Sejenak kita renungkan
Semoga ada ikhtibar yang kita dapat ambil bersama dalam melayari
bahtera kehidupan.
bahtera kehidupan.
Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat
kejahatan orang lain. Demikian kata2 hukama yang menerjah ruang
fikiranku. Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan.. bisik
hati kepada diri sendiri. Justeru, mata, telinga dan indera yang lain
masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang
lain. Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu
cepat, diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan
kepalang. Tanpa sedar riak bertandang. Terasa ingin dipamerkan
segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan
anugerah manusia. Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri. Padahal
nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu. Apatah
lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu.
Dan manusia pun akhirnya akan memandang sinis dan loya dengan
‘aku’ mu.

Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah
pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa. Walaupun sesiapa di mata
tetapi di hati masih mengharap-harap amal yang kononnya
disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia. Ah, alangkah indah
rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu
diheboh-hebohkan pula. Ah, hebatnya dia! Begitu kata sanjung
yang dijunjung. Pada ketika itu hati pun berbunga. Aduh, sum’ah
lebih dasyat tipuannya daripada riak.

Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga
yang tidak kurang hebatnya... ujub! Takjub dan berasa hairan
terhadap diri sendiri. Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan
bersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri.
Betulkah ini aku? Alangkah hebatnya. Terasa diri bagaikan wali
apabila amal ibadah mengatasi orang lain. Aku bukan manusia
biasa. Aku tinggi mengatasi semua. Ujub hakikatnya lebih sukar
dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri.
Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan
sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas.
Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak
ikhlas. Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi
sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH.
Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas
terlalu seru dan keliru. Bantu aku, memahami dan menangani rahsia
ini.

Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat.
Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati. Buatlah apa
sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam
mentari. Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu. Jangan
mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah
walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak
dan sum’ah. Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup.
Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya
bertanya, “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir
tetapi hatiku masih lalai?” Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban
hati itu pun berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana
sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata
yang kotor dan sia-sia.”

Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah
kepadada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang
mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah
menegaskan solat itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya
yang buruk itu. Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan,
ingatlah itu bukan alas an untuk tidak dan berhenti melakukan
kebaikan. Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana
kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.

Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam.
Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak
dipermukaannya. Namun, aku juga hamba ALLAH yang berhak
menuju-NYA. Ketika aku keliru, tunjukkanlah. Ketika aku lemah,
perkukuhkanlah. Ketika alpa, ingatkanlah. Hanya Dikau wahai
ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahkan rasa
ikhlas itu. Padaku hanya tadbir..pada-Mu segala takdir. Bantulah
aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu.

Pilihlah aku untuk ikhlas.. Amin!
[Us. Pahrol Md Juoi]
-Islam Itu Indah-
0 comments:
Post a Comment