Friday, July 27, 2012

STRUKTURALISME dalam SINEMA

By : Brabus Rocket

 
Dahulunya Sunan Bonang bermain drama atau wayang kulit,

Beliau melakonkan sebuah lakon seraya memasukkn tafsir ayat Al Quran..

Rakyat khusyuk dengan pementasan yang dianjurkan.





http://www.jiwarosak.com/2012/07/lawak-wayang-kulit.html

 
Tapi sekarang..
Jangan Pandang Belakang
Songlap,
Puaka,
Budak Kelantan,
Dan lain-lain.. ( tak muat jika nak disenaraikan semua filem-filem ini di entri ini)

                                                      http://www.google.com.my/imgres?

Memamparkan fenomena social yang bajet dan bobrok dalam filem kite.

Gejala rempit, bohsia, hantu tahyul, jenayah dan penodaan institusi masyarakat
yang diketengahkan dengan alasan mahu menzahirkan realiti,
padahal apa yg dapat dinilai hanyalah kontrovesi yang mencetuskan sensasi.

Lewat ini, apa yang menyedihkan, ada karyawan yang cenderung menggunakan wajah dan imej islam 
( ustaz, ustazah, imam tok bilal ) supaya karya mereka dilihat sebagai “seni Islami”

Sedangkan apa yang dikemukan sangat superfisial dan kadang-kadang ia menampakkan penghinaan kepada agama sendiri.. ( boleh pulak ustaz keluar berdua-duan dengan bakal isterinya..suka-hati-anak-mak-dia jer~)

                                                              http://www.muslima.com/dating.cfm?keyword=Islam

Ana menulis balik luahan Unit Buku Harakah ini supaya fenomena ini dinilai oleh masyarakat umum..
Bukan sekadar dibaca tetapi langkah seterusnya akan menyusul.. 

Terutamanya bagi anak muda yang mahu bikin filem, kalian bukan sahaja perlu menekankan keindahan dan keberkesanan sinematografi, ketajaman dan kekemasan skrip, kecerahan dan kemalapan lampu..
        http://www.google.com.my/imgres?hl=en&safe=off&biw=1116&bih=425&tbm=isch&tbnid=Q-_w-0nqU9OoLM:

tapi ada sesuatu yang lagi besar jika kalian seorang Muslim

Kalian mesti baca yang isian kat bawah ni …:

STRUKTURALISME..
Terminologi ini agak asing bagi ana sebelum ini, tapi ia hanyalah sementara apabila..
Allahyarham Kuntowijoyo, seorang sejarawan dan antropologis Indonesia yang menyarankan pendekatan STRUKTURALISME dalam pembikinan filem.

I.Allah menggantikan SEKULARISME yang menampakkan Islam itu terlalu ortodoks, konservatif dan lokal.
Padahal.. Ciri-ciri islam itu sendiri bersifat komprehensif, syumuliyyah, stabil akan hukumnya dan fleksibal dalam pelaksanaannya..

Terdapat tiga ciri Strukturalisme yang dimaksudkan :-

1.       1.KETERKAITAN ANTARA UNSUR
Menurut Kuntowijoyo ciri terkaitan antara unsure terdapat dalam ajaran Islam.
Unsur fundamental ( rukun Islam ) menunujukkan pelaksanaan bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan dengan Allah, tetapi melunasi hubungan dengan manusia

Contoh : Zakat – pembayaran zakat merupakan usaha Muslim mendekatkan diri kepada Allah kerana ia diwajibkan dalam Islam. Selarinya, ia berfungsi mengukuhkan kedudukan ekonomi masyarakat.

2.       2. KEKUATAN STRUKTUR DALAMAN
Unsur ini menunjukkan apa yang terlihat di permukaan adalah satu cerminan  pada struktur bawah. Struktur bawahnya tersebut dikuatkan oleh struktur asas.

Contoh : Tauhid – sebagai struktur asas dan tunjang kekuatan Islam. Struktur bawah misalnya akidah, ibadat, syariat dan muamalah. Jika pengamatan dilakukan dari pemukaan, pantulan struktur bawah yang  dapat dikesan antaranya ialah :
 keyakinan dan keimanan, rukun-rukin Islam, moral baik dan tindak tanduknya.

3.       3, PERTENTANGAN KEPENTINGAN
Pertentangan kepentingan selalu ada dalam Islam.

Contoh : Manusia- mahukan kebebasan mutlak tetapi ia takkan berlaku kerana Tuhan telah menetapkan setiap kebebasan ada hadnya. Pertentangan kepentingan menurut beliau lagi berlaku antara kepentingan jasmani dengan roh, atau kepentingan antara dunia dengan akhirat dan sebagainya.

Memetik kata-kata Mansor Puteh,

“ Hollywood has introduced a totally different concepts where it stresses on the excesses of emotions, actions, moods or even music, the budget and the glamorous, on screen as well as off screen lifestyles of actors”
Jangan pernah kamu lupa wahai pemuda Islam bahawa,, antara strategi Hizbu Syaitan ialah:

  Ia ( Iblis) berkata, “Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semua..”

Surah Al Hijr : 39

Renung-renungkan dan selamat beramal..

Rujukan :
1.       Terjemahan Al Quran Darul Iman, Pustaka Darul Iman
2.       Sinema Spiritual, Faisal Tehrani
3.        Religion In Malaysia Book

Sunday, July 22, 2012

Marah?

Monday, July 16, 2012

Salam Ramadhan.








Bulan Ramadan bulan bertuah
Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maghfirah
Bulan al-Quran dan Lailatul Qadar
.
Bulan Ramadan bulan bertuah
Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maghfirah
Bulan al-Quran dan Lailatul Qadar
.
Besarkan Ramadan dengan puasa
Di waktu malamnya tambahkan ibadah
Bacalah al-Quran banyakkanlah sedekah
Terawih kerjakanlah walaupun sunat
.
Pelihara mata jagalah telinga
Kawallah lidah dari yang sia-sia
Fikirkanlah yang mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dengan Allah
.
Zikir selawat doa panjatkan
Pahala Ramadan diganda-gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadan tiba setahun sekali
.
Bulan Ramadan bayarlah fitrah
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira di hari raya
.
Allahu ya Allah
Kepada-Mu kami beriman
Kerana-Mu kami berpuasa
Di bulan ini bulan yang mulia
Kami mohon rahmat-Mu ya Allah
Keampunan-Mu wahai Tuhan
.
Banyakkan iktikaf di sepuluh hari terakhir
Lailatul Qadar berlaku di malam itu
Kitakan mendapat pahala yang besar
Seperti beribadah seribu bula


-tintaqalbi-




Friday, July 13, 2012

Hari Jumaat Penghulu Segala Hari.

6 Kelebihan Hari Jumaat

1. Berlakunya Hari Qiamat
  • Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa:
    ''Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya''
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
  • Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
''Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga'' 
3. Penghulu Segala Hari.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.

Mari Kita Amalkan Sunnah-sunnah di Hari Jumaat



#jika seseorang mengamalkan sesuatu sunnah kerana Allah nescaya dia akan mendapat ganjaran pahala dan di pandang di sisi Allah. InsyaAllah. Jadi, ayuh sama-sama kita amalkan wahai sahabat!


Friday, July 6, 2012

Syaaban dah nak habis!


Alhamdulillah kita telah pun sampai ke 17 Syaaban 1433H. Tak lama lagi Ramadhan akan pula menjenguk kita. Semua dah prepare dari segi mental dan fizikal? Tepuk dada tanya iman ya :)
Saya nak kongsikan sedikit secara ringkas mengenai amalan di bulan Syaaban kepada anda semua.


 AMALAN BULAN SYA’BAN


Alhamdulillah, ini adalah beberapa amalan pada bulan Sya’ban bagi sesiapa yang ingin berjalan menuju akhirat. Bulan Sya’ban adalah salah satu bulan yang sangat istimewa kerana ia adalah bulan kebaikan (al-Khair) dan keberkatan (al-Barakah). Penduduk langit mengenalinya dengan Syahr an-Nabi (Bulan Nabi Muhammad SAW) kerana Allah SWT memuliakan dan mengagungkan Baginda SAW dengan beberapa mukjizat dan kurniaan pada bulan ini. Kemuliaan Sya’ban juga terletak pada malam ke 15 nya (malam Nisfu Sya’ban). Hati-hati yang ingin berjalan kepada Allah SWT, pasti tidak akan melepaskan peluang meraih keberkatan bulan ini dengan amal ubudiyyah kepadaNya.


# Bacaan setiap hari dan malam

1.Banyakkan membaca di sepanjang Sya’ban
“Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami beribadah kecuali kepadaNya. Kami mengikhlaskan diri dalam agama, walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”


2.Istighfar dibaca 70 kali atau 100 kali pagi dan petang


3.Membaca tasbih 100 kali setiap hari


4.Membaca tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan hauqalah 100 kali setiap hari.


5.Membaca solawat 10 kali atau 100 kali pagi dan petang
(Bacalah solawat sebanyak-banyaknya kerana ayat yang berkaitan perintah bersolawat ke atas Nabi kepada ummat diturunkan pada bulan ini.)


6.Membaca takbir 100 kali selepas solat Subuh dan 100 kali selepas solat Asar


7.Membaca Zikrullah 10 kali setiap hari
“Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum adanya setiap sesuatu. Tiada Tuhan melainkan Allah setelah luput setiap sesuatu. Tiada Tuhan melainkan Allah, kekal Tuhan kami dan binasalah setiap sesuatu.”


8.Amalan umum setiap hari dan malam
Banyakkan solat-solat sunat; Rawatib dan Nawafil, membaca Al-Qur’an, berzikir, bertasbih, berselawat, beristigfar untuk diri sendiri, keluarga dan seluruh umat Nabi Muhammad . Adalah sangat baik sekali berusaha mengkhatam sebanyak mungkin zikir, aurad, hizh, ratib, doa yang terdapat di dalam kitab-kitab amalan para Auliya’ dan masyaikh. Setiap amalan para Auliya’ ini mengandungi sir (rahsia). Jika ditakdirkan tidak sempat membaca amalan-amalan aurad atau hizb atau ratib yang lain, usahakan untuk tidak meninggalkan membaca Ratib Al-Haddad (Ratibul Haddad) susunan Quthb al-Irsyad wa Ghauth al-‘Ibad wa al-Bilad, Al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad kerana sir yang ada pada ratib-ratib lain, ada pada ratib ini, mengikut para masyaikh yang muhaqqiqin.


-sumber : Ust Muhadhir bin Haji Joll
(Syukran kathir kpd sahabat yg berkongsi ilmu ini yg diberi oleh ustaz. Sebenarnya banyak lagi tapi saya hanya post sebahagian kecil daripadanya. Moga bermanfaat ^^)







Jom hayati short story ni ramai2!

Setiap org ibarat sebatang Pensel..
dicipta oleh Maha Pencipta dengan penuh UNIK dan ISTIMEWA
Sama sama kita ambil ibrah ok ^__^

by : Canon Conan

Wednesday, June 27, 2012

AQIDAH DAN SYAHADAH

by : Brabus Rocket

 " Dan sungguh, Kami telah mengutus seorang rasul untuk setiap umat ( untuk menyerukan ), " Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut", kemudian di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang tetap dalam kesesatan "
An Nahl : 36 ( Tafsir al Quran Darul Iman )

SIRAH DAN TELADAN BERSAMA


Kisah keimanan Ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud merupakan antara tauladan dan pengajaran yang wajar diamati dan di perhatikan tatkala membincangkan soal aqidah, Tauhid, Syahadah dan hal-hal berkaitan. Pemuda yang digelar Ashabul Khafi ini merupakan segolongan pemuda yang beriman dengan Allah S.W.T. Mereka berpegang teguh dengan Aqidah yang betul bahawa tiada tuhan selain Allah. Iltizam dan kuatnya pegangan terbukti apabila mereka dihadapkan kepada raja mereka yang zalim. Demi mempertahankan pegangan Aqidah yang suci ini, mereka terpaksa menyembunyikan diri ke dalam gua. lari bukan kerana takut tapi Aqidah yang dipertahankan.



Kisah Ashabul Ukhdud pula menceritakan tentang segolongan pembesar negeri yang berlaku kejam terhadap Ashabul Khudud(orang yang beriman kepada Allah). Mereka menggali parit dan menyalakan api sehingga seluruh parit marak dengan api dan melakukan pembunuhan kejam terhadap orang-orang yang beriman ini dengan mencampakkan mereka ke dalam api dan menyaksikan pembunuhan itu dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain.orang-orang beriman yang dibakar itu tidak melakukan apa-apa dosa kepada mereka kecuali beriman kepada Allah S.W.T



PENGERTIAN

BAHASA : bermaksud IKATAN atau SIMPULAN atau janji yang kuat. Diumpamakan tali yang ada ikatan atau simpulan memudahkan tangan berpaut. Manakala bagi haiwan, ibarat kandang atau tali yang mengawal kehidupan haiwan agar hidup dalam keadaan aman. Haiwan yang buas tidak akan jinak tanpa ikatan dan pasti ia akan membawa masalah kepada kehidupan yang lain. Begitu juga dengan manusia, mereka memerlukan ikatan yang dapat menjamin keharmonian manusia di dunia dan di akhirat.





ISTILAH : Kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada Allah yang TIDAK AKAN TERURAI dan terputus dalam apa jua keadaan. Juga membawa erti bersungguh-sungguh dan berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah dan melaksanakannya dalam kehidupan. Dalilnya :



"Tidak ada paksaan didalam (memeluk) agama (Islam) kerana sesungguhnya telah jelas kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur).Oleh itu barang siapa yang ingkar kepada Thoughut dan ia pula beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali Allah) yang teguh, yang tidak putus. Dan ingatlah bahawa Allah itu maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

(Al-Baqarah : 256)


Aqidah merupakan suatu perkara yang ditetapkan malah wajib bagi pegangan Aqidah itu disertakan dengan kepercayaan dan keyakinan yang kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya sebarang syak merupakan satu keraguan dan bukannya Aqidah.



  KEPENTINGAN AQIDAH

Aqidah merupakan perkara yang amat amat amat penting kepada manusia. Tanpa Aqidah, manusia akan kehilangan arah tujuan. Hanya Aqidah yang Sahihah sahaja yang dapat menjawab persoalan yang sering berlegar-legar dalam pemikiran manusia seperti :

Dari mana asal-usulnya?


Siapakah penciptanya?


Apakah tujuan alam diciptakan?

Apakah kehidupan lain selepas kehidupan dunia?


Bagaimana bentuk kehidupan tersebut?

Dalam hadapi persoalan2 mcm di atas, maka tujuan Aqidah Islam yang terpenting sekali adalah mengajak manusia kepada tauhid. Di dalam islam, Iman yang berlandaskan Aqidah adalah menjadi asas sesuatu amalan, dimana amalan seseorang itu tidak akan diterima Allah kecuali ianya dilakukan oleh orang beriman berlandaskan kepada Aqidah yang sahih. Hatta, mereka yang x beriman kepada Allah dan x mengharapkan pahala darinya serta beramal bukan kerana menuntut keredaan Allah tidak berhak mendapat pahala atas apa yang dilakukan. Maka mereka tidak beriman ini akan diseksa disebabkan kekufuran dan kesesatan mereka.



   UNSUR-UNSUR PEMBENTUKAN AQIDAH




Ia dapat disimpulkan melalui rukun iman :

1) Beriman kepada Allah
Yakin dan percaya hanyalah Allah adalah Tuhan, tiada Tuhan selain daripada Allah.. dan hanyalah allah yang layak disembah..

2) Beriman kepada Malaikat

Beriman dengan penuh keyakinan tentang adanya makhluk yang bernama malaikat yang dijadikan nur. Tidak diketahui bilangannya kecuali Allah dan yang hanya wajib kita tahu hanyalah 10.

3) Beriman kepada Rasul

Beriman dengan sekalian rasul sebagai utusan Allah untuk mengajar umat manusia akan hukum-hukumnya.Bilangan mereka banyak dan wajib diketahui hanyalah 25

4) Beriman kepada kitab

Beriman bahawa Allah telah menurunkan kitab sebanyak 104 buah kepada rasul-rasulnya.Antaranya :
TAURAT (NABI MUSA AS),
ZABUR (NABI DAUD AS),
INJIL (NABI ISA AS) dan
AL-QURAN (NABI MUHAMMAD S.A.W)

Al-Quran telah menasakhkan (mansuh) semua kitab2 terdahulu.

5 ) Beriman kepada Hari Qiamat

Beriman bahawa selepas hidup di dunia ini terdapat pula hidup yang lain dimana Allah akan menghidupkan semula semua manusia untuk dihisap dan menerima balasan.

6) Beriman kepada Qada' dan Qadar


Beriman bahawa segala sesuatu yang berlaku di alam ini adalah dilakukan oleh allah dan dengan Qada' dan Qadar nya. Manusia hanya bertanggungjawab mengenai kerja,usaha, dan ikhtiar sahaja.


PERBEZAAN AQIDAH DAN IDEOLOGI


AQIDAH

Bermaksud simpulan atau ikatan atau hubungan seorang hamba dengan Allah S.W.T. hubungan ini disimpulkan melalui kalimah syahadah.

Aqidah berdasarkah wahyu dan ianya bersifat tetap, yang berubah hanyalah syariat.

Aqidah mempunyai daya untuk menggerakkan daya dan usaha yang menepati Aqidah tersebut

Ia mempunyai tarikan yang bersifat ghaib disebalik alam nyata.

                                           IDEOLOGI/IDEA/TEORI/ISME

Bermaksud fahaman yang mana ianya diciptakan untuk mengatasi kelemahan sistem yang ada.

Contohnya : KAPITALISME (fahaman ekonomi), LIBERALISME (persamaan hak), NASIONALISME (kebanggsaan), SEKULARISME (pemisahan agama dengan keduniaan), SOSIALISME (kemasyarakatan), dan lain-lain.

Semua fahaman ini datangnya daripada akal dan x berkaitan drngan Wahyu.

ideologi/idea/teori/isme ini bersifat dingin dan beku. ia x menghasilkan pendirian yang teguh dan mantap.

Lebih kepada angan-angan nafsu dan kebendaan.





AQIDAH DAN PEMBENTUK PERIBADI
PENGARUH AQIDAH DALAM MENDIDIK HATI NURANI :
Di dalam islam, Aqidah telah mendidik hati nurani dengan didikan yang sempurna. Hati ini lah yang bertindak sebagai pengawas dalam apa jua tindakan dan kegiatan. Aqidah yang terpasak di dalam hati jiwa seorang muslim akan menjadikan segala tindakan dan amalannya seolah-olah Allah berada di hadapan mata, menyaksikan tindak tanduknya. Kesannya, seorang mukmin akan melakukan perkara yang disukai Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang Allah.



PENGARUH AQIDAH TERHADAP AMAL PERBUATAN :
Perkataan amal dalam islam berkait rapat dengan ilmu, orang yang berilmu hendaklah beramal. Pengertian amal dalam islam sangat luas. Setiap gerakan positif yang didorong oleh aqidah atau yang digalakkan oleh islam adalah amal. Setiap amal atau perbuatan yang dilakukan mestilah ada hubungan hati dengan Allah memikirkan apakah balasan yang akan diterima di akhirat kelak.


 
"Dan Katakanlah (wahai Muhammad) : Beramal lah kamu (akan Segala Yang Diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan oleh (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan".

(At-Taubah : 105)
( Tafsir al Quran Darul Iman )



Berdasarkan ayat ini, jelaslah sesorang yang mantap hubungannya dengan Allah akan terserlah melalui akhlaknya yang mulia lagi terpuji, meninggalkan segala perbuatan maksiat dan syubhat, kerana akhlak/amal perbuatan itu sendiri merupakan pembuktian dan buah kepada aqidah yang sahih kepada Allah. Pengaruh aqidah untuk berpegang kepada prinsip : sesungguhnya prinsip yang kuat lahir dari pegangan yang kuat pada Aqidah. Keteguhan prinsip yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dalam berhadapan dengan kaum musyrikin, sudah tentu tidak akan dicapai oleh manusia dengan aqidah dan keyakinan yang mantap.


Tuesday, June 12, 2012


Monday, June 11, 2012

I Know What You Did Last Ramadhan..


AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHON!!!

Alhamdulillah, Allah telah memberi kite ruang untuk sampai dan menjejaki bulan yang penuh kemulian pada tahun ini..
Mungkin saja nafsu kite berbicara.." Ah, Ramadahan datang lagi, leceh la nak kene puase2 nim, tambah2 kene bangun sahur..".. 
Tapi apa kate iman kite.." SubhanaAllah, Ramadahan yang ditunggu hampir tiba, tetapi apakah persediaan aku terhadap tempoh yang hebat ini..?"



Hatta kita ingin makan sekalipun, kita memerlukan persediaan makanan yang rapi, inikan pula Juadah iman yang besar, Ramadhan..
Pastinya persediaannya mencangkupi segenap aspek.

Sahabat-sahabat mahu tahu apakah
TIPS MENGHADAPI RAMADHAN?? Ayuh bersama ana membace sambil scroll down page nim.. 

PertamaI'dad Ruhi Imani, yakni persiapan ruh keimanan.
Orang yang saleh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya sejak bulan Rajab dan Sya'ban. Biasanya mereka berdoa :



Dalam rangka persiapan ruh keimanan itu, dalam surah At-Taubah Allah melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kedzhaliman sejak bulan Rajab. Tapi bukan berarti di bulan lain dibolehkan. Hal ini dimaksudkan agar sejak bulan Rajab kadar keimanan kita sudah meningkat. Boleh dikiaskan,bulan Rajab dan Sya'ban adalah masa pemanasan(warming up),sehingga ketika memasuki Ramadhan kita sudah ada kekuatan untuk menjalani ibadah shaum dan sebagainya,


Kedua, adalah I'dad Jasadi, yakni persiapan fizikal.


Untuk memasuki Ramadhan kita memerlukan fizikal yang lebih kuat n cerdas dari biasanya. Sebab, jika badan kita lemah, tidak pasal2 kemuliaan yang dilimpahkan Allah pada bulan Ramadhan tidak dapat kita raih secara optimum. Maka, sejak bulan Rajab Rasulullah dan para sahabat membiasakan diri melatih fizikal dan mental dengan melakukan puasa sunnah, banyak berinteraksi dengan al-Qur'an, biasa bangun malam (qiyamul-lail), dan meningkatkan aktiviti-aktiviti saat berkecimpung dalam gerak kerja dalam masyarakat.

Ketiga, adalah I'dad Maliyah, yakni persiapan harta.
Jangan salah faham, persiapan harta bukan untuk membeli keperluan buka puasa atau hidangan lebaran sebagaimana tradisi kita selama ini. Memersiapkan harta adalah untuk melipatgandakan sedekah, karena Ramadhanpun merupakan bulan memperbanyak sedekah. Pahala bersedekah pada bulan ini berlipat ganda dibandingkan bulan-bulan biasa.

Keempat, adalah I'dad Fikri wa Ilmi, yakni persiapan intelektual dan keilmuan.
Agar ibadah Ramadhan boleh dioptimumkan, diperlukan bekalan wawasan dan tashawur (persepsi) yang benar tentang Ramadhan. Caranya dengan membaca berbagai bahan rujukan dan menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan. Kegiatan ini berguna untuk mengarahkan kita agar beribadah sesuai tuntunan Rasulullah SAW, selama Ramadhan.  Menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkait dengan perlbagai jenis ibadah, atau menguasai berbagai masalah dalam fiqh puasa, juga penting untuk dipersiapkan.

Semoga persiapan kita mengantarkan ibadah shaum dan berbagai ibadah lainnya, sebagai yang terbaik dalam sejarah Ramadhan yang pernah kita lalui. Aamiin.

Sumber Tips : Panduan Ibadah Puasa Ramadhan, Badan Kebajikan Kakitangan Islam, Pembadanan Produktiviti Negara, Malaysia

Tuesday, June 5, 2012

 " KITA MENIKAH TANPA WALI, SAKSI DAN PENGISYTIHARAAN?? "


Assalamualaikum wbt, ramai sahabat kite memilih cuti sekolah sebagai tempoh untuk bercuti bersama keluarga, berehat sepuas-puasnya setelah berpenat lelah belajar, tak kurang juga yang memanfaatkan cuti ini dengan memantapkan kemahiran dan menambah ilmu di pondok-pondok mahupun kem. Tapi, bagi ana, cuti sekolah ibarat minggu yang ditakuti oleh banyak haiwan ternakan  terutamanya lembu dan kambing.. Kenapkah?? Kerana mereka terpaksa menjadi korban kepada bukti cinta pasangan suami isteri.




Mana tidakknya, keluarga ana pernah mendapat kad undangan perkahwinan daripada pelbagai negeri dan keluarga sebanyak 10 keping pada tarikh yang sama!! Memang pantas jikalau ana bilang cuti sekolah ialah masa terbaik membina bahtera..hehe..



Cukup sahaja melihat kegemuruhan Sang Lelaki sewaktu melafazkan akad nikah, untuk menghalalkan perhubungan cintanya dengan Sang Wanita, ana mengerti ia merupakan satu perjanjian ikat setia yang telah diisyhtiharkan oleh bakal suami kepada sejagat manusia yang menyaksikannya..



Tiba-tiba, terdetik dalam hati ana,, macamna pula penikahan yang berlaku tanpa semua ini?? Tanpa wali kepada bakal isteri, tanpa saksi dan tanpa pengisytiharaan?? Atau secara mudahnya, kite menggunakan istilah Nikah Mut'ah..So, terdetik dalam hati ana untuk menulis artikel mengenainya . Bahkan,ana merasakan ada sekelompok manusia masih belum memahaminya kerana nikah mut'ah masih berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini hatta golongan yang mendalami ilmu agama sendiri.



APAKAH ITU NIKAH MUT'AH??

Nikah mut'ah (Arab: نكاح المتعة nikāḥ al-mut'aṯ, harfiah: perkahwinan[1] untuk keseronokan[2]), atau sigheh, adalah perkahwinan bagi tempoh masa tertentu, yang menurut Mazhab Syiah, adalah perkahwinan bagi masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan perkahwinan tersebut terlerai. Ia adalah bentuk kedua perkahwinan Islam seperti dalam al-Quran (4:24):
 "Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah) dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan mas kahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
Walau bagaimanapun, ia dinyatakan sebagai haram oleh pihak ahli Sunnah wal-Jamaah. Bab ini yang paling diperdebatkan dalam bidang fiqh; ahli Sunnah dan Syiah masing-masing memegang pendapat yang berbeza tentang keizinan untuk perkahwinan ini. Mut’ah dalam Syiah lebih banyak berpunca dari ajaran Majusi yang mengajarkan fahaman "seks bebas" di kalangan penganut-penganutnya. Walau bagaimanapun, Syiah meriwayatkan bahawa Imam Ar Ridha (Imam yang ke-8 Syiah) menyatakan bahawa Mut’ah itu tidak halal kecuali kepada orang yang mengertinya iaitu haram kepada orang yang jahil tentangnya. [3]


BAGAIMANA NIKAH MUT'AH BOLEH TERJADI??


1.   Tanpa wali, saksi dan perisytiharan.[4]
2.   Di mana-mana sahaja di antara seorang lelaki dan seorang perempuan.
3.   Dengan perempuan YahudiNasrani dan perempuan pelacur sekalipun.[5]
4.   Walaupun tidak mengetahui sama ada perempuan itu bersuami atau tidak.[6]
5.   Dengan perempuan dalam lingkungan umur yang tidak tertipu iaitu 10 tahun.[7]
6.   Dengan bayaran mas kahwin yang tidak terlalu besar, hanya memadai dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah tamar atau satu dirham bahkan kurang lagi dari satu dirham.[8]
7.   Dengan perempuan tanpa had. Ia tidak terbatas kepada empat orang sahaja.[9]
8.   Untuk jangkamasa tertentu seperti 2 tahun, 2 bulan, sebulan, seminggu atau sehari.[10]
9.   Dengan seseorang perempuan beberapa kali. Perempuan itu tidak haram kepadaa lelaki yang telah melakukan melakukan mut’ah dengannya walaupun beberapa pada kali yang ke-3 bahkan pada kali yang ke-1000 sekalipun.[11]
10. Dengan bayaran maskahwin secara ansuran dan tidak memberi sebahagian daripada maskahwin mengikut keadaan hari atau masa keengganan perempuan bergaul dengan lelaki yang mengadakan aqad mut’ah dengannya. Misalnya mereka mengadakan akad mut’ah untuk 10 hari dan menentukan maskahwinnya sebanyak RM 100.00 tetapi si lelaki bimbang perempuan yang dia lakukan mut’ah dengannya itu tidak akan memenuhi tempoh yang dipersetujui itu maka bolehlah ia mengaqad mut’ah dengan bayaran maskahwinnya secara beransur-ansur. Jadi jika perempuan itu hanya memenuhi kepuasan lelaki tersebut selama 5 hari sahaja, maka lelaki itu perlu membayar RM 50.00 sahaja.[12]

 PERSOALAN YANG MUNGKIN TIMBUL

Soalan 1.
Ahli Syiah mengHALALkan  nikah mut'ah kerana mereka menghukumkan surah an-nisa' ayat 24 sebagai penghalalan kpd nikah mut'ah. Macamana tu??

Jawapan daripada saudara Umar :
Ingin ana nyatakan tafsir at-tobari dan tafsir ibnu kathir.
sebelum itu, mari kenali siapa ibnu jarir at-tobari dan ibnu kathir

ibnu jarir at-tobari :
- tafsir bi ma'thur (Al-Quran dgn AlQuran, Alquran dgn hadis)
- berbangsa tabaristan
- lahir 224 hijrah (kurun kedua hijrah,sgt dkt dgn zaman Rasulullah)
- meninggal tahun 310 hijrah
- ulama' menggelar beliau sebagai "ensiklopedia ilmu" krn hebat dlm pelbagai bidang ilmu

-imam nawawi di dlm kitabnya tahzib mengatakan : tafsir ibnu jarir merupakan sebuah kitab yg mana belum ada seorang pun yg menyusun kitab lain yg setanding dgnnya.ibn jarir merupakan seorang yg berilmu dan unggul serta istimewa dimana beliau dapat memberi isyarat yg baik dlm kata2 atau lafaz yg samar2 i'rabnya.justeru itulah tafsir ibn jarir mengatasi kitab tafsir yg dihasilkan org lain.hal ini terbukti dimana ibn kathir juga banyak mengambil pendapat dan hujah drpd tafsir ibn kathir.

surah an-nisa' ayat 24 = tafsir ibn jarir mengatakan :maksud ayat "famastamta'tum" bermaksud bukan nikah mut'ah tetapi bermaksud berikan mahar kpd wanita2 yg dinikahi yg dicampuri kerana terdapat dalil diharamkannya nikah mut'ah.... jadi, baik sunni mahupun syiah, haruslah menerima bahawa di sisi Islam itu, jelas tafsir ini mengatakan ianya bukan mut'ah krn ada dalil haram.itu ibn jarir yg sebutkan yg seorang ahli ilmu yg sgt pakar yg hidup pd zaman yg dkt dgn zaman Nabi yg masih kuat lagi pegangan akidah islam.
tafsir at-tobari jilid vi 2001 : 561-591

ibnu kathir :
- lahir di basrah
- lahir tahun 705hijrah dan meninggal 774 hijrah
- ibnu hajar al-asqalani menyebut : "ibn kathir merupakan seorang ahli hadis yg alim dan faqih"
- seorang yg sgt teliti meriwayat tafsir drpd ahli tafsir

tafsir ibn kathir surah an-nisa' ayat 24 : ayat ini beliau ambil drpd pendapat mujahid (ulama' tabi'in) iaitu yg dimaksudkan dgn ayat ini berkenaan nikah mut'ah. dasarnya drpd hadis bukhari dan muslim drpd ali bin abi talib yg bermaksud "Rasulullah s.a.w melarang nikah mut'ah dan daging khimar jinak pd perang khaibar".


kesimpulan : dlm hal ini, utamakan tafsir ibnu jarir krn tafsirnya lebih menepati piawaian pentafsiran..jd, surah an-nisa' ayat 24 tdk boleh dijadikan hujah semata-mata utk penghalalan nikah mut'ah... krn bahkan kedua-dua tafsir ini mengatakan "ada dalil pengharaman nikah mut'ah"


Soalan 2 :  
Nikah mutaah ini pernah berlaku pada zaman Nabi oleh seorang sahabat ketika dia terdesak dalam suasana perang. Saat itu Nabi izinkan kepadanya. Kenapa zaman kita sekarang tak boleh??


 Jawapan daripada Fatimah Syarha : 
 Namun, keizinan itu telah MANSUKH (dihapuskan) selama-lamanya berdasarkan IJMA' ULAMA;.

Imam Al-Baihaqi menukilkan dari Ja’far bin Muhammad (Al-Baqir) bahwa beliau pernah ditanya tentang nikah mut’ah maka beliau menjawab, “itu adalah perbuatan zina.”

Demikian pula imam Muslim meriwayatkan sebuah hadits dalam kitab Shahihnya dari Sabrah bin Ma’bad Al-Juhani dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bahwa beliau bersabda. Lafazh hadits (yang akan disebutkan ini) juga diriwayatkan Ahmad 2/405-406, Muslim 2/1025, no.1406. Ibnu Majah 2/631, no.1962, Ad-Darimi 2/140, Abdurrazaq 7/504, no.14041, Ibnu Abi Syaibah 4/292, Abu Ya’la 2/238 no.939, Ibnu Hibban 9/454-455 no.4147, dan Al-Baihaqi 7/203. “Sungguh! Aku dahulu mengizinkan kalian untuk melakukan mut’ah dengan wanita. (Ketauhilah!) sesungguhnya Allah telah mengharamkannya sampai hari kiamat. Barangsiapa yang masih melakukannya hendaklah meninggalkannya dan jangan mengambil sesuatu yang telah ia berikan kepadanya (wanita yang dia mut’ahi).”


Oleh sebab itu, perlakuan tabiin yang dilarang Umar itu tidak boleh dijadikan hujah untuk menghalalkan nikah mut'ah. Begitu pegangan kami Ahli Sunnah. Jika golongan Syiah tidak bersetuju juga, tiada paksaan dari kami.

Wa Allahua'lam..

Rujukan
3.    Man Laa Yahdhuruhul Faqih j . 3. hal.459
4.    At Thusi- Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 248 , 249 , 254 , An Nihayah hal. 489
5.    Khomeini-Tahriru Al Wasilah jil. 2 hal. 292
6.    Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 253, An Nihayah hal. 489
7.    Al Istibshar j. 3 hal. 461, Al Furu’ Min Al Kafi jil . 5 hal. 463
8.    Al Furu’ Min Al Kafi jil. 5 hal 457 , Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 260
9.    Jaafar As Shadiq bahawa beliau ada berkata, "Berkahwinlah dengan mereka secara mut’ah walaupun sampai 1000 orang kerana mereka itu termasuk di antara perempuan sewaan" . (Al Istibshar j. 3 hal. 461, Tahzibu Al Ahkam j. 7 hal. 259, Wasaailu As Syiah jil, 14 hal, 446, Al Furu ‘ Min Al .Kafi jil. 5 hal. 452)
10.  Sekurang-kurang tempoh bagi mut’ah itu boleh dilakukan mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam riwayat ( Syiah ) dari Ali bin Muhammad Al Jawad (Imam yang ke-10 Syiah ) bahawa beliau pernah ditanya, "Berapa lamakah sekurang-kurangnya tempoh bagi mut’ah itu boleh dilakukan? Adakah harus seseorang melakukan mut’ah dengan syarat sekali persetubuhan?, "Ya, tidak mengapa. Tetapi bila selesai (daripada persetubuhan itu) hendaklah ia memalingkan mukanya dan tidak memandang lagi kepada perempuan itu. (Al Furu’ Min Al Kafi j. 5 hal 460. Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 267)
11.  Ini tersebut di dalam riwayat Syiah dari Aban bahawa ada orang bertanya Jaafar As Shadiq tentang bolehkah seseorang melakukan mut’ah dengan sesorang perempuan beberapa kali? Jaafar Al Shadiq menjawab, "Tidak mengapa, ia boleh melakukan mut’ah dengannya seberapa kerap yang dikehendakinya". Al Furu ‘ Min Al Kafi jil . 5 hal. 460, Wasaailu As Syiah jil. 14 hal. 480.
12.  Ini berdasarkan riwayat mereka (Syiah) daripada Umar bin Hanzalah katanya, "Aku bertanya Jaafar As Shadiq; Bolehkah aku mengadakan aqad mut’ah dengan seorang perempuan selama sebulan dengan tidak memberikan kepada perempuan itu sebahagian daripada maskahwinya? Jaafar As Shafiq menjawab, "Ya, boleh. Ambillah daripadanya sekadar masa keengganannya (untuk bergaul denganmu). Jika setengah bulan ambillah separuh, jika sepertiga bulan ambillah satu pertiga."(Al Furu’ Min Al Kafi j.5 hal.461,Wasaailu As Syiah jil.14 hal.481,Biharu Al Anwar jil.100 hal.310)

(dipetik dan diedit daripada blog Kak Ha.. ^^)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain