Dalam usia dua belas tahun, bapa saudara Baginda - Abu Thalib, membawa bersama-samanya ke Negeri Syam (Syria). Ketika mereka sampai di suatu tempat yang dikenali dengan nama “Basra”, mereka telah bertemu dengan seorang paderi yang bernama Buhaira, seorang yang bijak mengenai Kitab Injil dan agama Nasrani. Beliau memerhatikan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam, kemudian bertanya kepada Abu Thalib.
Lantas dijawab oleh Abu Thalib: “Kenapa tidak! Ya, budak ini anakku.” Oleh kerana Abu Thalib terlalu kasih dan sayang kepada Rasulullah sejak dahulu lagi, maka beliau menyebut-nyebut Baginda sebagai anaknya.
Kemudian Buhaira menegaskan: “Bapa budak ini tidak mungkin masih hidup.”
Paderi tadi menambah: “Memang benar apa yang engkau ceritakan kerana segala-galanya tercatat dalam Injil, dan di sini ingin saya memberi nasihat iaitu supaya segeralah engkau membawanya pulang. Sebab kalaulah ternampak oleh orang-orang Yahudi, mereka akan mengancam nyawanya kerana anak saudaramu ini di masa muka nanti akan membawa suatu perkara besar dan agung.”
(1) Diringkaskan dari Sirah Ibnu Hisham: 1/180, dan diriwayatkan juga oleh Al-Tabari dalam Tarikh At-Tabari: 2/287, juga oleh Al-Baihaqi dalam As-Sunan, juga oleh Abu Na’im dalam Al-Hulliyah. Kedapatan sedikit kelainan dalam huraian masing-masing.
Kata Ibnu Saiyidun-Nas pula dalam Al Matan: “Ada sesuatu yang boleh ditolak.” (Rujuk” ‘Uyunul-Atsar” 1/43)
Tetapi yang menjadi ganjil ialah Syeikh Nasir al-Din Al-Albani yang berkata mengenai ini dalam Fiqhus-Sirah karangan Al-Ghazali: “Bahawa sanad-sanad riwayat ini adalah sahih Riwayat Al-Bukhari.”
Allah telah mengawal dan mengawasi zaman keremajaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam. Oleh itu Baginda tidak pernah menyeleweng seperti pemuda-pemuda lain. Dan berhubung dengan hal ini, Baginda sendiri telah menceritakan kepada kita mafhumnya:
“Aku tidak pernah teringat hendak melakukan sepertimana yang dilakukan oleh sebahagian besar orang-orang jahiliyyah, kecuali dua kali tetapi dielak dan dijauhkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta‘ala. Lepas itu aku tidak ingat lagi hinggalah aku diutuskan.
Dan di suatu malam yang lain, sekali lagi aku meminta supaya dibenarkan aku keluar seperti dahulu tetapi sebaik sahaja aku sampai ke Makkah, terus berlaku perkara yang sama seperti dahulu ke atas diriku. Selepas itu aku tidak mencuba lagi.”
0 comments:
Post a Comment