Wednesday, February 15, 2012

Pandangan Allah atau Manusia?


“Tak puas hati betul aku dengan dia tu, tak sedar diri, dia pun bukannya baik sangat, nak tegur-tegur aku…”

“ Suka hati aku la, kubur lain-lain, kau buat apa nak susah pasal aku, kau siapa?”

“Ish, rimas betullah, kena pakai stoking segala bagai, nak kena pakai inner, panas tau tak…”

“Alamak, spot check la pula… Tak ada kerja lain ke?”

Apakah itu yang terlintas di hati kamu tatkala ada orang yang menegur, memerhati atau meng’spot check’ kamu?

Ketahuilah bahawa mereka-mereka ini sayang kepada kamu. Mereka ini sangat mengambil berat tentang kamu dan mahu kita semua menjadi manusia yang taat pada perintah Allah SWT serta ingin kita semua sama-sama menuju syurga Allah.

Ya, benar, mereka bukanlah sempurna. Mereka juga punya kelemahan. Tetapi, sekurang-kurangnya, mereka punyai usaha untuk membaiki kelemahan. Mereka tidak malu, tidak segan untuk menyebarkan cinta Ilahi di muka bumi ini. Mereka adalah orang-orang yang diredhai Allah. Allah sayang kepada mereka yang berusaha mencari redha-Nya. Itu PASTI! Jika kita suka pada orang yang Allah sayang, tak ke untung? Kita juga dapat tempiasnya.

Bersangka baik lah kepada mereka. Mereka ini adalah orang-orang yang punyai kesedaran untuk merawat umat ini yang sedang sakit. Mereka ini doktor kepada penyakit akhlak. Mereka ini tidak mendapat sebarang upah atau bayaran, hanya mengharap keredhaan Allah SWT. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang kepada kamu.

Bukankah sangat beruntung apabila ada orang yang menegur kita? Itu tandanya, Allah masih sayang pada kita, masih punya belas terhadap kita. Terimalah dengan senang hati kerana itu peluang untuk kita membaiki diri.

Susah?

Tak perlu risau. Yakinlah Allah bersama kamu. Bukankah cinta Allah itu yang terbaik untuk kita? Jika ditanya, “Adakah kamu sayang Allah?”. Pastilah kamu akan menjawab “Ya, saya sayang Allah,” adakah sesuatu yang susah untuk melakukan sesuatu untuk orang yang kamu sayang? Jika kamu sayang kepada ibu bapamu, pasti kamu akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk mereka. Belajar dengan tekun untuk membahagiakan mereka. Apatah lagi kepada Allah. Dialah yang mencipta ibu bapa kamu, orang yang kamu sayang! Bukankah sepatutnya kamu lebih berusaha untuk buat yang terbaik untuk Allah? Dia yang mencipta segala-galanya, sehingga setiap nafas yang kamu hirup pun, Dia yang kasi,tau!

Apa orang kata…??

Mana yang lebih penting, pandangan Allah atau manusia?

Siapa yang akan hisab amalan kamu di akhirat nanti, Allah ke manusia?

Siapa yang bagi kamu makan, Allah ke manusia?

Siapa yang sayang kamu lebih, Allah ke manusia?

Mana yang lebih baik, ikut perintah Allah ke, tinggalkan perintah Dia?

Kamu fikirlah ye, mana yang kamu rasa lebih baik…
Oh, ya! Lupa pula, akal yang kamu guna untuk berfikir itu pun daripada Allah tau!(^_^)

-Islam Itu Indah-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain