Thursday, August 5, 2010

Fitnah akhir zaman yang amat halus


Cuba anda semua renung dan lihat kembali perjalanan hidup seorang hamba Allah dari kecil hingga ke sekarang yang dah hampir mencecah 40 tahun. Beliau diberi peluang merasai banyak perkara sepanjang hidupnya.

Kronologi Pembesaran:

1. Saya lahir di kampung di rumah arwah nenek saya ketika itu. Tiada tahu itu letrik, radio, kereta dan macam2.

2. Saya berpeluang duduk di setinggan di Pantai Dalam semasa bapa saya belajar di UM. Saya mencuri-curi untuk menonton TV cerita Combat – Rick Johnson dan Sarjan Sanders di rumah orang kaya setinggan.

3. Kemudian saya pulang kembali ke kampung dan duduk di pekan Sabak Bernam sehingga darjah 3 akhir.

4. Saya kemudian pindah ke Petaling Jaya dan sekolah darjah 4.

5. Saya kemudian ikut ayah saya belajar di Michigan USA dan bersekolah Standard 6 dan Junior High. Banyak pengalaman saya di sana.

6. Kemudian saya kembali ke Malaysia bersekolah di Bukit Bintang Boys School PJ sehigga tamat SPM.

7. Kemudian masuk KPP dan pergi ke California buat Computer Engineering

8. Balik saya mula kerja di Mesiniaga, Ericsson, HP, SPK, DHL, BMC dan macam2.

9. Tiba2 berubah “Dari Bekerja Makan Gaji ke Bekerja Sendiri Tak Bergaji” sehingga sekarang.

Adakan ini kebetulan dan saja-saja? Adakah ini pilihan atau ketentuan? Adakah saya mensyukuri segala nikmat di atas dan berterima kasih? Adakah saya merungut kerana ia berlaku sedemikian? Apa yang INGIN di ajar yang saya belum faham dan belajar?

Pelajaran perihal “HIDUP” ini berterusan setiap saat dan tidak mengenal henti. Kita berhenti tak “INGAT” atau LUPA, kehidupan akan terus bergerak tanpa menunggu kita. Saya ingin ajak rakan2 dan sahabat semua meneliti dan melihat kehidupan sendiri dan ke MANA kah arah tujunya? Kemana PEGANGAN kita? Apakah yang kita PEGANG dan TUHANKAN? Kita kata kita HAMBA ALLAH tapi perbuatan MACAM DUNIA ini DIA YANG PUNYA! Hamba pada kita tak semesti hamba pada ALLAH.(Hanya Allah yang tahu yang mana satu hambanya yang mengabdikan diri) Mohon lah petunjuk dan hidayah agar di beri kefahaman akan kehambaan. Ikhtikad, Perbuatan dan Percakapan perlu seiring.

Di akhir zaman kita sering di adu dombakan dan di pecah belahkan dengan banyak DOKTRIN perihal Islam. Islam pada mulut dalam adalah IDEOLOGI agama baru.Islam pada nama sahaja tapi kefahaman adalah “Jajahan” ideologi asing. Ia makin ketara dan hampir hancur umat Islam di porak purandakan. Islam di kenali sebagai Agama Keganasan dan Terrorist. Adakan ini terjadi secara “KEBETULAN” ?

Banyak kelompok ISLAM mengaku bahawa kelompoknya yang betul dan yang lain salah dan tak ikut SANAD? Dan oleh itu berlaku “PERBAIAHAN” yang berlainan mengikut cita RASA/NAFSU masing masing. Mana taknya semua nak tunjuk kelompoknya yang betul yang lain salah. Bukankah kita semua ini cucu TOK ADAM – tak kisah lah melayu ke, cina ke, india ke, inggeris ke, afrika ke? Bukan kah kita semua bersaudara kerana berasal dari TOK ADAM.

Iblis dah berjanji ia akan menyesatkan anak2 Adam sampai kiamat kecuali manusia itu mengikhlaskan diri dengan Allah atas kehidupannya di dunia ini. Dunia ini kekal ke? Ada dunia lain tak selepas ini? Kita Mati Badan sekali Hidup Badan 2 kali di mana yang hidup ke-2 tu KEKAL. Tapi otak kita telah di racuni dengan mengatakan “HIDUP DUNIA KEKAL” dan di kaburi dengan HARTA dan KUASA.

Semua ini bukan satu KEBETULAN ialah adalah satu perancangan yang halus dan telah di rancang sejak awal lagi dari segenap segi dan sudut. Mari sertai saya dan mengembara sendiri perjalanan hidup dunia ini. Mulakan dengan baca buku kecil yang terbitkan oleh Hijaz Record bertajuk – Membongkar Misteri Dajjal.

Kisah Dajjal telah banyak ditulis orang termasuk karya masyhur, ‘Dajjal Akan Muncul Di Segitiga Bermuda’ tulisan Muhammad Isa Daud, hinggalah karya mutakhir yang mengejutkan banyak pihak, ‘Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan’ karya Abu Fatiah al-Adnani (terbitan penerbit Granada Indonesia). Karya-karya mereka membuka dimensi baru dalam membahaskan perihal Dajjal. Kini, timbul persoalan apakah benar Dajjal tinggal di Segitiga Bermuda atau apakah sahih Sai Baba itu jelmaan Dajjal menurut Abu Fatiah al-Adnani?

Di tangan anda adalah sebuah lagi karya ‘fantastik’ yang membicarakan perihal Dajjal hasil penulisan seorang penulis tempatan. Buku ini cuba menjawab sejauhmana kebenaran fakta Muhammad Isa Daud dan membongkar identiti Dajjal secara in-person. Buku ini akan membawa anda menyingkap rahsia dan misteri dunia yang selama ini terpendam tanpa jawaban, kaitannya dengan Dajjal serta menyelongkar rahsia di sebalik binaan misteri seperti Stonehenge, patung Terracotta dan banyak lagi.

Buku ini juga turut mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculannya dalam mencetus Perang Dunia ke-3 dan huru-hara dunia, dengan menggerakkan proksi-proksinya yang terdiri dari Freemasons, Illuminati dan secret society. Di sini dibicarakan fakta yang belum pernah anda ketemui dan dikupas secara tuntas.

Huraian asas disusun berdasarkan rujukan buku ‘Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Akhir Zaman’ karangan Imam Ibnu Kathir (terbitan Darul Fajr yang disemak oleh Ybhg. Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz) dan ‘Kisah Dajjal Dan Turunnya Nabi Isa Membunuhnya” karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Bani dengan menampilkan hadith-hadith Dajjal yang mutawatir. Bersama puluhan rujukan lain dikemukakan bagi membuktikan bahawa misteri dunia adalah illusi bikinan Dajjal.

Di akhir buku ini, penulis menggariskan persediaan asas bagi menghadapi fitnah terdahsyat yang disebutkan oleh Nabi ShallalLahu ‘alaihi wa sallam. Umat Islam perlu mengetahui betapa bahayanya fitnah Dajjal dan umat Islam tidak harus tertipu, bahkan perlu bersedia dengan mempergiatkan amal Islami, memperkukuhkan jatidiri iman dan menerbitkan rasa ihsan.

Ringkasnya, jangan terlalu mengambil mudah dan berasa kuat untuk menghadapai fitnah Dajjal. Tunggu sehingga anda habis membaca buku ini dahulu. Baru anda akan tahu betapa kita sebenarnya sudah dilingkungi fitnah Dajjal. Pandangan anda terhadap dunia tidak akan sama selepas ini, setelah selesai membacanya.

Sedikit akhir kata penulis buku dalam ruangan kata kata penulis adalah "Akhir kata tetaplah memerhati hadis ini agar kita sentiasa waspada & mengikuti apa yang dipesan oleh junjungan baginda Nabi Muhammad SAW;

"...seandainya dia (Dajjal) keluar sedangkan aku berada di kalangan kamu maka akulah yang akan berhadapan dengannya bagi mewakili umat Islam. Dan jika dia (Dajjal) keluar selepas kematianku, maka setiap kamu adalah penyelamat bagi dirinya sendiri (bertanggungjawab untuk melawannya) dan Allah adalah sebagai penolong kamu sekalian."


"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat dari awal surah Al-Kahfi, maka dia akan dipelihara daripada fitnah Dajjal" (Riwayat Abu Darda)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain