Tuesday, August 28, 2012

Hot story! Puasa Sunat Syawal

Assalamualaikum wbt
Salam Syawal barakah untuk semua yang menunjungi blog CFSONLINE :)
Selamat kembali ke CFS, moh kita mulakan baki sem ini dengan penuh bersemangat!

Kali ni sebab kita masih berada dalam bulan Syawal, saya nak ajak cakap pasal puasa sunat bulan Syawal atau nama 'glamor'nya Puasa 6 :D
from facebook brotherhoodarts

Berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam di bulan Syawal :
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”
-riwayat Muslim

Macam Ustaz saya cakap di kelas semalam dengan longhat utaranya "Hangpa tak payah nak posa Isnin Khamis dah, buat posa sunat dah macam posa setahun, ni ada dalam hadith sahih.''

Fokusnya bukan pada apa yang disampaikan oleh Ustaz saya, tapi pada ganjaran yang bakal kita dapat kalau kita buat dengan penuh ikhlas, inshaAllah.

Antara kelebihan puasa sunat Syawal ni ialah membantu sistem pencernaan badan kita.

Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.

Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.

Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Konsisten

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.

Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

 
Puasa Enam dan Puasa Ganti
Persoalan puasa qada dan puasa enam di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

1) Dibolehkan Untuk Mengabungkan Keduanya Dengan Satu Niat

Dinukilkan daripada Dr `Ali Jumaah dalam kitab fatawa asriah, Imam Nawawi menyebut dalam kitab Al Majmuk : dibolehkan untuk menghimpunkan niat puasa qadho` Ramadhan dan niat puasa sunat Syawal di sisi ulamak As-Syafi’yyah.

Diriwayatkan oleh Imam As-Syafie, beliau berkata: diharuskan seorang perempuan untuk berpuasa qadho` Ramadhan dalam bulan Syawal dengan menggunakan satu niat. Sekiranya bilangan puasa ganti Ramadhannya adalah enam hari, maka dia akan mendapat pahala puasa sunat enam Syawal. Sekiranya puasa gantinya adalah lima hari, maka hendaklah dia berpuasa selama lima hari dan menyempurnakan sehari lagi untuk mendapat fadhilat puasa enam. Wanita yang berpuasa mengikut kaedah ini iaitu menggabungkan puasa sunat syawal dan qadho` Ramadhan akan mendapat pahala berpuasa setahun seperti yang disebut oleh baginda Nabi SAW.

Hal ini diqiaskan terhadap masalah seseorang yang masuk ke masjid, maka dia terus melakukan solat dua rakaat samaada fardhu mahupun sunat rawatib sebelum duduk, maka terhasil bagi seseorang itu pahala sepertimana dia solat sunat Tahiyyatul Masjid sebanyak dua rakaat.

Hal ini dikuatkan lagi dengan pandangan yang dinukilkan daripada Imam Ar-Ramli dalam kitab beliau “Nihayatul Muhtaj ” jilid ketiga, beliau menyebut : “ barangsiapa yang qadho` puasa Ramadhannya di bulan Syawal maka akan terhasil baginya pahala sunat Syawal”. Pandangan ini turut disokong oleh Imam Al Barizi, Imam Al `Asfuni, Imam An Nasyiri dan Imam `Ali Soleh Al Hadhromi. Akan tetapi, seseorang yang berpuasa seperti ini, tidak akan mendapat pahala sempurna sepertimana orang yang memisahkan puasa qadho` Ramadhan dan puasa sunat Syawal kerana tidak memenuhi maksud hadis nabi yang berbunyi :
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
 “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”

2) Tidak Membolehkan Untuk Mengabungkan Keduanya

Berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam di bulan Syawal :
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”

Daripada kefahaman hadis ini, Rasulullah s.a.w. mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal. Dan tidak menjadi kesalahan juga, bagi sesorang yang ingin mendahulukan puasa enam hari di bulan Syawal seterusnya menunaikan puasa qadha di bulan-bulan yang lain (selepas syawal) sebelum tiba Ramadhan berikutnya”.

Syeikh Dr. ‘Ali Jum’ah (Mufti Mesir sekarang) dalam buku himpunan fatwanya menjelaskan; “Jika seseorang itu mampu melangsaikan puasa Qadha terlebih dahulu kemudian setelah itu ia menunaikan puasa enam, maka itu yang lebih baik daripada mengabungkannya kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;
دين الله أحق أن يُقضى
“Hutang dengan Allah itu lebih utama untuk ditunaikan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.).
http://nisatelukintan.blogspot.com/2011/09/puasa-sunat-enam-syawal.html

Walau bagaimanapun menurut pendapat Ustaz Zaharuddin,  
dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang. 

Maksudnya, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu?

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT. 

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
 
إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها 
فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
  " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

KESIMPULANNYA??
 
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Perlaksanaannya pula bergantung pada setiap individu, tepuk dada tanya iman!
Sebarang pendapat boleh lah anda kongsikan bersama kami di sini.

Kurangkan bicara basi,
tingkatkan saqafah diri,
majukan Isllam setapak lagi :)

Sumber:
 
 
 
By : Canon Conan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain