Saturday, October 30, 2010

insiden gunung merapi-penduduk dikerah tinggal kediaman

Tentera kawal rumah diselaputi debu putih

GUNUNG MERAPI: Tentera Indonesia semalam mengerahkan penduduk kampung supaya meninggalkan rumah mereka di tebing gunung berapi, yang meletup lagi, menyebabkan seorang mangsa maut dan lapangan terbang kecil ditutup.


Kira-kira 36 orang sudah meninggal dunia setakat ini berhampiran Gunung Merapi sejak ia meletus Selasa lalu. Anggota tentera mengawal rumah yang diselaputi debu putih semalam dan televisyen tempatan menunjukkan seorang wanita yang enggan mematuhi arahan berpindah, dibawa keluar dengan pengusung ketika dia menjerit dan meraung sebagai bantahan.



Beratus-ratus kilometer di kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, mangsa tsunami di pulau terpencil menanti makanan dan perbekalan lain ketika ribut kuat menghalang penyampaian bantuan. Sesetengah mereka yang tercedera akibat hempasan ombak besar itu – termasuk seorang budak perempuan berusia 12 tahun dengan luka parah di dada – menderita kerana ketiadaan ubat penahan sakit yang mencukupi, kemungkinan meninggal dunia jika mereka tidak dipindahkan, kata doktor di sebuah hospital.

Kedua-dua bencana itu, yang melanda awal minggu ini di dua kawasan bertentangan di negara yang aktif gempa bumi itu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 449 orang terkorban dan beratus-ratus lagi hilang.

Sekurang-kurangnya 23,000 orang kehilangan rumah di zon tsunami, kata Suryadi, seorang pegawai di Pusat Krisis. Ombak yang menyapu kampung terbabit apabila ia melanda Isnin lalu, dicetuskan oleh gempa berukuran 7.7 magnitud.

Agensi kerajaan terpaksa menghentikan bantuan menggunakan bot dan helikopter yang membawa mi segera, sardin dan tikar ke kawasan paling jauh di kepulauan Mentawai kerana cuaca buruk dan laut bergelora.
Pekerja penyelamat berharap dapat menggugurkan bantuan ke kawasan terbabit menggunakan pesawat dan empat helikopter semalam, tetapi angin ribut menghalang mereka, kata Ade Edward, seorang pegawai agensi pengurusan bencana wilayah.


penduduk menggunakan payung bagi mengelakkan debu gunung berapi


Katanya, kapal tentera laut yang dalam pelayaran ke kawasan dilanda bencana itu dihalang oleh ombak setinggi enam meter dan terkandas di pelabuhan Padang di Sumatra.

Doktor semalam berkata mereka memerlukan bekalan perubatan bagi membantu kira-kira 150 mangsa terselamat yang cedera di sebuah hospital di Sikakap, pekan utama di pulau Pagai Utara. – AP 







berkenaan berita kes gempa bumi Gunung Merapi ini, suka ingin saya kongsikan sedikit tentang 10 tanda-tanda besar kiamat menurut sebuah hadith:




Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".(H.R Muslimi)


Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.



Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".




ayuh pembaca! jom mantopkan iman !~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain