Thursday, May 31, 2012

Cuti...cuti...cuti...Apa yang perlu dilakukan?




  Bismillahirrahmanirrahim...


      Assalamualaikum dan apa khabar semua pelawat blog ini?Penulis harap kalian sihat walaifiat dan sentiasa dilindungi Allah dalam setiap yang kalian lakukan termasuklah membaca,memahami dan merenung entri penulis yang tak seberapa kali ini.Kali ni penulis akan mengupas tentang cuti dan rasanya kalau disebut sahaja tentang cuti,semua bersemangat kerana memang semua suka akan cuti,betul tak?






      Lagi bertepatanlah tajuk yang akan penulis nukilkan dengan keadaan sekarang kerana sekarang ialah musim percutian bagi Pusat Asasi UIA kita ini dan juga sekolah-sekolah di Malaysia.Nah,kalian tahu tak yang kita masih ada lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum kita menyambung kembali dan memulakan  perjuangan bagi pelajar-pelajar baru dalam menuntut ilmu di Pusat Asasi yang tercinta ini?Jadi setakat ini apa yang kalian lakukan dalam masa cuti ini.Ingat ya,hari demi hari umur makin berkurang,begitulah juga hari demi hari cuti juga makin berkurang,dan sekarang hanya tinggal seminggu sahaja lagi.Ayuh semua,apa kata saki baki cuti kita ini,kita manfaatkannya dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.


     Pasti kalian sedang berfikir,"macam mana nak isi masa yang ada ni dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah,cuti kan dah nak habis,baik kita berehat dan bermalas-malasan je,nanti bila dah masuk belajar,dah tak boleh buat macam ni".


     Adoyai,ini pemikiran punya talak bagus maa,kata seorang Cina.Ya betul tu,penulis setuju dengan kata-kata orang cina itu.Subhanallah,Allah itu Maha Pemurah.Dia telah mengurniakan kepada kita masa selama 24 jam untuk satu hari,sudah pasti kita punya banyak masa terluang dan apatah lagi sekarang ini cuti,pasti lagi banyak masa lapang yang kita ada.Jadi rungutan-rungutan yang mengatakan bahawa tak mempunyai masa yang banyak itu silap.Ini mungkin kerana kalian yang tidak menyusun waktu kalian dengan sebaiknya dan banyak yang digunakan untuk perkara yang sia-sia.Ingatlah kata seorang ahli falsafah,orang yang berjaya ialah orang yang memegang masanya.Maksudnya di sini,kita rancanglah masa kita dengan bijak.Jadi mari semua,jom kita rebut peluang masa lapang yang ada ini sebelum ia menjadi sempit nanti.bak kata seperti bait-bait lagu Raihan:


Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati



      Sekarang bagaimana cara untuk mengisi masa yang masih tinggal ni?Di sini ada beberapa cadangan:


1.Mendekatkan diri kepada Allah.
Nah,jika sebelum ini mungkin kita asyik dengan menonton televisyen,layan lagu-lagu k-pop dan berfacebook,apa kata kita ubah diri kita ke arah yang lebih baik,kita ubahlah diri kita dengan perlahan-lahan.Contoh lepas solat fardu,kita boleh mengamalkan bacaan wirid-wirid,kita boleh dirikan solat-solat sunat,selain itu rajin-rajinkanlah langkahkan kaki-kaki kita ini ke masjid-masjid dan surau-surau yang berdekatan atau berjauhan dari kita.InsyaAllah setiap langkah akan dikira sebagai amal.Berzikir pon best juga.Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.Dengan berzikir ni,kita dapat menenangkan hati kita, firman Allah dalam kitabNya yang bermaksud:Dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang.Dahlah dapat menenangkan hati,lepas tu kita pun dapat pahala.Mudah kan?

2.Menuntut ilmu atau topup ilmu
Dalam masa cuti yang masih ada ni apa kata kita tambahkan ilmu di dada.Jangan biarkan ia dalam kekosongan,jom penuhkan ia dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat.Kita boleh hadiri majlis-majlis ilmu di serata tempat.Daripada menghabiskan duit dan masa membeli dan membaca buku kreko,wisel,mangga dan pelbagai lagi,baik kita gunakannya duit tu untuk buku Solusi,Gen-Q,dan buku-buku ilmiah yang lain.Macam penulis sendiri sekarang sedang dalam proses menghabiskan buku karya Hilal Asyraf.Selain itu kemudahan internet yang maju sekarang,boleh juga kita gunakan untuk mencari bahan-bahan ilmiah ini.Kita boleh menonton video-video ceramah dari penceramah yang terkenal seperti Ustaz Kazim Elias,Ustaz Zahazan,Barisan Imam Muda.

                                                   

3.Memasak.
Nah kenapa penulis cadangkan yang ni pula?Sebabnya masak memasak ni merupakan asas hidup yang penting.Cadangan yang ini tidak penulis tujukan kepada wanita sahaja kerana sekarang lelaki juga tidak ketinggalan dalam masak-memasak ini.Jika dalam masa cuti sebelum ni,kita hanya menunggu hidangan masakan siap tersedia di atas meja hadapan kita di ruang makan dan mungkin hanya apabila disuruh ibu kita,barulah kita tergerak hati untuk menolongnya.Itupun mulut kita tak habis-habis merungut sedangkan ibu hanya menyuruh kita panaskan air saja.Ish3,jadi lepas ni,ayuh kita ramai turun ke dapur bila tiba waktunya tanpa disuruh bonda-bonda kita yang tercinta.Kita dapat belajar cara memasak dan juga makanan juga dapat disiapkan dengan lebih cepat.Kita juga insyaAllah dikurniakan pahala kerana meringankan beban ibu-ibu kita.Jangan lepaskan peluang berharga ini kerana di UIA nanti,kita sudah tidak mempunyai kesempatan seperti ini.

Ini yang dapat penulis cadangkan.Sebenarnya banyak lagi tapi marilah kita sama-sama berusaha mencari  dan melakukan aktviti-aktiviti mengikut minat kita.Ayuh,isi masa yang terluang ini dengan apa-apa sahaja aktiviti yang menguntungkan kita,bukan yang merugikan kita dan masa kita.Jauhkan diri kita dari golong yang disebut dalam ayat surah al-Asr 

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian"

Beusahalah untuk memanfaatkan setiap ruang yang ada dan bekerja keraslah untuk mengisi setiap masa yang lapang.Kerana tidak setiap waktu dapat memberikan yang terbaik dan setiap yang luput boleh diperolehi kembali.Sekian nukilan dari penulis yang faqir.Moga memberi manfaat kepada pembacanya    
                                                           
                                               





















   

1 comment:

  1. ana nak sentuh pasal MASA skit, relate ngn yg kat ats tu..
    ana nak salin skit msg yg ana dpt drp seorng senior ana;
    " Masa berbntuk jam n minit mrupkan satu ukuran mnusia di atas muka bumi..
    tapi ia sgt misteri hingga ke hari ini.
    tempoh 1 jam berbeza bagi setiap org meskipun memiliki jam yg sama
    krn itu, menonton spongebob 30min rasanya sekejap
    tapi terperngkap dlm kebakran 1minit dirasa sgt lama...
    ulama dulu mampu menghafal quran, hadis, ilmu sains n matematik serentak.. krn masa itu MISTERI..
    ia bergantung kpd KEBERKATAN MASA..
    mari mencari keberkatan masa!! .." (^^,)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain