Sunday, March 10, 2013

Mahasiswa & Sikap



Belajar.Belajar.Belajar.

Itulah hakikat perkara yang tertanam dalam minda pelajar. Menelusuri hidup dengan buku-buku dengan harapan apa yang mereka usahakan kini akan dapat kejayaan yang mereka impikan.

Tidak dinafikan kejayaan dalam pembelajaran adalah amat perlu. Bahkan, kita dituntut untuk berjaya dan mendapat hasil dunia. Tujuan syariat diturunkan adalah untuk memastikan manusia mendapat bahagian di dunia dan kebahagiaan diakhirat. Berlandaskan Islam.

Yang harus dipertikaikan ialah sikap pelajar yang hanya hidup dengan lambakan buku tanpa menghiraukan persekitaran yang berlaku di sekeliling. Apa yang terjadi di tanah air Malaysia. Apa yang berlaku kepada umat Islam. Itu silapnya. Sikap inilah yang menyebabkan mahasiswa semakin dipandang sepi oleh masyarakat.

Lihat sahaja lembaran sejarah yang diukir oleh mahasiswa pada satu ketika dulu. DSAI pernah memacu mahasiswa dengan memperjuangkan pelbagai isu-isu yang penting dalam masyarakat. Isu luar negara, isu politik dan sebagainya. Bila sebut saja mahasiswa, besar impaknya dalam institusi masyarakat.

Sejarah pernah membangkitkan isu luar Negara seperti Presiden Filipina yang mahu merampas Sabah, Pencerobohan Rusia dan sebagainya, membuktikan mahasiswa begitu aktif. 

Sebagai seorang yang ber-akademik sepatutnya lantang berbicara mengenai isu-isu yang berlaku disekeliling. Hal ini kerana, pada hakikatnya mereka adalah orang berilmu. Bagaimana mungkin seorang yang berilmu menidakkan dan mengendahkan perkara yang berkait dengan hal umat Islam terutamanya. Apakah gunanya ilmu jika tidak dipraktikkan?

Dimanakah posisi seorang mahasiswa dalam masyarakat? Berdiam diri dan hanya memerhati bibit yang berlaku di persekitaran?

Jadilah seorang mahasiswa yang proaktif dalam segala aspek, bukan dalam pembelajaran sahaja. Yang cakna dengan isu umat Islam

Bangun.Kelas.Makan.Tidur.

Jika ia adalah sikap anda ubahlah sekarang. Dimanakah peranan seorang mahasiswa sebagai tonggak perubahan negara.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain