Sunday, February 13, 2011

Wednesday, February 9, 2011

Perang Badar

Muqaddimah:

Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh.  Orang-orang arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini.

Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah.  Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka.  Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam.  Tidak  ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya. 


Sejarah :

Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka sebagai tamparan dan cabaran hebat kepada mereka.  Kaum Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami seharusnya dibela dan memusnahkan semua pihak yang bersangkutan dengan pembunuhan itu.  Rasulullah sememangnya menyedari pihak Quraisy pasti akan menuntut bela.  Baginda telah membuat persediaan yang lebih awal.
Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah,  Rasulullah bersama 313 orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.
Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari Makkah.

Di Makkah pula, 3 hari sebelum Dham Dham sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah bermimpi sesuatu yang sungguh menakutkan.  Atiqah telah bermimpi melihat seorang musafir datang dengan mengendarai unta. Ia berdiri diatas tanah lapang. Kemudian, lelaki tersebut berteriak dengan suara yang amat kuat.
“Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian kepada tempat-tempat kematian kalian dalam masa 3 hari.”

Atiqah melihat manusia berkumpul dekat musafir tersebut kemudian ia masuk dalam masjid diikuti orang ramai dan berdiri ia diatas untanya didepan Ka’bah dan dilaungkan lagi perkataan yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais dan diulangi ucapannya buat kali ketiga.  Musafir itu kemudian mengambil batu besar dan melemparkannya.  Batu itu jatuh bergolek.  Ketika batu itu tiba dibawah gunung, ia pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di Makkah terlepas dari dimasuki pecahan batu besar tersebut.

Mimpi Atiqah itu walaupun diminta supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota Makkah hingga kepengetahuan Abu Jahal.  Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak dan sombongnya tidak memperdulikan mimpi itu malah diperlecehkan olehnya.

Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah mendengar saudaranya di ejek oleh Abu Jahal.  Beliau ingin mempertahankan saudaranya lalu keluar untuk mencari Abu jahal. Pada ketika beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, yaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke Makkah dengan membawa berita Abu Sufyan meminta bantuan.  Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh dengan berita ini. Ramai pembesar-pembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan Muhammad.  Mereka lalu mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan.  Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini.  Ada diantara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka untuk ikut serta.

Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad S.A.W telah mengutuskan Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu Sufyan.  Mereka mengumpulkan maklumat ynag perlu dan kembali ke Madinah untuk menyampaikan pada Rasul.  Baginda bergerak bersama-sama para pengikutnya.  Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu Baginda mengutus Ali bin Abu Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka. Maklumat yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy.  Apabila Rasulullah bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 eokr. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Beliau dapat mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera.

Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah pada waktu itu merasa khawatir kalau-kalau nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy lalu dari tenteranya ada yang mengundur diri.  Nabi Muhammad S.A.W juga ingat bahwa asal mulanya berangkat dari madinah adalah hendak mengejar seperangkatan unta yang memuatkan perdagangan kaum Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan, sedangkan mereka telah lepas jalan ke Makkah.  Rasulullah bimbang jika ada diantara tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy dan ada yang berperasaan
Angkatan Unta yang dikejar telah terlepas jalan. Pasukan tentera Quraisy begitu besar berlipat ganda. Alat perang Quraisy lebih lengkap dan mereka serba kekurangan.

Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah, maka Nabi Muhammad S.A.W mengadakan permusyawaratan bersama pahlawan-pahlawan tenteranya meminta pendapat mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahwa mereka keluar hanya untuk perdagangan Quraisy dan bukan untuk berperang.  Ketika itu Rasulullah amat merasa susah hati dan berubah wajahnya. Apabila Abu Bakar r.a melihat keadaan ini, lalu beliau berkata:

“Ya Rasulullah, lebih baik kita bertempur dengan musuh!”.  Diikuti pula dengan Umar r.a.  Kemudian seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata :
“Ya Rasulullah, teruskanlah pada barang apa yang Allah telah perintahkan pada Tuan! Maka kita serta Tuan.  Demi Allah, kita tidak akan berkata kepada Tuan seperti perkataan kaum Bani Israil kepada Nabi Musa pada zaman dahulu. “Pergilah engkau bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau berdua.  Kita sesungguhnya akan duduk termenung saja.”.  Akan tetapi berkata kita pada Tuan sekarang “Pergilah Tuan bersama Tuhan Tuan! Dan berperanglah Tuan bersama Tuhan Tuan.  Kita sesungguhnya berserta Tuan dan Tuhan Tuan.  Kita ikut berperang.  Demi Allah, jikalau Tuan berjalan dengan kita sampai kedesa Barkul Ghamad, nescaya kita berjuang bersama Tuan daripada yang lainnya.  Kita akan berperang dari sebelah kanan Tuan dan di antara hadapan Tuan dan belakang Tuan.

Ketika itu Rasulullah juga ingin kepastian dari kaum Anshar.  Melihat keadaan itu, Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada Rasulullah sama seperti kaum Muhajirin.  Di ikuti pula oleh suara-suara pahlawan yang lain.
Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh meyakinkan, bercahayalah muka Nabi seraya tertampak kegirangannya.  Pada saat itu juga Allah menurunkan wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7 yang ertinya :


“Sebagai Tuhanmu(Muhammad) mengeluarkan akan kamu dari rumhamu yang benar. Dan bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu sungguh benci.  Mereka membantah kamu dalam urusan kebenaran (berperang) sesudah terang-benderang, seolah-olah mereka digiring akan salah satu dari dua (golongan Al’Ier dan golongan An Nafier), bahawasanya ia bagimu, dan kamu mengharapkan yang tidak berkekuatan senjata adalah bagi kamu, dan Allah berkehendak akan menyatakan kebenaran dengan semua sabdanya, dan memutuskan kekalahan orang-orang yang tidak percaya” 
                                                                                  (Al-Quran Surat Al-Anfal Ayat 5-7)


Setelah itu, nabi S.A.W lalu bersabda pada seluruh tenteranya:
“Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku salah satu daripada dua golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier).  Demi Allah, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy,”
Mendengar perintah Rasulullah S.A.W yang sedemikian itu, segenap kaum muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu ta’at dan patuh kepada perintah Nabi dengan melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.

Dipihak Quraisy pula ada beberapa kocar kacir yang terjadi sehingga beberapa kaum yang berjalan berpatah balik ke Makkah.
Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan do’a kepada Allah memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada sekelian tenteranya sambil memohon kepada Allah yang ertinya :
“Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau.  Ya Allah! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau disembah lagi.” 
Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi S.A.W berulang-ulang memohon kepada Allah sehingga Abu Bakar r.a yang senantiasa berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil berkata bahwa Tuhan akan meluluskan padanya apa yang telah Allah janjikan.

Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka diantara pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh.  Dipihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah 1. Utbah Bin Rabi’ah, 2. Syaibah Bin Rabi’ah dan 3. Walid Bin Utbah.  Dan dari tentera Islam ialah 1. ‘Auf bin Al-Harits, 2. Mu’adz bin Harts dan 3. Abdullah bin Rawahah.  Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar.  Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah mengeluarkan 1. Hamzah Bin Abdul Muthalib, 2. Ali Bin Abi Thalib dan 3. ‘Ubadah Bin Al-Harits.  Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid.  Ini adalah petanda bahwa kaum Quraisy akan tewas. 

Setelah itu pertempuran terus berlaku.  Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan mati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy.  Rasulullah senantiasa mengamati gerak-geri tentera Islam.  Dengan sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan diatas tanah bermandikan darah.  Tentera Islam senantiasa menyebut “Esa! Esa! Esa!”.

Rasulullah pula tidak henti-henti memanjatkan do’a pada Allah memohon kemenangan  tentera Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah telah jatuh dengan mendadak sebagai orang pengsan. Tubuhnya gementar dan kedinginan bagaikan orang ketakutan.  Tetapi tidak berapa minit, Beliau bangun dengan tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar r.a. yang senantiasa berada disisinya, yang ertinya :
“Gembiralah oleh mu hai Abu Bakar.  Telah datang pertolongan dari Allah kepadamu.  Ini Malaikat Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas kedua gigi sarinya berdebu.” 

Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang membawa maksud dan jaminan bahwa tentera Islam yang turut serta diperang Badar dijamin masuk syurga.  Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya.  Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan melarikan diri.  70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan.  Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari Anshar).  Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka.  Bangkai-bangkai tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan didalam sebuah perigi/sumur di Badar.
Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan, yaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.

Di Madinah pula, Rasulullah memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan keatas orang tawanan perang.  Rasulullah juga berpesan pada orang ramai supaya bersikap baik dan belas kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada kaum muslimin yang memberikan satu-satunya roti yang ada kepada orang tawanan.  Sehingga orang tawanan merasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan. Rasulullah kemudian berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar.  Ada yang menyatakan dibunuh saja kerana mereka telah engkar dengan Allah dan mengusir kaum Muhajirin dari Makkah.  Ada pula yang lebih lembut hatinya dan disuruh lepaskan saja dengan harapan mudah-mudahan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam.  Setelah lam berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan mereka dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan masing-masing.  Setinggi empat ribu dirham dan serendah satu ribu dirham.  Bagi yang miskin tetapi ada pengetahuan membaca dan menulis dikehendaki supaya mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam.  Mereka semua dibebaskan apabila tebusan telha dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.  


Hikmah didalam peperangan Badar
Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam.  Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri.  Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar.  Mereka telh mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah.  Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot.  Orang yang ditawan oleh tenters Islam pula, apabila mereka balike ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam.  Cerita ini dengan tidak secar langsung telah member pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah.  Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telha berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam.  Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke masa.  Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam.  Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam


Kesimpulan
Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahwa kaum Quraisy tidak bersatu padu.  Ini terbukti apabila ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang terjadi.  Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.

Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat.  Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam.  Nabi Muhammad S.A.W adalah pentabdir yang berkaliber dan pintar mengendalikan tektik peperangan.  Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid.

Monday, February 7, 2011

Revolusi Timur Tengah

Selepas kejayaan kebangkitan rakyat di Tunisia menghalau presiden Zine El Abidine Ben Ali yang telah berkuasa selama 23 tahun, mata dunia kini bertumpu ke Mesir.

Ini berikutan dengan gelombang kebangkitan rakyat di Mesir mendesak Hosni Mubarak yang memerintah negara “firaun” itu semenjak tahun 1981 berundur daripada tampuk kekuasaan. Hosni Mubarak menaiki takhta sebagai presiden Mesir selepas pendahulunya Anwar El Sadat dibunuh. 







Kemenangan rakyat Tunisia memberikan semangat kepada rakyat Mesir untuk melakukan perkara yang sama. Terdapat analisa yang mengatakan bahawa jika tumbangnya regim Hosni Mubarak, negara-negara Timur Tengah yang lain akan berhadapan dengan perkara yang sama.

Umum mengetahui bahawa di Timur Tengah, kebanyakkan negara-negara Arab di perintah oleh diktator dan raja yang telah lama berkuasa. 

Sudah pasti Israel adalah antara negara yang paling bimbang dengan perkembangan yang berlaku di Mesir kerana regim Hosni Mubarak merupakan sekutu terkuat Israel di Timur Tengah.

Regim Mubarak telah menutup internet daripada digunakan di negara tersebut. Akan tetapi maklumat tentang perkembangan terkini di Mesir tetap dapat di kongsi di seluruh dunia. Solidariti masyarakat antarabangsa merealisasikan perkara ini.





Laman-laman sosial seperti Youtube, Facebook dan Twitter dibanjiri dengan perkembangan terkini yang berlaku di Kaherah. Tidak kurang juga dengan mesej-mesej solidariti dari rakyat seluruh dunia yang menyokong perjuangan rakyat Mesir untuk menumbangkan diktator Hosni Mubarak.

Selain daripada menutup penggunaan internet di Mesir, regim Mubarak turut menahan wartawan antarabangsa. Berberapa orang wartawan Al-Jazeera antara yang ditahan. Kamera video mereka turut di rampas.

Rakyat Malaysia tidak ketinggalan untuk bersama gelombang dunia di laman Facebook dan Twitter untuk menyokong gelombang kebangkitan di Mesir. Tidak kurang juga ahli keluarga di Malaysia yang bimbang dengan keselamatan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.

Diberitakan terdapat lebih kurang 11, 300 orang pelajar serta rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay akan berlepas ke Mesir bersama dengan sepasukan lima orang yang akan menilai situasi dan keperluan untuk memindahkan rakyat Malaysia dari negara tersebut.

Dari penilaian tersebut, mereka akan memutuskan sama ada rakyat Malaysia akan dipindahkan ke negara yang berdekatan seperti Arab Saudi dan Libya ataupun dibawa pulang terus ke Malaysia.

Mampukah revolusi tumbangkan Mubarak?

Mesir mempunyai sejarah pernah berlakunya revolusi. Pada tahun 1952, revolusi yang dipimpin oleh tentera telah berjaya menamatkan riwayat sistem monarki di negara tersebut.

Jadi tidak mustahil revolusi kali ini akan berjaya menamatkan riwayat pemerintahan Hosni Mubarak. Sehingga saat artikel ini di tulis, Hosni Mubarak masih lagi berdegil tidak mahu turun dari takhta.

Perangai Hosni Mubarak pada ketika ini tidak ubah seperti perangai Shah Reza Pahlavi, Ferdinand Marcos dan Soeharto di saat-saat akhir kekuasaan. Degil dan tidak mahu melayan tuntutan rakyat jelata.







Shah Reza Pahlavi, Ferdinand Marcos dan Soeharto kesemuanya menggunakan tentera untuk mempertahankan regim. Akan tetapi gelombang kebangkitan rakyat akhirnya menyebabkan golongan tentera berpecah dua kepada yang menyokong regim dan menyokong rakyat.

Asakan yang kuat dari rakyat dan perpecahan golongan tenteralah yang menyebabkan berlakunya revolusi rakyat. Sama seperti di Mesir, akan tiba masanya nanti apabila golongan tentera berpecah dan sebahagiannya bersama rakyat untuk melawan regim.

Kebangkitan rakyat di Mesir telah menyaksikan darah bersimbah ke bumi. Setakat ini lebih dari 125 nyawa demonstran telah melayang. Kematian para demonstran tidak melemahkan semangat demonstran untuk terus berjuang.

Malahan kematian para perajurit revolusi telah menaikkan semangat rakyat Mesir untuk berjuang bagi memastikan "firaun” zaman moden, Hosni Mubarak dapat ditumbangkan.

Berapa lama lagikah Hosni Mubarak mampu bertahan? Apakah yang dibisikkan oleh penasihat-penasihat yang paling beliau percayai? Tidak adakah penasihat yang berani mengatakan “sekarang telah tiba masanya bagi anda berundur”?

Domino di Timur Tengah?

Pada ketika rakyat Mesir terus menerus berjuang melawan pemerintah Hosni Mubarak, pemerintah dan Raja di negara-negara Timur Tengah yang lain berada di dalam kebimbangan.

Mungkin ada yang mula menghantar harta dan wang simpanan mereka ke luar negara. Mereka pasti sedar bahawa tiada kerajaan atau pemerintahan yang mampu kekal selamanya.

Apakah “Teori Domino” bakal berlaku di Timur Tengah? Yang palingmenarik adalah sikap Amerika Syarikat yang berubah seperti lalang ditiup angin. Seluruh dunia mengetahui bahawa Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah merupakan sekutu rapat Hosni Mubarak.







Hari ini apabila kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat dihentikan, kenyataan daripada Amerika Syarikat berhubung dengan Mesir berubah. Sekarang Amerika Syarikat telah mula bercakap soal pemerintahan transisi di Mesir yang lebih demokratik.

Jika Amerika Syarikat benar-benar mahukan demokrasi di Timur Tengah, mengapa selama ini mereka hanya membisu? Mengapa pula mereka tidak pernah berkata apa-apa mengenai kerajaan Saud di Arab Saudi? Apakah ada demokrasi dan hak asasi manusia di Arab Saudi?

Jika benar-benar teori domino bakal berlaku di Timur Tengah selepas regim Hosni Mubarak jatuh, sinar dan harapan baru akan muncul di Timur Tengah. Pada ketika itu, dunia bakal menyaksikan Timur Tengah yang baru bakal muncul.

Masih belum kedengaran dari kerajaan Malaysia berkenaan dengan kebangkitan rakyat di Mesir selain dari usaha untuk menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di sana.

Kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir, sebelum anda dihantar pulang, saksikanlah sejarah besar yang berlaku di negara tersebut. 

Sebagai mahasiswa menjadi tanggungjawab anda untuk peka kepada keadaan sekeliling. Pelajarilah bagaimana dan mengapa rakyat Mesir sanggup mengorbankan nyawa untuk revolusi!



sumber-malaysiakini-Amin Iskandar

Thursday, January 27, 2011

Friday, January 21, 2011

Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing



Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Wednesday, January 19, 2011

Dua bayi dibiarkan mati di tempat buang sampah





2011/01/20

KARACHI: Mayat dua bayi kecil diberi mandian terakhir sebelum dikebumikan di sini, selepas dibiarkan mati di tempat pembuangan sampah di bandar di selatan Pakistan. 

“Mereka hanya berusia sehari atau dua hari,” kata pekerja sukarelawan Mohammad Saleem, menuding kepada dua mayat kecil yang dimandikan oleh rakannya di rumah mayat kebajikan.
Di negara konservatif, di mana kelahiran bayi luar nikah dikutuk dan berzina dihukum mati, pembunuhan bayi kini menjadi jenayah semakin meningkat.


Lebih 1,000 bayi, kebanyakannya perempuan, dibunuh atau dibiarkan mati tahun lalu menurut anggaran Yayasan Edhi, badan kebajikan. 

Angka pembunuhan bayi dikumpul hanya dari bandar utama Pakistan, meninggalkan balutan besar di negara yang sebahagian besarnya kawasan pedalaman, dan badan kebajikan itu berkata Disember lalu saja ia menemui 40 mayat bayi dibuang dalam tong sampah dan pembetung. – Agensi 



"WAHAI MAHASISWA BIJAK PANDAI MARI-MARI FIKIRKAN MENGAPA INI BERLAKU...???"

Wednesday, January 12, 2011

Perjalanan yang Pertama ke Negeri Syam dan Usaha Mencari Rezeki Halal


Dalam usia dua belas tahun, bapa saudara Baginda - Abu Thalib, membawa bersama-samanya ke Negeri Syam (Syria). Ketika mereka sampai di suatu tempat yang dikenali dengan nama “Basra”, mereka telah bertemu dengan seorang paderi yang bernama Buhaira, seorang yang bijak mengenai Kitab Injil dan agama Nasrani. Beliau memerhatikan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam, kemudian bertanya kepada Abu Thalib.

Katanya: “Budak ini anak tuan hambakah?”
Lantas dijawab oleh Abu Thalib: “Kenapa tidak! Ya, budak ini anakku.” Oleh kerana Abu Thalib terlalu kasih dan sayang kepada Rasulullah sejak dahulu lagi, maka beliau menyebut-nyebut Baginda sebagai anaknya.
Kemudian Buhaira menegaskan: “Bapa budak ini tidak mungkin masih hidup.”

Abu Thalib menjawab: “Sebenarnya budak ini anak saudaraku, bapanya meninggal ketika ia masih dalam perut ibunya.”
Paderi tadi menambah: “Memang benar apa yang engkau ceritakan kerana segala-galanya tercatat dalam Injil, dan di sini ingin saya memberi nasihat iaitu supaya segeralah engkau membawanya pulang. Sebab kalaulah ternampak oleh orang-orang Yahudi, mereka akan mengancam nyawanya kerana anak saudaramu ini di masa muka nanti akan membawa suatu perkara besar dan agung.”

Maka Abu Thalib pun segeralah pulang ke Mekah bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam.
(1) Diringkaskan dari Sirah Ibnu Hisham: 1/180, dan diriwayatkan juga oleh Al-Tabari dalam Tarikh At-Tabari: 2/287, juga oleh Al-Baihaqi dalam As-Sunan, juga oleh Abu Na’im dalam Al-Hulliyah. Kedapatan sedikit kelainan dalam huraian masing-masing.

Selepas itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam mula memasuki gerbang kedewasaan dan keremajaan. Baginda mula bertungkus-lumus dan menyingsing lengan mencari rezeki halal, seharian menternak kambing. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam menceritakan:
“Dahulu pernah aku menternak kambing penduduk Makkah dengan upahnya beberapa Karat sahaja.“
Cuma Imam Tirmidzi saja yang menghuraikan riwayat ini secara panjang, mungkin beliau melalui sanad-sanad yang mudah difahami, dan beliau menyatakan: “Riwayat ini adalah Hadith Hasan Gharib, tidak kita ketahuinya melainkan dengan cara ini.”

Mengenai riwayat ini kata Abdul Rahman Bin Ghazwan dalam Al-Mizan: “Dalam riwayat ini ada beberapa perkara yang boleh ditolak. Malik telah menolak cerita dari Yunus Bin lshaq, bahawa di masa dalam perjalanan ke Syam bersama Abu Thalib, Nabi sudah hampir baligh.”

Kata Ibnu Saiyidun-Nas pula dalam Al Matan: “Ada sesuatu yang boleh ditolak.” (Rujuk” ‘Uyunul-Atsar” 1/43)
Tetapi yang menjadi ganjil ialah Syeikh Nasir al-Din Al-Albani yang berkata mengenai ini dalam Fiqhus-Sirah karangan Al-Ghazali: “Bahawa sanad-sanad riwayat ini adalah sahih Riwayat Al-Bukhari.”
Allah telah mengawal dan mengawasi zaman keremajaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam. Oleh itu Baginda tidak pernah menyeleweng seperti pemuda-pemuda lain. Dan berhubung dengan hal ini, Baginda sendiri telah menceritakan kepada kita mafhumnya:
“Aku tidak pernah teringat hendak melakukan sepertimana yang dilakukan oleh sebahagian besar orang-orang jahiliyyah, kecuali dua kali tetapi dielak dan dijauhkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta‘ala. Lepas itu aku tidak ingat lagi hinggalah aku diutuskan.

Di suatu ketika, aku sedang berternak dengan seorang pemuda lain di mana aku telah meminta beliau agar tolong melihatkan (menjaga) kambing ternakanku sementara aku hendak pergi melihat-lihat di kota Makkah. Pemuda itu sanggup menunaikan harapanku itu dan aku pun keluar sehingga akhirnya sampailah ke rumah pertama di Kota Makkah, dan aku mendengar permainan. Lantas aku pun bertanya apakah bunyi-bunyian itu. Orang memberitahuku bahawa itulah keramaian dan pesta. Aku pun duduk hendak mendengar, tetapi Tuhan (Allah) telah menulikan telingaku menyebabkan aku terlena dan aku terjaga semula bila sinaran cahaya matahari memancar ke mukaku. Aku pulang serta-merta menemui sahabatku tadi. Beliau bertanya bagaimana halnya dengan diriku semalam. Aku pun menceritakan apa yang telah sebenarnya berlaku.

Dan di suatu malam yang lain, sekali lagi aku meminta supaya dibenarkan aku keluar seperti dahulu tetapi sebaik sahaja aku sampai ke Makkah, terus berlaku perkara yang sama seperti dahulu ke atas diriku. Selepas itu aku tidak mencuba lagi.”

Riwayat Ibnul-Atsir, diriwayatkan juga oleh Al-Hakim daripada Ali Bin Abu Thalib, katanya: “Ini Hadith Sahih melalui riwayat Imam Muslim.” Juga diriwayatkan oleh Imam Thabrani dari cerita ‘Ammar Bin Yasir.

Tuesday, January 11, 2011

Iran haram pelajar pakai seluar ketat

TEHRAN: Iran menguatkuasakan satu kod berpakaian Islam lebih tegas di beberapa universiti termasuk melarang pelajar wanita berkuku panjang, berpakaian terang dan bertatu, lapor agensi berita, kelmarin.


Agensi berita separa rasmi Fars mendedahkan satu senarai universiti di sekitar Iran yang diberi satu nota menggariskan kod itu namun tidak mengatakan asas pemilihan institusi terbabit.
Peraturan baru itu melarang wanita memakai topi tanpa skaf, jean ketat dan pendek serta bertindik pada tubuh kecuali di telinga, kata Fars.
Mengikut undang-undang Islam dikenakan selepas revolusi 1979, wanita perlu menutup rambut mereka di khalayak ramai dan memakai baju panjang dan longgar.

Kod baru itu juga melarang pelajar lelaki mewarnakan rambut, mencukur bulu kening, memakai pakaian ketat dengan baju lengan pendek. – Agensi serta b arang kemas, kata Fars.

Pihak berkuasa biasanya memperhebat usaha sebelum musim panas apabila wanita sering memakai pakaian nipis dan skaf berwarna terang, sering menolaknya ke belakang untuk mendedahkan rambut.

Sejak beberapa tahun tindakan keras dilanjutkan kepada fesyen musim sejuk termasuk menolak seluar panjang wanita sebagai terlalu ketat selain lelaki dengan gaya rambut tajam ala Barat.
Pemimpin tegar memberi tekanan kawalan lebih ketat ke atas kelakuan tidak bermoral sejak Presiden Mahmoud Ahmadinejad memegang jawatan itu pada 2005 berjanji untuk mengembalikan nilai revolusi.

Wanita muda, terutama di kawasan bandar yang kaya, sering mencabar peraturan itu dengan memakai pakaian ketat dan skaf rambut berwarna terang yang hanya menutupi sedikit rambut mereka.

Peraturan itu kurang dicabar di kawasan miskin dan rantau luar bandar. 

Sunday, January 9, 2011

cReDiT tO bAs RAPIDKL!!!

  Nabi S.A.W menyebut “Wanita yang baik adalah tiang negara, jika ia baik maka baiklah negara dan jika ia rusak maka rusaklah negara”. Sabda Nabi ini mengingatkan kepada kita bahawa wanita itu harus dijaga dan dilindungi. Tindakan pihak Bas RapidKL baru-baru ini sedikit sebanyak mungkin memberikan kelegaan kepada sesetengah wanita khususnya penumpang bas awam. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata perkhidmatan khas itu dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, selain melindungi mereka daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.


Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45. Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).

Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dab U81 (Hab Pasar Seni).
Sekalipun statistik kadar gangguan seksual belum pernah dikeluarkan, namun kami percaya langkah ini merupakan langkah pencegahan yang baik untuk menyelamatkan kaum wanita.Justeru kami menyokong penuh tindakan ini dengan harapan lebih banyak lagi organisasi pemilik bas awam mengikut langkah yang telah dimulakan pihak bas RapidKL tersebut.

Satu hadis menyebut “Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sejarah telah mengingatkan kita begitu banyak sumbangan yang yang telah diberikan oleh kaum wanita kepada Islam. Siapa tidak kenal Saidatina Khadijah, peneman Rasulullah disaat susah mahupun senang, Saidatina Aisyah yang terkenal dengan gedung ilmunya, Saidatina Fatimah Az-Zahra puteri nabi yang amat dikasihi dan lain-lain lagi.

Tindakan yang diambil oleh pihak bas RapidKL itu adalah dikira wajar kerana peratus penumpang wanita adalah tinggi berbanding penumpang lelaki. Kaum wanita akan merasa lebih selesa disamping mereka juga terhindar daripada gangguan seksual dan kesesakan dengan kaum lelaki terutamanya diwaktu-waktu puncak. Oleh itu, tindakan ini akan memberi impak yang positif kepada kaum wanita.

Oleh itu, kami sebagai mahasiswa Islam di CFS IIUM mengharapkan lebih banyak langkah diambil untuk menyelamatkan kaum wanita di negara ini. Harapannya agar tindakan RapidKL ini merupakan pencetus untuk lebih banyak lagi pelaksanaan daripada pihak kerajaan untuk melindungi kaum wanita disamping memaksimumkan sumbangan wanita kepada perkembangan dan pembangunan negara, insyaAllah.

MUSLIMAT POWER!!!

Thursday, January 6, 2011

jom santai kejap ^^

~ Tahukah anda, di dalam Al Qur’an terdapat kata-kata LAKI-LAKI sebanyak 24 dan kata-kata PEREMPUAN juga berjumlah yang sama sebanyak 24 ? 

~ Tahukah anda, di dalam Al Qur’an terdapat kata-kata DUNIA sebanyak 115 dan kata-kata AKHIRAT juga berjumlah yang sama sebanyak 115 ? 

~ Tahukah anda, di dalam Al Qur’an terdapat kata-kata MALAIKAT sebanyak 88 dan kata-kata SYAITAN juga berjumlah yang sama sebanyak 88 ? 

~ Tahukah anda, di dalam Al Qur’an terdapat kata-kata HIDUP sebanyak 145 dan kata-kata MATI juga berjumlah yang sama sebanyak 145 ? 

~ Tahukah anda, di dalam Al Qur’an terdapat kata-kata LAUT sebanyak 32 dan kata-kata DARATAN berjumlah sebanyak 13 ? 

Dimana 32 + 13 = 45 

~ Luas Lautan 32/45 x 100% = 71,11% dari permukaan bumi dan Luas Daratan 13/45 x 100% = 28,89% dari permukaan bumi. Dan ini terbukti…

---------------------------------------
Justify Full
~ jantung manusia dapat menyemburkan darah sejauh 30 kaki

~ Dalam waktu 24 jam, tubuh manusia rata-rata melakukan aktiviti:

Jantung berdenyut sebanyak 103,689 kali
Darah mengalir 1,680,000 mil.
Kuku tumbuh sepanjang 0.00007 inci
Rambut tumbuh sepanjang 0.01715 inci
Menghabiskan 2.9 pounds air
Menghabiskan 3.25 pounds makanan
Menghisap 438 kaki kubik udara
Menghasilkan 1.43 pints keringat
Berbicara sebanyak 4,800 kata
Bergerak saat tidur sebanyak 25.4 kali.

~ Tahukah anda bahwa jika anda berteriak terus menerus selama 8 tahun, 7 bulan dan 6 hari, energi yang anda keluarkan akan cukup untuk memanaskan secawan kopi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain