Nabi S.A.W menyebut “Wanita yang baik adalah tiang negara, jika ia baik maka baiklah negara dan jika ia rusak maka rusaklah negara”. Sabda Nabi ini mengingatkan kepada kita bahawa wanita itu harus dijaga dan dilindungi. Tindakan pihak Bas RapidKL baru-baru ini sedikit sebanyak mungkin memberikan kelegaan kepada sesetengah wanita khususnya penumpang bas awam. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata perkhidmatan khas itu dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, selain melindungi mereka daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.
Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45. Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).
Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dab U81 (Hab Pasar Seni).
Sekalipun statistik kadar gangguan seksual belum pernah dikeluarkan, namun kami percaya langkah ini merupakan langkah pencegahan yang baik untuk menyelamatkan kaum wanita.Justeru kami menyokong penuh tindakan ini dengan harapan lebih banyak lagi organisasi pemilik bas awam mengikut langkah yang telah dimulakan pihak bas RapidKL tersebut.
Satu hadis menyebut “Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sejarah telah mengingatkan kita begitu banyak sumbangan yang yang telah diberikan oleh kaum wanita kepada Islam. Siapa tidak kenal Saidatina Khadijah, peneman Rasulullah disaat susah mahupun senang, Saidatina Aisyah yang terkenal dengan gedung ilmunya, Saidatina Fatimah Az-Zahra puteri nabi yang amat dikasihi dan lain-lain lagi.
Tindakan yang diambil oleh pihak bas RapidKL itu adalah dikira wajar kerana peratus penumpang wanita adalah tinggi berbanding penumpang lelaki. Kaum wanita akan merasa lebih selesa disamping mereka juga terhindar daripada gangguan seksual dan kesesakan dengan kaum lelaki terutamanya diwaktu-waktu puncak. Oleh itu, tindakan ini akan memberi impak yang positif kepada kaum wanita.
Oleh itu, kami sebagai mahasiswa Islam di CFS IIUM mengharapkan lebih banyak langkah diambil untuk menyelamatkan kaum wanita di negara ini. Harapannya agar tindakan RapidKL ini merupakan pencetus untuk lebih banyak lagi pelaksanaan daripada pihak kerajaan untuk melindungi kaum wanita disamping memaksimumkan sumbangan wanita kepada perkembangan dan pembangunan negara, insyaAllah.
MUSLIMAT POWER!!!
0 comments:
Post a Comment