Thursday, May 24, 2012

Well Hello, Newcomers of CFS IIUM !


Assalamualaikum..
Read In the Name of Allah, the Most Gracious, Most Merciful

Baru-baru ni keputusan UPU untuk pelajar lepasan SPM 2011 telah keluar.Dah check dapat universiti mana? Kos apa? Asasi or diploma?

Firstly,saya nak ucapkan congrates atas keputusan cemerlang SPM 2011 yang adik-adik dapat. Keputusan yang korang dapat adalah hasil usaha korang selama 2 tahun di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Kepada yang dapat Asasi di UIA,tahniah kerana korang antara yang terpilih.tepuk untuk korang.*Clap2*

Kenapa UIA?
-Universiti yang berkonsepkan Islam
-Universiti yang seimbang ilmu dunia dan akhirat
-Universiti yang mempunyai lecturer yang baik,penyayang,suka membantu,femes :)
-Lain-lain

Universiti yang berkonsepkan Islam
-Salah satu universiti yang fully Islamic.Kat sini semua pelajar pergi kelas,dress code baju kurung/jubah/kasut hitam/tutup aurat(bertudung) bagi sister.Untuk brother,baju kemeja,seluar slack,kasut hitam. Bagus kan? Kat universiti lain ada yang pakai jeans,baju adik pergi kelas,pelbagai fesyen/warna rambut bagi pelajar perempuan.Dekat Uia,fenomena ini takkan ada,kecuali visitors luar yang datang.

Universiti yang seimbang ilmu dunia dan akhirat
-Yang ni paling suka dengan UIA,dekat sini selain subjek Fizik,Kimia,Biologi,Matematik and others,korang kena belajar Bahasa Arab and Bahasa Inggeris. Haa...bila lagi nak belajar bahasa Arab? Belajar pun yang basic2 je..Best! Dulu baca quran,tak faham apa yang dibaca.Sekarang lepas habis belajar arab Level 2,baca quran faham la 3/4 words dari 1 ayat.Alhamdulillah.Selain tu,subjek Tilawah Quran/Study Circle/Fardu Ain dan Basic Themes of Quran/Understanding Islam/Religion in Islam. UIA nak pelajar belajar subjek ni untuk seimbangkan pelajar dalam ilmu dunia dan akhirat. Kan bagus tu? Korang teror subjek2 Kimia/Maths/Fizik/Biologi,apa salahnya belajar dan teror pasal agama kita sendiri,agama Islam?

Universiti yang mempunyai lecturer yang baik,penyayang,suka membantu,femes
-Dekat UIA,semua lecturer and staff baik/suka membantu.Betol.Dalam kelas kalau korang tak faham,tanya je,InsyaAllah beliau akan terangkan.Or,pergi je tanya masa consultation hour kat bilik lecturer masing2. Lecturer kat sini tak bias.Maksudnya mereka treat pelajar dengan adil dan saksama.Takda istilah apple of teacher's eyes.
Bagi staff kat department2 pulak,korang belum masuk je,diaorang ajak masuk.Tanya apa masalah,apa boleh dibantu.Yang penting,korang boleh jumpa penceramah2 yang ade kt Tv..Haa...some of them lecturer kat sini.Ajar Arab/Fardhu Ain/BTQ/UI/RIM.

Lain-lain
-Dekat dengan MidValley,JayaOne,pasar malam setiap selasa :)
-Fasiliti yang baik
-Makanan kat cafe yang sedap dan harga yang berpatutan
-Senior-senior yang comel dan ensem =p
-Takda masalah BULI!!

Okay..move to next topic..

Malam sebelum hari pendaftaran
-Check semua apa yang perlu dibawa,buat double check or triple check jika perlu
-Iron baju cantik-cantik,pakai tudung putih,kasut hitam bagi sisters/iron baju kemeja putih,seluar slack hitam,kasut hitam,tie bagi brothers

Hari pendaftaran
-Bawa semua dokumen2 yang perlu dibawa spt IC/Surat Tawaran/Surat Biasiswa etc
-Pakai baju yang dah di-iron semalam,pakai kemas-kemas
-Kena datang awal,sbb tempat parking terhad.Tambah-tambah ada pelajar yang bawa sekampung datang UIA.Yang nak masuk UIA sorang je,yang hantar berpuluh2..ekekke
Ingat tau! Datang awal!Kalau boleh,korang datang pagi-pagi kejut guard suh bukak pintu pagar..Hihi
-Haa,nasib baik korang datang awal,dapat tempat parking kete.After that,tak perlu bawa baju beg/baldi bagai.Simpan dalam kete dulu.Pegi dewan AMF(akan ditunjuk oleh pelajar yang bertugas).
-Amik nombor,then tunggu nombor dipanggil.Sekali panggil,10 /20 orang untuk sesi pendaftaran.Jangan riso,khemah dan kerusi akan disediakan. Masa sesi pendaftaran,korang je boleh masuk,tamo bawak masuk sekampung yer..tamo..tamo..tamo..=p Suh dorang tunggu kat bawah khemah tu je ehh.
-Masa masuk dewan untuk daftar,korang ikut je comittee comel/ensem yang bertugas.Jangan ikut ke cafe/borak2 udah la yer.Dalam dewan je.Lepas daftar,amik baju taaruf/batik/beg dan kunci bilik. After setel semua,korang boleh kuar dapatkan parents and bergerak ke Mahallah(Kolej/Asrama) korang.

Mahallah
-Kat UIA ad 3 Mahallah untuk sisters iaitu Mahallah Khadijah , Mahallah Aisyah and Mahallah Zainab. Brothers pulak Umar Al-Khattab ,FATIMAH AZZAHRA, AND ABU BAKAR.
-Salah satu Mahallah yang ada lif ialah Mahallah Khadijah.Sebab 9tingkat :)
-Korang pergi cari bilik,masuk then pilih katil/loker and meja setadi.
-Kenal-kenal dengan family rumets and rumets korang.
-After that,sila luangkan masa 'terakhir' korang dengan family,pergi makan kat cafe ke :)

Hantar parents/family kat kete
-Okay,babak ni paling sedih.Seriously,tambah-tambah kalau korang belum ada experience tinggal kat hostel,mcam akak.Haha..
-Salam dengan parents/family,peluk-peluk,cium2 pipi mereka,minta maaf/minta mereka doakan korang/minta duit =p.
-Korang kena set minda korang yang bukan korang saja 'ditinggal' dibumi UIA,malah ramai lagi.
-Kat sini boleh nangis kalau korang rasa kurang malu..-p
-Lepas kete parents korang hilang dari sight korang,sila berpaling dan tengok UIA lama-lama,then berjanji dengan diri sendiri yang korang akan belajar bersungguh-sungguh.

Balik bilik
-Sila kemas barang-barang,pakaikan cadar baru untuk tilam katil korang,sapu bilik,buka tingkap and say "Ahhh...Uia,im HERE!" (ini optional)
-Bergurau senda dengan rumets,jangan malu-malu ,kena bercakap and biasakan diri dengan rumets korang.
-Pergi mandi and solat,pastu rehat.
-Bersedia dari segi mentaldan fizikal untuk minggu taaruf.

MINGGU TAARUF
-Comittee taaruf akan mesrakan korang dengan UIA.Nama pun taaruf kan,mestilah kena berkenal-kenalan dengan UIA
-KOrang akan menyanyi lagu CFS IIUM yang best!
-Akan ada talk pasal course2 korang
-Menjelajah UIA
-Exam APT & EPT & TILAWAH

Exam APT
-Arabic Placement Test
-Korang akan mnduduki exam Arab yang basic.Jangan riso,ada yg msuk exam 10 minit then terus kuor.Tulis nama je..(bnda normal la tuh)
-Arab languange yang kena belajar ,2 level sahaja.(Kalau LAW-syariah ,ada 4 level)
-Kalau result APT,dpat Level 1,korang kena belajar Level1 and Level2,and kalau Level2,kena belajar Level2 shaja,and kalau EXEMPTED,tak perlu belajar :)

Exam EPT
-English Placement Test
-Korang akan menduduki exam English (Reading and Writing).
-Level terendah 1,level tertinggi 6 and lagi tinggi EXEMPTED(tak perlu belajar english)
-Andaikan korang dapat Level 1(jarang orang dapat level1,paling rendah level2 or 4 je),korang kena belajar 1 level,satu sem and untuk ke level seterusnya,korang kena pass level sebelumnya.Faham tak? COntohnya korang dapat level5.Untuk ke level 6 or exempted/korang kena pass level 5 dulu.
-Tips untuk EXEMPTED ENGLISH*(tengok bwah lagi ehh)

Exam Tilawah
-Korang kena baca quran dengan tajwid yang betul and lancar depan Ustaz @ Ustazah and hafal surah-surah pendek (Juz Ama) seperti : Adh-dhuha, Al Ikhlas, Al Falaq, An Naas, dan sebagainya.
-Kalau korang baca xlancar/tajwid kurang betul,korang akan masuk kelas Tajwid.
-Kalau baca tajwid betul and lancar,korang akan masuk Kelas Fardhu Ain.
-Kalau tajwid betul,lancar and dapat baca semua surah-surah pendek dlm JUZ AMA,korang dapat Study Circle.

Exam APT and EPT menentukan korang kat UIA setahun/setahun setengah or 2 tahun :)

*Tips EXEMPTED EPT
-Ni based yang akak buat sebelum and masa exam.
-Kena study issue2 semasa,baca buku-buku english/news etc.
-Masa tulis esei,soalan stuju or tak dengan statement soalan tersebut.
-Tulis setuju/tak setuju dan hurai kenapa setuju/tak setuju,then dlm pragraph last,tulis jgk yang sebaliknya.
-Contohnya soalan pasal Internet have more advntages than disadvantages.Kalau korang setuju yang internet banyak advantages,korang hurai apa advntagesnya,and last paragraph tulis.ex: However,internet also give harm to others like porn sites.Ok? Senang-senang korang bagi apa kelebihan internet then lastly,ckap jugak satu keburukan,then apa yg boleh buat untuk mgatasi kburukan itu.
-Tulis esei jangan banyak melalut,just straight to the point. Lagi banyak korang melalut,lagi banyak kesalahan grammar.
-Tulis ayat yang simple,xperlu berbelit-belit,asal examiner tu faham apa yang korang nak smpaikan.
-Words yang power boleh digunakan untuk boost your mark.Part ni,kena banyak membaca la adik2 ye? bukan buku Mangga/Ujang ,buku english education yer.

Okay,thats all from me..
Good luck! Kami menantikan kedatangan korang semua :)



7 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain