Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Monday, November 19, 2012

Indahnya Ukhuwah Yang Dibina


Indahnya Ukhuwah Yang Dibina


Ukhuwah adalah ikatan jiwa yang melahirkan perasaan kasih sayang, cinta, dan penghormatan yang mendalam terhadap setiap orang, di mana keterpautan jiwa itu ditautkan oleh ikatan akidah Islam, iman dan takwa.
Persaudaraan yang tulus ini akan melahirkan rasa kasih sayang yang mendalam pada jiwa setiap muslim
Dan sebaliknya dengan ukhuwah juga akan terhindari hal-hal yang merugikan dengan menjauhi setiap hal yang dapat mendatangkan kerugian bagi orang lain, baik yang berkaitan dengan jiwa, harta, kehormatan.
Allah berfirman (artinya):
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.” (Al Hujurat: 10)
Rasulullah bersabda:
اَلْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا
“Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya adalah laksana bangunan yang saling menguatkan bagian satu dengan bagian yang lainnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud:
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri." (riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitulah keindahan Islam yang sebenar.Jauh dari unsur 'selfish' sehinggakn kasih sesama saudara menjadi syarat untuk mencapai kesempurnaan iman.

Jadi sebagai umat Islam,kita hendaklah menyahut seruan ini.Cuba kita praktikkan perkara di bawah.semoga dengan cara ini ukhuwah yang terjalin akan bertambah manis dan kukuh.

1.Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu.
  Sabda Rasulullah:
  "Jika seseorang itu kasih akan saudaranya,beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya."(Abu Daud dan Tarmidzi)


2.Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.
  Umar al-Khattab r.a berkata,
"Saya minta izin kepada baginda Rasulullah s.a.w untuk mengerjakan umrah.Baginda Rasulullah s.a.w membenarkan dan berpeasan,"Jangan lupa berdoa untuk kami bersama."(Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).

3.Segeralah bersalam apapbila bertemu.
  Sabda Rasulullah s.a.w,
  "Tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah."

4.Bermanis muka apabila bertemu.
  "Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil,sekalipun bermanis muka ketika  bertemu dengan kawan-kawan".

5.Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menggembirakan hatinya.
  "Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menggembirakan,nescaya Allah akan menggembirakan pada hari kiamat."

6.Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna
 Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:
 "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripda kesusahan-kesusahan dunia,Allah akan melapangkan orang itu,satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat.Dan siapa yang memudahkan orang yang susah,Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.Siapa yang menutup keaiban orang Islam,Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat.Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."(Riwayat Muslim)


Begitulah keindahan agama Islam kita yang tercinta ini,sehinggakan untuk mencapai kesempurnaan iman,ukhuwwah ini dijadikan salah satu daripada syaratnya.

Mutiara Kata...Renung-renungkanlah.... 
  • Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada anda,bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda 
  • Supaya engkau beroleh sahabat,hendaklah diri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang (HAmka)
  • Sahabat ketika suka ramai,namun sahabat ketika duka amat sedikit,itulah yang dipanggil sahabat sejati dan beruntunglah sesiapa yang mempunyai sahabat seperti ini...
 Wallahua'lam ....

(al-musytaq)

Tuesday, September 11, 2012

Tips Belajar: Keberkatan



Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?

Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.

TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.


5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.


Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

.............................................................

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

-Artikel iluvislam.com


Thursday, May 31, 2012

Cuti...cuti...cuti...Apa yang perlu dilakukan?




  Bismillahirrahmanirrahim...


      Assalamualaikum dan apa khabar semua pelawat blog ini?Penulis harap kalian sihat walaifiat dan sentiasa dilindungi Allah dalam setiap yang kalian lakukan termasuklah membaca,memahami dan merenung entri penulis yang tak seberapa kali ini.Kali ni penulis akan mengupas tentang cuti dan rasanya kalau disebut sahaja tentang cuti,semua bersemangat kerana memang semua suka akan cuti,betul tak?






      Lagi bertepatanlah tajuk yang akan penulis nukilkan dengan keadaan sekarang kerana sekarang ialah musim percutian bagi Pusat Asasi UIA kita ini dan juga sekolah-sekolah di Malaysia.Nah,kalian tahu tak yang kita masih ada lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum kita menyambung kembali dan memulakan  perjuangan bagi pelajar-pelajar baru dalam menuntut ilmu di Pusat Asasi yang tercinta ini?Jadi setakat ini apa yang kalian lakukan dalam masa cuti ini.Ingat ya,hari demi hari umur makin berkurang,begitulah juga hari demi hari cuti juga makin berkurang,dan sekarang hanya tinggal seminggu sahaja lagi.Ayuh semua,apa kata saki baki cuti kita ini,kita manfaatkannya dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.


     Pasti kalian sedang berfikir,"macam mana nak isi masa yang ada ni dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah,cuti kan dah nak habis,baik kita berehat dan bermalas-malasan je,nanti bila dah masuk belajar,dah tak boleh buat macam ni".


     Adoyai,ini pemikiran punya talak bagus maa,kata seorang Cina.Ya betul tu,penulis setuju dengan kata-kata orang cina itu.Subhanallah,Allah itu Maha Pemurah.Dia telah mengurniakan kepada kita masa selama 24 jam untuk satu hari,sudah pasti kita punya banyak masa terluang dan apatah lagi sekarang ini cuti,pasti lagi banyak masa lapang yang kita ada.Jadi rungutan-rungutan yang mengatakan bahawa tak mempunyai masa yang banyak itu silap.Ini mungkin kerana kalian yang tidak menyusun waktu kalian dengan sebaiknya dan banyak yang digunakan untuk perkara yang sia-sia.Ingatlah kata seorang ahli falsafah,orang yang berjaya ialah orang yang memegang masanya.Maksudnya di sini,kita rancanglah masa kita dengan bijak.Jadi mari semua,jom kita rebut peluang masa lapang yang ada ini sebelum ia menjadi sempit nanti.bak kata seperti bait-bait lagu Raihan:


Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati



      Sekarang bagaimana cara untuk mengisi masa yang masih tinggal ni?Di sini ada beberapa cadangan:


1.Mendekatkan diri kepada Allah.
Nah,jika sebelum ini mungkin kita asyik dengan menonton televisyen,layan lagu-lagu k-pop dan berfacebook,apa kata kita ubah diri kita ke arah yang lebih baik,kita ubahlah diri kita dengan perlahan-lahan.Contoh lepas solat fardu,kita boleh mengamalkan bacaan wirid-wirid,kita boleh dirikan solat-solat sunat,selain itu rajin-rajinkanlah langkahkan kaki-kaki kita ini ke masjid-masjid dan surau-surau yang berdekatan atau berjauhan dari kita.InsyaAllah setiap langkah akan dikira sebagai amal.Berzikir pon best juga.Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.Dengan berzikir ni,kita dapat menenangkan hati kita, firman Allah dalam kitabNya yang bermaksud:Dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang.Dahlah dapat menenangkan hati,lepas tu kita pun dapat pahala.Mudah kan?

2.Menuntut ilmu atau topup ilmu
Dalam masa cuti yang masih ada ni apa kata kita tambahkan ilmu di dada.Jangan biarkan ia dalam kekosongan,jom penuhkan ia dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat.Kita boleh hadiri majlis-majlis ilmu di serata tempat.Daripada menghabiskan duit dan masa membeli dan membaca buku kreko,wisel,mangga dan pelbagai lagi,baik kita gunakannya duit tu untuk buku Solusi,Gen-Q,dan buku-buku ilmiah yang lain.Macam penulis sendiri sekarang sedang dalam proses menghabiskan buku karya Hilal Asyraf.Selain itu kemudahan internet yang maju sekarang,boleh juga kita gunakan untuk mencari bahan-bahan ilmiah ini.Kita boleh menonton video-video ceramah dari penceramah yang terkenal seperti Ustaz Kazim Elias,Ustaz Zahazan,Barisan Imam Muda.

                                                   

3.Memasak.
Nah kenapa penulis cadangkan yang ni pula?Sebabnya masak memasak ni merupakan asas hidup yang penting.Cadangan yang ini tidak penulis tujukan kepada wanita sahaja kerana sekarang lelaki juga tidak ketinggalan dalam masak-memasak ini.Jika dalam masa cuti sebelum ni,kita hanya menunggu hidangan masakan siap tersedia di atas meja hadapan kita di ruang makan dan mungkin hanya apabila disuruh ibu kita,barulah kita tergerak hati untuk menolongnya.Itupun mulut kita tak habis-habis merungut sedangkan ibu hanya menyuruh kita panaskan air saja.Ish3,jadi lepas ni,ayuh kita ramai turun ke dapur bila tiba waktunya tanpa disuruh bonda-bonda kita yang tercinta.Kita dapat belajar cara memasak dan juga makanan juga dapat disiapkan dengan lebih cepat.Kita juga insyaAllah dikurniakan pahala kerana meringankan beban ibu-ibu kita.Jangan lepaskan peluang berharga ini kerana di UIA nanti,kita sudah tidak mempunyai kesempatan seperti ini.

Ini yang dapat penulis cadangkan.Sebenarnya banyak lagi tapi marilah kita sama-sama berusaha mencari  dan melakukan aktviti-aktiviti mengikut minat kita.Ayuh,isi masa yang terluang ini dengan apa-apa sahaja aktiviti yang menguntungkan kita,bukan yang merugikan kita dan masa kita.Jauhkan diri kita dari golong yang disebut dalam ayat surah al-Asr 

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian"

Beusahalah untuk memanfaatkan setiap ruang yang ada dan bekerja keraslah untuk mengisi setiap masa yang lapang.Kerana tidak setiap waktu dapat memberikan yang terbaik dan setiap yang luput boleh diperolehi kembali.Sekian nukilan dari penulis yang faqir.Moga memberi manfaat kepada pembacanya    
                                                           
                                               





















   

Sunday, February 26, 2012

Pilihlah aku kerana ikhlas!


Sejenak kita renungkan

Semoga ada ikhtibar yang kita dapat ambil bersama dalam melayari 


bahtera kehidupan.

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat 


kejahatan orang lain.  Demikian kata2 hukama yang menerjah ruang 


fikiranku.  Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan.. bisik 


hati kepada diri sendiri.  Justeru, mata, telinga dan indera yang lain 


masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang 


lain.  Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu 


cepat, diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan 


kepalang.  Tanpa sedar riak bertandang.  Terasa ingin dipamerkan 


segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan 


anugerah manusia.  Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri.  Padahal 


nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu.  Apatah 


lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu.  


Dan manusia pun akhirnya akan memandang sinis dan loya dengan 


‘aku’ mu.

Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah 


pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa.  Walaupun sesiapa di mata 


tetapi di hati masih mengharap-harap amal yang kononnya 


disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia.  Ah, alangkah indah 


rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu 


diheboh-hebohkan pula.  Ah, hebatnya dia! Begitu kata sanjung 


yang dijunjung.  Pada ketika itu hati pun berbunga.  Aduh, sum’ah 


lebih dasyat tipuannya daripada riak.

Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga 


yang tidak kurang hebatnya... ujub! Takjub dan berasa hairan 


terhadap diri sendiri.  Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan 


bersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri.  


Betulkah ini aku? Alangkah hebatnya.  Terasa diri bagaikan wali 


apabila amal ibadah mengatasi orang lain.  Aku bukan manusia 


biasa.  Aku tinggi mengatasi semua.  Ujub hakikatnya lebih sukar 


dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

Bukan mudah untuk ikhlas.  Semakin dicari terasa semakin misteri.  


Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH.  Melakukan 


sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas.  


Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak 


ikhlas.  Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi 


sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. 


Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah.  Perjuangan untuk ikhlas 


terlalu seru dan keliru.  Bantu aku, memahami dan menangani rahsia 


ini.

Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat.  


Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati.  Buatlah apa 


sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam 


mentari.  Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu.  Jangan 


mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal.  Beramallah 


walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak 


dan sum’ah.  Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup.  


Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya 


bertanya, “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir 


tetapi hatiku masih lalai?” Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban 


hati itu pun berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana 


sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata 


yang kotor dan sia-sia.”

Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah 


kepadada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang 


mengerjakan solat tetapi masih mencuri.  Lalu Rasulullah 


menegaskan solat itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya 


yang buruk itu.  Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, 


ingatlah itu bukan alas an untuk tidak dan berhenti melakukan 


kebaikan.  Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana 


kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.

Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam.   


Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak 


dipermukaannya.  Namun, aku juga hamba ALLAH yang berhak 


menuju-NYA.  Ketika aku keliru, tunjukkanlah.  Ketika aku lemah, 


perkukuhkanlah.  Ketika alpa, ingatkanlah.  Hanya Dikau wahai 


ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahkan rasa 


ikhlas itu.  Padaku hanya tadbir..pada-Mu segala takdir.  Bantulah 


aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu.




Pilihlah aku untuk ikhlas.. Amin!

[Us. Pahrol Md Juoi]

-Islam Itu Indah-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain