Sunday, March 25, 2012

PTPTN bakal dimansuh? Benarkah?

Bismillahirrahmanirrahim...


Berikutan situasi pelajar dalam era kemajuan kini yang sentiasa dihimpit masalah kewangan. Terutamanya kita sebagai pelajar institut pengajian tinggi. Kali ini admin akan berkongsikan tentang isu PTPTN.


Pakatan Rakyat digesa menunaikan janji untuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Buku Jingga dan manifesto pilihan raya.


Pemuda Parti Sosialis (PSM) Malaysia, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden dan dua lagi kumpulan anti-PTPTN berpendirian bahawa mereka berharap pemimpin Pakatan akan menunaikan janji yang dibuat oleh ketua pembangkang.


azlanDatuk Seri Anwar Ibrahim semasa berdialog dengan mahasiswa di Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu berjanji akan memastikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti, sekali gus memansuhkan keperluan untuk PTPTN.


Pemuda PSM kumpulan itu juga berkata, sebagai pihak yang mendokong agenda pendidikan percuma, mereka sedia bekerjasama dengan Pakatan bagi tujuan itu.


Kumpulan itu juga menegaskan, pendidikan merupakan hak asasi manusia dan ia mesti bebas daripada bebanan dan diberikan secara percuma.


"Kami berpendirian bahawa sistem sekarang dalam bentuk pinjaman PTPTN yang ditawarkan membebankan mahasiswa.


"Ia menyebabkan mereka berhutang memberi kesan serius kepada kehidupan mereka selepas tamat universiti," kata kenyataan itu lagi.



Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Anwar pada 23 Mac sekali lagi mengulangi janji itu dalam ceramah di Port Dickson.


Malah, katanya, tindakan itu akan dilaksanakan serta merta selepas menawan Putrajaya.


"Semasa saya menjadi timbalan perdana menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa.


"Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.


"Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan," beliau dipetik sebagai berkata dalam ceramah di Lukut, Negeri Sembilan pada 22 Mac.


Sumber : MalaysiaKini




Semoga apa yang diperkatakan oleh pihak yang bertanggungjawab akan ditunaikan agar tidak lagi membebankan hidup para pelajar.


~Islam Itu Indah~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain