Sunday, December 23, 2012

Perlu ke Biah Solehah



Aku bergegas ke kelas. Gundah hati ini kerana baru tahu adanya kelas malam sebagai ganti kelas sebelum ini. Aku terpaksa berlari anak untuk ke kelas. Setibanya ke kelas, sememangnya aku telah lewat. Aku tersipu-sipu masuk ke kelas kerana malu.

Kelas tersebut berjalan macam biasa.

Seusai sahaja kelas tersebut aku dan rakan-rakan berhajat untuk makan di Ali-Bistro.

" Banner apa tu? " aku membuka bicara sebaik sahaja nampak tergantungnya satu banner yang agak menarik.

"Biah Solehah Campaign," jawab kawanku ringkas.

"Benda apa tu?"

"Setahu aku, gabungan persatuan dalam UIA ni untuk buat kempen islamik, macam promoting Islam,"

" Apa function? Macam la student kat sini teruk sangat. "

........

Jam menunjukkan pukul 10.30 malam.

Aku melewati satu tempat yang dikatakan hot spot di UIA PJ. London Bridge. Mataku terkebil-kebil. Terlihat couple yang berdua-duaan di meja.

Aku tersentap. Nak tegur, tak ada kudrat. Memang patut ada biah solehah campaign. Nak cegah benda ni. Muhibbah Team mungkin?

Bila ditegur mengenai masalah couple sbg contohnya, ada yang kata, "kau ingat semua student kat sini asal sekolah agama ke?"

Betul, tak semua asal sekolah agama. Dan tak semestinya yang sekolah agama itu baik. Bila masuk UIA, sepatutnya kita didik diri untuk menghalang dari perkara yang tak patut orang Islam buat.

Ada ke Islam ajar berdua-duaan antara lelaki dan perempuan. Betul. Sekarang dah jadi trend semasa untuk mempunyai girl/boy friend. But, still dalam Islam tak boleh untuk berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.

Dan antara benda yang boleh menguatkan rasa malu seseorang untuk melakukan maksiat adalah dengan poster. Jadi, ada reason lah untuk biah solehah campaign.

Walaupun background kita berbeza, ada yang agama, ada yang biasa, bila datang UIA, kita sama-sama nak fahami dan belajar tentang Islam. Peace No War. ^_^

1 comment:

  1. betul2.
    setuju sangat..

    walaupon kita semua bukan sekolah agama,
    tapi kita semua beragama..
    ye , beragama Islam.

    kene faham balik, xyah nak jadikan sekolah sebagai alasan la

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain