Wednesday, September 12, 2012

HiDuP aQ, Aq PuNyA sUkA La !


Mesti kita pernah dengar atau at least tahu ayat ni kan??? Atau dalam erti kata lain bermaksud ini hidup aku,jadi terpulang pada aku la nak buat ape yang aku suka.Hermm....
rasa-rasanya betul ke itu hakikatnya yang sebenar?

Dari sudut pandang logik akal manusia yang terbatas,benarlah itu hakikatnya. Tetapi.....

Kita ni muslim kan?So,mestila kita hidup berpandukan wahyu dari Allah,Rab kita; iaitu القرآن dan  السنة Rasulullah صلى الله عليه و سلم .

Tahu tak,ada satu hadis yang ‘menyuruh’ kita melakukan sesuka hati kita?

Hadis   Abu Hurairah r.a:
Nabi 
s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang  hamba Allah melakukan dosa, laluberdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah  s.w.t  berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allahtersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa:  Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Kumelakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya keranamelakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa:  Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku.Allah s.w.t  berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosaatau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4953
halaqah.net

Dapat tak maksud hadis tu sebenarnya?Untuk lebih jelas,jom kita bace Hadis ke 20 dari Hadis 40 Imam Nawawi :

Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. '

@

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Jadi,untuk tahu apa yang kita patut buat dalam hidup ni…kita perlu tahu matlamat hidup kita dulu, betul tak?



Dah tahu matlamat hidup,bagaimanakah pula cara untuk mencapainya?

Jawapannya mudah! Sempurnakanlah perkara-perkara asas yang menjadikan kita seorang Muslim.


Mengucap 2 kalimah syahadah..
أشهد أن لا إله إلا ألله وأشهد أن محمد رسول ألله
Menyebut dan memahami makna tersebut
.


Solat 5 waktu sehari semalam
قال ألله تعالى : إنّ الصلاة تنهى عن الفخشاء والمنكر
Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar.



Beri zakat kepada orang yang memerlukan..8 asnaf zakat.
قال ألله تعالى : أقيموا الصلاة وأتوا الزكاة
Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat
.

Berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan


 Menunaikan Haji di Mekah bagi yang berkemampuan
.

And last but not least, strive to be a better Muslim!




~Najjah~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain