Monday, November 19, 2012

we concern, we care

Assalamualaikum wbt


Kaifa halukum semua? Cuti anda bagaimana? Penuh dengan ‘rehat’ atau sebaliknya, tepuk dada Tanya diri sendiri ya =)

Masih belum terlewat untuk saya ucapkan Salam Maal Hijrah 1434 kepada semua. Semoga ‘tahun baru’ ini membawa lebih banyak perubahan buat diri kita. Hijrahkan sikap! 

Ketika umat Islam sedang seronok meraikan Maal Hijrah, beratus- ratus ucapan dan doa di Facebook, Twitter, bumi GAZA kembali gempar dengan serangan dari rejim Zionis Israel. Facebook dibanjiri dengan ‘update’ tentang situasi umat Islam di sana. Tidak kurang juga ‘update status’ doa buat saudara kita di sana. Serangan ‘boikot’ bermula di facebook, kecoh isu boikot McD dan sebagainya. Demonstrasi turut dijalankan sebagai tanda protes terhadap serangan. 

Pandangan peribadi saya, Alhamdulillah umat Islam seluruh dia cakna dengan isu semasa, ramai yang menunjukkan keprihatinan terhadap saudara kita di bumi Gaza, Syria, Rohingya dan lain- lain. Teruskan dengan sikap ambil berat ini kerana kita adalah bersaudara. 

Mafhum hadith riwayat Tabrani menyebut : 

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat perihal saudara muslimnya yang lain, dia bukan dari kalangan mereka." 

Jadi apa yang kita boleh lakukan untuk membantu umat Islam di sana? 

BOIKOT

*www.google.com*

Yang sedihnya apabila ada segelintir manusia menganggap usaha yang tidak seberapa ini sebagai sesuatu yang membuang masa. 

“Boikot McD aje watpe, duk kat umah minum gak Milo, produk Nestle, Yahudi punye gak” 

“Sibuk duk boikot, bleh lawan Israel ke? Ape je bleh tolong?” 

Begitulah serba serbi ayat yang dilontarkan yang kadangkala sakit mata, hati bila membaca. Logikah kita nak boikot memboikot ni?

Mari hanyati kisah Nabi Ibrahim a.s ketika dibakar Namrud. Seekor burung kecil berulang alik mengambil air menggunakan paruhnya yang kecil untuk cuba memadamkan api yang marak. 

Makhluk Allah yang lain bertanya "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.” 

Lalu dijawab oleh burung berkenaan, 
"Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” 

Mungkin usaha kecil kita itu Nampak sia- sia. Tapi sia kita untuk menilai? Biar Allah lakukan kerjaNya, yang penting apa usaha yang kita buat tak melanggar syariat dan yang paling penting, IKHLAS. 

 “Jom boikot SEMUA barang- barang yang menyumbang kepada ekonomi Israel laknatullah! “ 

Habis semua barang dibuang kalau begitu, termasuklah dengan telefon bimbit jika anda memakai jenama Nokia. Apa yang ingin saya katakan ialah usaha. Yang penting usaha semampu kita. Memanglah nampak kecil, tapi kalau ramai buat akan tetap memberi impak yang besar bukan? 

DOA

Allah telah berjanji kepada hambanya yang apa pun jua doa yang kita minta akan diperkenankan,
samada sekarang, esok, lusa, bulan depan atau pun
tahun depan tetapi BERSYARAT. Mengikut kata-kata Ulamak ~ syarat-syaratnya ialah :

1.Yakin sepenuh hati yang doa kita akan dimakbulkan oleh ALLAH.
2.Ibadah FARDHU yang lain ditunaikan.
3.JANGAN ada dalam diri kita unsur-unsur HARAM!
4.Dimulai dengan 'HAMDALLAH' iaitu kata-kata
   pujian bagi Allah dan diakhiri dengan BERSELAWAT
   ke atas Nabi.
5.Berdoa dengan cara yang betul ( bukan dalam bentuk
   nyanyian atau sebagainya)

Yakinlah dengan kuasa Doa kerana doa itu senjata Muslim. Jom sama- sama kit abaca qunut nazilah. Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.
*www.darulmurtadza.com*
Cara Membaca Qunut Nazilah:-

Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.
Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut.
Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

-Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
-Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
-Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah

 
Kata  Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani :
“‎Nasihatilah dirimu terlebih dahulu barulah kemudian menasihati orang lain. Kamu harus lebih memperhatikan nasib dirimu. Janganlah kamu menoleh pada orang lain sedangkan dalam dirimu masih ada sesuatu yang harus diperbaiki.” 

Post ini bukanlah bertujuan untuk menyindir siapa- siapa, untuk tunjuk hebat atau mencari publisiti, tapi hanya sekadar perkongsian rasa saya mengenai isu semasa. Moga apa yang saya tulis, bukanlah tulisan semata- mata, tetapi juga untuk mengingatkan diri sendiri dan perkongsian buat semua.  

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”(al- Asr : 1- 3) 

Semoga Allah memberi sinar harapan buat umat Islam di bumi Palestin, Syria, Ronghinya dan seluruh muka bumi. 

Sesungguhnya, janji Allah itu pasti.
 salam mujahadah,
conan canon
sumber rujukan artikel, gambar, sekalung budi terima kasih :
tintamumtazah.blogspot.com/
http://ammy11.blogspot.com 
http://www.islam.gov.my/panduan-qunut-nazilah-0 
http://sitik.wordpress.com/category/tasawuf/mutiara-kata-syeikh-abdul-qadir-al-jailani/ 
http://www.facebook.com/ 

1 comment:

  1. cerita seeokor burung tu sangat terkesan..
    sekurang2nya ia boleh bagi smgat kat sahabt utk terus usaha..

    "apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain