah itu sebagai Tuhan,beliau kufur dengan ajaran Rasulullah.Tapi,cuba kita renungkan sebentar,kenapa manusia menolak kebenaran walhal sudah beribu macam bukti ditunjukkan kepadanya. Pada pendapat saya,2 sebab,samada dia masih tidak faham dengan agama atau dia takut dengan agama Islam.Takut yang macamana?

Takut bila dia peluk Islam,dia mesti tinggalkan segala perbuatan buruknya dan apa-apa yang mendatangkan faedah kepadanya. Dan pada pendapat saya,Abu Jahal bukanlah tidak faham dengan Islam,bahkan banyak cerita yang mengisahkan beliau mencuri dengar bacaan ayat Quran Rasulullah kerana pada beliau,ayat-ayat itu menenangkan.

Tapi Abu Jahal takut,takut dengan kebenaran Islam. Beliau takut,bila beliau peluk Islam,beliau mesti tinggalkan riba,tinggalkan zina dan paling yang ditakutinya,beliau takut tahtanya sebagai salah seorang pemimpin quraisy hilang begitu sahaja,lantas beliau menolak Islam. Maksudnya,Abu Jahal faham Islam dengan begitu jelas.

Dia jelas bahawa Islam agama yang melarang riba,melarang zina dan menyamakan kedudukan seorang hamba dan seorang raja. Yang paling penting,dia faham kalau peluk Islam,dia mesti peluk Islam secara total bukan pilih-pilih MACAM KITA.Cuba muhasabah balik diri kita,adakah kita faham Islam seperti Abu Jahal faham Islam?

Kita solat fardhu 5 waktu,kita puasa di bulan Ramadhan,kita tidak mencuri tapi kita pegang tangan perempuan,kita pakai tudung nampak dada,kita sakiti hati rakan kita,kita dengki dengan kejayaan kawan kita,kita main Facebook sampai lupa ‘Book in Islam’, senang cerita,kita ambil yang besar(penting),kita tolak yang kecil(dipandang tidak penting). Apa yang menyenangkan kita,kita terima dan patuh tapi apa yang memberatkan kita,kita tolak dengan alasan ‘perkara kecil’.

Apabila kita menolak sebahagian ajaran Islam,bermaksud kita telah kufur dengan ayat Allah,Al-Baqarah 208:

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya

Kita asyik mencaci Abu Jahal sebab kejahilannya,berhentilah berbuat demikian kerana beliau lebih faham Islam dari kita. Memang kita lebih mulia dari beliau kerana Islam dan Iman yang ada dalam hati kita tapi sayangnya Islam dan Iman dalam hati kita tidak mampu menggerakkan kita supaya mencari Ilmu untuk lebih faham dari Abu Jahal.

“Tahu dada ni aurat,takpe tunggulah aq kahwin dulu,nanti suami aq tegur,aq pakai lah elok-elok.”

“Tahu couple pegang-pegang tangan ni dosa tapi dah sayang,nak wat camne.”

Wahai teman,Ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah,lansung tidak memberi sebarang manfaat kepada induk dan orang sekelilingnya.Dan ada juga pepatah Arab menyebut, “Ilmu tanpa Amal ibarat orang zalim/jahil dan Amal tanpa Ilmu ibarat orang gila.”Anda sudah tahu itu haram,sudah tahu itu berdosa,kenapa masih lakukan?

Tunggu berkahwin baru nak perbetulkan semua?Mengharapkan suami yang alim mengahwini anda? Jujur kata,hampir mustahil lelaki alim akan kahwini anda andai anda masih tidak bertudung elok kerana itu janji Allah,”lelaki baik hanya untuk perempuan baik.” Anda tunggu sayang anda hilang? Ketahuilah sayang anda memang hampir mustahil hilang tapi mati itu bila-bila masa pun tidak mustahil.

Kalau anda yang pakai tudung tak elok,pusa ramadhan tak cukup,couple berpegang-pegangan tangan masih mengutuk Abu Jahal dan sekutunya,kutuklah depan cermin kerana diri anda lebih layak dikutuk dari mereka. Kefahaman agama mereka lagi tinggi dari anda walaupun mereka bukan Islam.

Jadi,mulai hari ini,mari kita belek balik sirah-sirah di zaman Rasulullah,baik yang Islam dan bukan Islam,kerana terkandung seribu satu pengajaran yang boleh diambil dari mereka. Baik yang Islam mahupun yang bukan Islam,mereka adalah golongan terpilih untuk hidup sezaman dengan Rasulullah,pasti ada cerita di sebalik cerita,cuma kita yang malas mengkaji dan malas berfikir.

Renung-renungkan dan jom kita masuk Islam secara menyeluruh! Buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang secara mutlak! Jom!


sumber: azzariyat.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain