Showing posts with label ubat hati. Show all posts
Showing posts with label ubat hati. Show all posts

Monday, April 1, 2013

MeNcari hIKmah dI seBAliK kePaYAhan..



"Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang engkau jadikan mudah. Sedang apa yang susah dapat engkau jadikan mudah apabila engkau mengkehendakinya".
(Riwayat Ibn Hibban)


"STRESS!!! 
Assignment tak siap lagi...Esok ada kuiz...Meeting persatuan lagi...Lusa kena present dalam kelas.. Ya Allah,peningnya...Apa aku nak buat ni.."

Inilah kata-kata yang biasa terpancul di bibir-bibir mahasiswa CFS IIUM..Stress,stress,stress...Bila dah stress,semua kerja tak jadi..Habis lingkup semua..( ish3)

Asyik menyoal pada Tuhan yang Maha Kuasa, kenapalah Allah bagi ujian ni..Aku tak kuat..Aku tak mampu..Natijahnya, memang betul kegagalan yang menghantui diri.. 
Salah siapa?? Allah?? Mak ayah?? Lecturer?? Kawan-kawan?? Roommate??
Bila dah sibuk menunding jari pada orang lain, perkara yang perlu diutamakan pun terabai.. Itulah nasib bila tak redha pada ketentuan Ilahi..
Redha bukan semata-mata redha..tapi, bila kita redha, Allah bantu untuk bangkit kembali..( kalu tak usaha, jangan berangan Allah nak bagi kejayaan bulat2 ).

Saat membicarakan soal siapa yang lagi berat ujiannya, pasti lidah akan letih untuk memberi hujah.. Masing-masing akan mempertahankan diri masing-masing.. ( masing2 sibuk dengan ego masing2)

Bila menyebut soal ujian dan kesusahan, teringin untuk berkongsi sebuah cerita a.k.a pengalaman yang sempat dikutip pada waktu berbaki di bumi CFS ini... Moga-moga menjadi pedoman bersama..

****************************************************************************

Petang itu, hujan renyai-renyai membasahi bumi CFS yang dicintai ini.. Perut mula berdondang sayang meminta diisi.. Sebelum melangkah menuju ke tempat meeting, diri ini sempat singgah di cafe ZC.. Niat awalnya, sekadar ingin duduk melepaskan lelah.

Sambil duduk, mata melilau memerhati siswi-siswi yang sedang memenuhi tuntutan fitrah jasadi..
 Di saat itu, mata terpandang gelagat pakcik menebar roti canai yang sedang sibuk menarik perhatian siswi-siswi yang melalui gerainya agar singgah untuk membeli beraneka roti canai yang disediakannya...
"Roti kosong ada, roti telur ada, macam-macam ada... Roti! roti! Singgah-singgah"..        ( ini antara dialog promotion pakcik );
Usahanya menarik pelanggan kadang-kadang menemui kegagalan.. Pelajar yang lalu sekadar memandang sepi akan ajakan pakcik.. Terdetik dalam hati ini, tiadakah sesiapa yang menyara pakcik ini pada saat usianya meniti senja.. ( pakcik xde lah tua sgt..tp,andai pakcik ada anak,mgkin usianya sebaya pelajar cfs )..
Antara perkara menarik yang sempat diperhatikan pada pakcik ini selain dari rasa tak pernah putus asanya ialah apabila tiba waktu solat, semestinya kelibat pakcik ini tidak kelihatan.. Sesetengah peniaga mungkin merasakan bahawa setiap waktu adalah duit, duit dan duit... Tapi, pakcik amat teguh dengan ibadahnya... Dia tidak kisah meninggalkan gerainya buat seketika demi mengambil masa berjumpa Penciptanya..Allah, Allah.

Jika dinilai bilangan pelanggan yang datang menikmati rotinya, tidaklah seramai mana.. Namun, pakcik tetap meletakkan kebergantungan yang tinggi pada Tuhan Rabbul Jalil...
KITA???? SEJAUH MANAKAH KEBERGANTUNGAN KITA PADA ALLAH ?? ..

******************************************************************************
Itu baru secebis kisah yang Allah tunjukkan di depan mata.. Bagaimana dengan yang lain??. Selami hikmah dalam setiap yang berlaku.. Pasti hati dan bibir akan mampu tersenyum bahagia kerana di situ ada hikmah dari yang Maha Agung.. :-) 

Andai kita dapat melihat betapa hebatnya kesusahan orang lain jika dibandingkan dengan diri kita, pasti air mata penyesalan akan menitis dek kerana mulut dan hati ini terlalu lancang mempertikaikan ujian yang diberi oleh yang Maha Kuasa.. ALLAHUAKBAR..

Moga-moga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang rugi...insyaAllah...



by : sang mujahidah

Saturday, October 27, 2012

Biah Solehah: Ikhtilat

Assalamualaikum. :)

Tajuk panas sikit hari ini.


Subject: IKHTILAT(PERGAULAN BEBAS) MENURUT HUKUM ISLAM Mon May 05, 2008 11:58 pm


Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan/hubungan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyyah dan juga berasaskan kepada nilai-nilai dan system hidup jahiliyyah. Bentuk pergaulan seperti ini telah ditolak oleh Islam sejak kedatangan Rasulullah SAW yang membawa system dan nilai hidup yg dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah.

BEZA ANTARA IKHTILAT DAN KHALWAT

IKHTILAT

Seorang lelaki & seorang perempuan berada bersama di tempat terbuka.
* Cth : Di pasar/bank/sekolah @ tempat awam semasa berurusan.
2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan tidak berniat untuk berkhalwat walaupun berada di tempat tertutup atau sunyi.

* Cth : Bermesyuarat dlm bilik khusus,belajar di kelas/dewan kuliah.


KHALWAT

Seorang lelaki dan perempuan berada bersama di tempat tertutup/sunyi.
* Cth : Sudah sedia maklum dah......Dlm bilik/hotel berdua2an.
2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan berniat untuk melakukan khalwat ditempat tertutup/sunyi.

* Cth : Sekumpulan lelaki&perempuan berpakat berkhalwat dalam dewan tertutup walaupun dalam jumlah yg ramai


SALAH KE???

Ramai yg bertanyakan soalan ini malah selalu diajukan soalan ini. Semasa saya di sekolah dahulu,soalan ini amat famous sekali diajukan pada saya malah sentiasa menjadi isu semasa yang panas dalam usrah saya. Disini saya utarakan 3 pendapat atau 3 golongan dalam menghukum dan mengadili permasalahan ini:-


1- GOLONGAN MUTASYADDIDUN

· Golongan ini amat keras/syadid dalam berhukum sehingga menfatwakan kesemua ikhtilat itu haram dalam apa jua keadaan sekalipun. 

Cth : Sekolah perlu diasingkan antara lelaki dan perempuan hatta sekolah rendah/tadika sekalipun. Malah guru perempuan hanya boleh mengajar di sekolah perempuan sahaja dan begitulah sebaliknya. Di Arab Saudi, ayah dilarang untuk menghadiri majlis di sekolah(cth:PIBG) bagi pihak anak perempuannya.
· Golongan ini juga turut mendakwa memakai niqab adalah wajib selain menutup seluruh aurat.


2- GOLONGAN MUTASAHHILIN

· Golongan ini terlalu memudah2kan urusan agama sehingga soal aurat dan ikhtilat ini dipandang enteng.
· Aurat boleh didedahkan dan percampuran lelaki dan perempuan dibolehkan tanpa batasan atas dasar kebebasan dan hak individu.


3- GOLONGAN MUTAWASITTHIN

· Golongan ini adalah golongan pertengahan yang menjadi pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
· Golongan ini bersederhana dalam pengamalan. Tidak terlalu keras/syadid atau tidak terlalu memudahkan dalam pergaulan lelaki dan perempuan.
· Tidak mengharamkan dan tidak menghalalkan terus secara mutlak percampuran lelaki dan perempuan malah meletakkan garis panduan dan syarat2 tertentu dalam pengamalan ikhtilat.

Daripada huraian diatas, kita perlu berpegang dan berhukum dengan golongan yg ketiga dan menolak pegangan golongan pertama dan kedua. Kita boleh berikhtilat lelaki dan perempuan tetapi mestilah disertai dengan etika garis panduan yang ditetapkan. Jika kita mengatakan haram berikhtilat secara mutlak,maka apa hikmahnya Allah menciptakan kaum wanita di bumi ini. Jika begitu,adalah munasabah jika kaum wanita berada di planet lain yang mana dikhususkan hanya untuk kaum wanita. Begitulah sebaliknya. Islam membenarkan ikhtilat bukan secara mutlak tetapi berpandu dan terarah.


APA YANG SALAH???

Hati kita sering tertanya2... Apa yang salahnya ikhtilat ini?? Dimanakah salahnya ikhtilat ini??? Mengapa salah?? Sememangnya hati sentiasa berperang dengan nafsu. Nafsu sentiasa membenarkan apa yang diharamkan. Mungkin hati kita terasa remeh dengan faktor2 tegahan ikhtilat ini namun ia memberi impak maksima pada maruah,hati,diri dan seterusnya rantaian hubungan dengan Allah. Apa yang dilarang??


[ 1 ] MELIHAT النظر- -

" Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka...... dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka"
Surah An-Nur 30-31

Sabda Rasulullah SAW :
" Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang
pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu
sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu"

Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi


[ 2 ] SENTUH – المسح -

Sentuhan amat beracun kerana lelaki dan perempuan mempunyai kuasa magnet yang positif+negetif. Ada kutub utara+kutub selatan. Dalil sudah sedia maklum tentang pengharaman sentuhan lelaki/perempuan.


[ 3 ] BERCAKAP LEMBUT – الحضوع في القول –

" Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik."
Surah Al-Ahzab 32


[ 4 ] TIADA PENDINDING (HIJAB)

" Dan apabila kamu meminta sesuatu y harus diminta dari mereka(isteri2 nabi) mintalah dari sebalik tabir. Cara demikian lebih baik bagi hati kamu dan hati mereka"
Surah Al-Ahzab 53


[ 5 ] KHALWAT

" Tidak boleh bersunyi dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim"
Riwayat Imam Bukhari


PECAHAN IKHTILAT

Seperti yg bincangkan diatas,Islam meletakkan garis panduan etika bagi masalah ikhtilat ini. Ikhtilat pula terbahagi kepada 2 iaitu :

[ 1 ] Ikhtilat ghoiri syar'ie
[ 2 ] Ikhtilat syar'ie

IKHTILAT GHOIRI SYAR'IE

1- Percampuran yang boleh menghilangkan maruah
2- Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah
3- Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam
4- Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat.
5- Tidak ikut adab Islam. Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan. Ikhtilat seperti ini hendaklah dicegah jika bertepatan dengan syarat.

IKHTILAT SYAR'IE

1- Mempunyai hajat
· Tempat menuntut ilmu
· Medan jihad
· Gerakan dakwah. Amar makruf nahi mungkar
· Menziarah
· Menghadiri jemputan. Cth: Kenduri kahwin dlll
· Menunaikan haji dan Umrah
· Musafir syar'ie
· Muhasabah kepimpinan. Cth: Mesyuarat agung,pembentangan
· Menjadi saksi
· Menyaksikan hukuman. Cth: Menyaksikan hukuman hudud SYARAT2 IKHTILAT

1- Tidak bersentuhan
2- Menjaga aurat
3- Menjaga adab bercakap
4- Mengasingkan tempat ( Pada tempat2 tertentu )
5- Dibawah kawalan orang yang dipercayai dan siqah.


MENGAPA DITEGAH???

1- Islam sangat berhati-hati menjaga sifat semulajadi manusia.
2- سد الزرائع iaitu menutup segala lubang-lubang maksiat
3- Mengelakkan fitnah yang mana memberi kesan yang besar dalam kehidupan.
4- Perbuatan ini termasuk dalam muqaddimah zina.
5- Menonjolkan ciri2 kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan atas segala darjat.
6- Menolak bentuk pergaulan diatas ciri2 kebinatangan dalam proses pembentukkan masyarakat.
7- Melahirkan keperibadian dan generasi manusia yang tinggi etika.


KESIMPULAN

Sesungguhnya masalah ikhtilat ini perlu diberi pencerahan dengan suluhan Al-Quran dan Sunnah.Pergaulan bebas tanpa kawalan dan terarah akan mengunndang bahana yang membengkak dalam masyarakat. Masyarakat kita sekarang 'tenat' dan semakin menjauh dari akhlak dan budaya ketimuran.

Kembali dan berubahlah kepada pengamalan dan penghayatan Islam.. Jangan terikut dek kejahilan moden...


"Dan jika engkau menuruti kebanyakkan orang yang ada di muka bumi,nescaya
mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah mereka sangka
semata2 hanyalah berdusta"



Permasalahan Ikhtilat

Ikhtilat pada prinsipnya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, ia boleh berlaku samada di tempat sunyi atau di tempat yang terbuka. Kesan dari perhubungan semacam ini membuka ruang kepada berlakunya perzinaan di dalam masyarakat.

Sabda rasulullah saw:

Maksudnya : Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya. 
Hadis Riwayat Turmu

Syariat Islam mengharamkan kepada lelaki melihat kepada wanita lain yang bukan muhrim. Seorang lelaki tidak diperbolehkan memandang kepada orang perempuan selain kepada isterinya dan wanita-wanita muhrimnya.


Firman Allah :
قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم، ويحفظوا فروجهم… وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن، ويحفظن فروجهن… ( النور ؛ 31 )

Maksudnya : katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka…dan katakanlah kepada orang perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka.
Surah An Nur : 31


Oleh kerana menahan pandangan mustahil dapat dilakukan dalam bentuk pergaulan yang bebas (bercampur lelaki dan perempuan) maka sayugialah Islam bertindak mengharamkannya, dan Islam menetapkan kepada yang ingin bermuamalat bahawa ia mestilah mengadakan sekatan yang menghalang penglihatan di antara keduanya.

Firman Allah :
واذا سألتموهن متاعا فاسألوهن من وراء حجاب (اللأحزاب

Maksudnya : " Apabila kamu minta dari perempuan akan sesuatu seperti alat-alat yang digunakan di dalam rumah, baldi atau pinggan atau belajar ilmu atau minta sesuatu fatwa maka hendaklah kamu minta itu dari balik tabir iaitu dari belakang tabir iaitu dari suatu sekatan di antara kamu dengan perempuan itu." 
Surah Al Ahzab :53

Selain itu, di sini juga suka untuk dinyatakan beberapa panduan interaksi antara lelaki dan perempuan iaitu 3 perkara pokok mesti sentiasa diikuti, iaitu

1) Niat
Mestilah diniatkan kerana Allah.

2) Matlamat
Melibatkan perkara yang perlu dan diharuskan di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran serta pengurusan yang bertepatan dengan syara'.

3) Cara / Method
Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah:

i) menjaga pandangan
ii) memelihara aurat
iii) bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya
iv) mengawal gerak geri agar berpadanan dengan tujuan
v) bertutur dengan perkara yang perlu sahaja

Walapun telah jelas hukum serta garis panduan berkenaan ikhtilat namun di sana kita lihat masalah ikhtilat sentiasa berlaku. Siapakah yang harus kita persalahkan?

Dan, lebih menyedihkan lagi bilamana penyakit terbaru ini juga merebak di kalangan mahasiswa Islam di tanah air termasuk warga azhari/ah. Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua untuk sama-sama memikirkan masalah ini dan berusaha mencari jalan keluar. Kemelut ini tidak boleh dibiarkan. Penyakit yang berjangkit kepada mahasiswa kita ini mesti diubati dan dipulihkan sebelum ia benar-benar menjadi barah yang tidak dapat dirawat lagi. Semua pihak dan segala bentuk jentera mesti digerakkan ke arah itu.

Begitulah coretan ain peroleh daripada seorang sahabiah.Namun, ain belum peroleh blog penulis asal artikel ini.InsyaAllah, jika mendapat maklumat ain akan link kan terus penulis blog artikel ini.




Baiklah, ingatan tambahan buat diri ini dan sahabat semua yang begitu asyik bersahabat dengan sesiapa sahaja di alam maya, tidak kiralah lelaki mahupun wanita.

Ada yang berpendapat tiada salahnya bersembang di laman sosial dengan individu yang bergelar'single and available' , suami/isteri orang, rakan lama, kekasih lama dengan alasan tu semua tidak menjadi soal dan sudah jadi sejarah lama.Malah dengan yakin menyatakan bahawa ukhuwah terjalin ikhlas dan tiada maksud tertentu.Tidak kurang juga mudah saja jari menekan button accept friend req tanpa berfikir berulang kali.

Ingatlah antara 2 orang yang tidak mempunyai hubungan/ikatan sah itu ada orang ke-3 antara keduanya.Malah syaitan suka suasana begini, 'teman tapi mesra'...walaupun kelihatan seperti suatu perhubungan yang sihat, natijahnya lebih banyak perkara yang negatif.

Jika suatu perhubungan antara 2 jantina yg tiada ikatan terjalin...TANPA SEBAB YANG PERLU...fikirkan kembali...

Tidakkah pergaulan bebas itu meliputi semuanya??? Alam maya/alam realiti sama saja.Pergaulan bebas amat dtegah dalam syariat Islam.Tidak kiralah di dunia sebenar mahupun dengan hanya mengadap skrin laptop semata.Wallahu a'alam...

sumber: http://nurainvivian.blogspot.com/2012/03/ikhtilatpergaulan-bebas-menurut-hukum.html

Tuesday, December 14, 2010

Penawar Hati

KINI, banyak penyakit ganjil yang menyerang dengan pelbagai nama dan tanda mula dikesan. Manusia sangat takut dengan penyakit. Maklumlah penyakit mendatangkan derita, kecacatan, kekurangan malah kematian.

Dalam kesibukan menjaga kesihatan dan pencegahan manusia terhadap penyakit fizikal, penyakit rohani pula menyerang. Penyakit fizikal jika terkena tahu tempat berubatnya, boleh berjumpa doktor tetapi jika terkena penyakit rohani, hendak berjumpa siapa?

Payah benar hendak jumpa guru yang murabbi! Bila jumpa doktor, biasanya ada ubat dan penawarnya tetapi penyakit hati apakah ubatnya?

Walaupun ada al-Quran dan hadis yang memberikan cadangan mengenainya, berapa ramai yang 'berkenan'? Menelan kepahitan membaca al-Quran, qiyamullail, berpuasa dan sebagainya.

Sebagai muhasabah mengenai penyakit rohani, elok juga kita meneliti sebuah hadis yang menjadi pesanan Rasulullah s.a.w kepada menantunya Saidina Ali r.a:

"Wahai Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya: Penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riak, penyakit akhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri, penyakit berani adalah menyerang, penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian, penyakit tampan adalah sombong, penyakit bangsawan adalah membanggakan diri, penyakit malu adalah lemah, penyakit mulia adalah menyombongkan diri, penyakit kaya adalah kikir, penyakit royal adalah hidup mewah dan penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan..."

Ketika berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai Ali, orang yang riak itu mempunyai tiga ciri iaitu:

1. Rajin beribadat ketika dilihat orang.

2. Malas ketika sendirian.

3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara.

Wahai Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah: "Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya dan janganlah kata-katanya mengakibatkan seksaan bagiku..."

Ketika ditanya bagaimana cara mengubati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas'ud r.a berkata: "Dengarkanlah bacaan al-Quran atau datanglah ke majlis zikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah s.w.t.

Jika belum terubat juga, maka mintalah kepada Allah s.w.t hati yang lain kerana sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu...."

wallahua'lam

Saturday, October 16, 2010

Ketulusan Hati - Anuar Zain

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau biarkan kasihku

MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaiMu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu


Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau benarkan kasihku


MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku

oooo

MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu

Tuesday, October 12, 2010

"AKU TAK PATUT DIUJI BEGINI!!!"


“Aku Tak Patut Diuji Begini!”

Sabar itu sebahagian daripada iman

Benarkah kita tidak patut diuji dalam hidup ini?

Orang motivasi selalu memberikan kata-kata perangsang:

“Gagal sekali bukan gagal selamanya!”

Namun harus kita ingat, hakikat sebuah kehidupan bahawa:

“Berjaya sekali bukan bererti kita akan berjaya seterusnya!”

Firman Allah SWT:

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ”kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)”? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta”.

Al-Ankabut : 2-3

UJIAN HIDUP. Satu lumrah kehidupan. Mari kita renungkan kembali kisah Nabi Adam melalui kejadiannya.

Ketika baginda diciptakan di syurga baginda dilarang untuk memakan buah khuldi, namun kerana terpengaruh dengan hasutan iblis telah membuatkan Adam AS telah melanggar arahan dan dicampakkan ke bumi. Lihatlah bahawa awal kejadian khalifah sekalipun Allah telah menguji hamba-Nya. Maka apakah kita ingin berkata bahawa ”aku tidak patut diuji”?

Lalu saat kita ditimpa dengan pelbagai ujian maka terdapat segelintir antara kita yang cuba mempersoalkan keadilan Allah SWT dalam memberi dan mengagih ujian kepada hamba-hamba-Nya. Akibat daripada itu maka ramai yang akan mula mengeluh dan mengalah dari rasa untuk berusaha dan terus berdoa kepada Allah SWT untuk diberi kekuatan ke atas ujian yang ditimpakan ke atas mereka.

Anda kita menghadapi ujian, harus kita terima dengan hati yang terbuka kerana sesuatu itu, sama ada positif atau negatif, ia adalah ujian daripada Allah. Setiap penyakit ada ubatnya. Setiap ujian ada hikmahnya. Setiap baik ada buruknya dan setiap buruk ada baiknya. Inilah hakikat duniawi.

Renungilah firman Allah SWT ini:

”… dan boleh jadi kamu benci (tidak suka) kepada sesuatu pada hal ia (sebenarnya) baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu pada hal ia (sebenarnya) buruk bagi kamu, dan ingatlah Allah jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya”.

Al-Baqarah : 216

Semoga dengan ujian-ujian yang kita hadapi, sama ada ringan atau berat, dapat mematangkan kita seterusnya memantapkan keimanan kita kepada Allah. Hidup mesti berani tempuh cabaran. Sahabatku, tabahkan hatimu, la tahzan…

Wednesday, October 6, 2010

...Mampukah aku menawan hati mereka....

"Mampukah aku menawan hati mereka...
Masihkah ada peluang dan ruang masa untuk membalas jasa mereka...
Mampukah aku menjadi penyejuk mata mereka...

Mampukah...?..Mampukah..?..Mampukah...?".."bisik hati seorang anak yang kini menyesali dosa-dosa semalam..."

**************************************************************************************
"Kasih ibu bawa ke syurga,kasih ayah kasih selamanya"



Duhai teman dan rakan,mari kita selusuri kisah teladan ini buat tatapan,renungan dan muhasabah ke arah menjadi penyejuk mata,penawan hati kedua ibu bapa tercinta...

Pemuda beribu bapakan babi


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.



*************************************************************************************

Teman pembaca sekalian....
Moga kisah di atas benar-benar dihayati dan meninggalkan kesan buat kita.
Moga kita mampu menjadi penawan hati,penyejuk mata kedua ibubapa lantas menjadi anak soleh dan solehah yang bakal membawa kasih-sayang bersama mereka ke syurga abadi ....

Ayuh jadi anak soleh!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain