Thursday, February 7, 2013

Riang- riang Riadah, jangan lupa Ibadah


Alhmadulillah, MEST telah berlangsung  dengan jayanya..
PERINGATAN BERSAMA KETIKA BERIADAH :-


1. Menjaga aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan usah lalai menunaikan kewajipan solat. Hindari acara sukan yang membabitkan perjudian.
Firman Allah: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan, dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah daripada tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” (Surah al-A’raaf, ayat 26)
.
2. Usah terlalu taksub dengan pasukan kesayangan sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata kesat dan biadap terhadap pemain lawan. Inilah fenomena perlawanan yang sukar dikikis dalam masyarakat kita sekarang. Paling menyedihkan, ada yang tak bertegur sapa selepas tamat perlawanan.


Allah SWT berfirman: “Dan taatlah kamu kepada Allah SWT dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala berserta dengan orang-orang yang sabar.”  (Surah al-Anfal, ayat 46)
.
3. Menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Islam mengajar kita supaya tenang, berjiwa besar, reda, wasatiah dan bersikap rasional tatkala menerima keputusan di akhir pertandingan.
Paling menyedihkan, ada segelintir peminat sukan yang bergaduh sesama sendiri kerana bersikap emosional serta mudah mengikut telunjuk hawa nafsu.
Kurangkan emosional, lebihkan rasional ye :)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan,’ sabda Rasulullah SAW, ‘adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan”   (HR Ibnu Majah).


Sukan bukan sekadar menguji kekuatan dan kehebatan fizikal tetapi lebih jauh lagi ia membina hubungan ukhuwah serta silaturahim demi perpaduan ummah. Janganlah kita mudah dihasut oleh syaitan yang ingin melaga-lagakan umatnya supaya sentiasa bertelingkah dan bermusuhan.
Sekali anak Adam melakukan maksiat, berdekah-dekah syaitan ketawa

Manfaatkan nikmat masa sihat ini secara betul menurut landasan syariat supaya kita menjadi mukmin atau mukminah bertakwa kepada Allah serta bersedia menabur khidmat dalam masyarakat.

Terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam MEST.
# Tahniah Nucleo !!
# Gambar sekadar hiasan :)
By : Brabus Rocket


4 comments:

  1. bakpe hijau je, mana warna lennn,hehe. bagus la admin, cakna isu uia

    ReplyDelete
  2. mungkin adminnya ada maksud lain kot..
    wa ALLAHu a'lam :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain