Friday, December 28, 2012

AIS KRIM POTONG


Assalamualaikum w.b.t  J

Teringat zaman kecil-kecil dulu.. Cik Brabus suka sangat beli ais krim potong
 kat kedai Mak Cik Lah.
Hari ni perisa
jagung, esok kacang, lusa keladi.
Lagipun murah je pon.. 20 sen sebatang..

Kadang-kadang siap buat stok lagi,, beli je satu dozen.
Baru tak nya beku kepala Cik Brabus dibuatnya..

In syaa Allah, hari ini Cik Brabus nak kongsikan resepi aiskrim,
 
makanan kegemaran sejak dulu, kini dan selamanya


Aiskrim  Jagung Potong

BAHAN-BAHAN
Bahan A
250g gula kastor ( Cik Brabus guna gula pasir pon boleh )
3.5 sudu besar susu tepung @ coffeemate
350ml air
Bahan B
1.5 sudu besar tepung ubi
3.0 sudu besar tepung jagung ( nak kasik adunan pekat skit, so senang nak potong bile keras)
50 ml air
Bahan C
Perisa Jagung (saintifik : zea mays )
200 ml santan pekat ( Cik Brabus guna susu cair je..pon boleh )
1 tin sweet corn ( diblend dengan santan )
0.5 sudu kecil pewarna kuning

CARA-CARA
1.         Panaskan periuk dengan api sederhana
2.      Masukkan Bahan A, kacau sehingga gula larut
Masukkan Bahan B, kacau sehingga mendidih
Masukkan Bahan C, kacau sehingga mendidih
3.      Matikan api.
4.     Bila sejuk, masukkan dalam bekas, tak kira la bentuk apa pun. Kemudian letakkan dalam  freeze utk semalam
5.      Siap dan boleh potong-potong untuk makan. 



Nie la hasil yang Cik Brabus buat..
1.  Adunan asikrim letak dalam bekas kecik
2. Lepas keras, cucuk dengan lidi.
3. Terus ngap..!!



Selepas beberapa hari buat dan makan ais krim potong ni, Cik Brabus terjumpa beberpa fakta menarik pasal tumbuhan ciptaan Allah : Jagung


1.         Fosil biji jagung telah ditemui di Mexico City dan dipercayai tumbuh sejak 80 ribu tahun lalu.

2.       Jagung mula ditanam oleh kaum Mayan, Aztec dan Indian inca sejak 5,600 tahun dulu.

3.       Orang Indian Inca mengunyah daun jagung muda seperti mana mengunyah gula-gula getah kerana rasanya yang manis.

4.      Jagung mempunyai kalori yang rendah dan mengandungi banyak serat dan baik untuk sesiapa yang berdiet. Ia mengandungi Vitamin A,C, magnesium, potassium dan folsin.

5.       Jagung yang ditumbuk boleh dijadikan ‘mask’ untuk muka. Ia boleh menutup liang-liang roma dan menegangkan kulit muka.

6.      Jagung yang dijadikan makanan ringan untuk sarapan pagi  (cereal) mula diperkenalkan pada tahun 1860-an oleh sebuah syarikat yang diberi nama American Seventh-day Adventists. Ia diperkenalkan khusus para ‘vagetarian’.

7.      Tongkol jagung berguna untuk mengubati pendarahan pada luka.

8.      Bulu jagung yang berwarna kuning keemasan boleh dituam pada luka dan mengelakkan daripada bernanah. Selain itu juga berguna untuk paru-paru yang lemah dan dapat mengurangkan tekanan.

9.      Dengan memakan jagung, ia dapat membantu dalam memperkuatkan tulang ,gigi,dan rambut.

           10.     Walaupun sering dikaitkan dengan warna kuning, sebenarnya terdapat pelbagai varieti        jagung yang terdiri daripada warna yang berbeza. Ini termasuklah   merah, merah jambu, hitam, ungu dan biru.





      Sebelum sahabat melabuhkan tirai entri ini, sama-sama kita renung sepotong ayat daripada Kalam Allah yang hebat :

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan
janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata
bagi kamu.”

(Surah Al-Baqarah: 168)

WA ALLAHU A'LAM

SELAMAT MENCUBA !!


By: Brabus Rocket



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain