Cara Rasulullah menyambut hari raya eid fitri:
1.Bertakbir
Bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir ketika kemuncak hari raya,yakni selepas imam selesai baca khutbah.Bertakbir merupakan perkara yang disyariatkan melalui firman NYA dalam surah Al-Baqarah ayat 185
2.Lafaz ucapan
Mengucapkan taqabbalullah minna waminkum antara satu sama lain,lebih menaladani Rasulullah dan amalan para salafussoleh.Sebuah hadith hasan yang dinyatakan oleh al Hafiz ibn Hajar al-Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya,"apabila para sahabt Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain taqabbalullah minna waminkum"
3.Meneruskan amalan Qiamuallail
4.Mandi pada pagi hari raya
Disunatkan mandi sunat hari raya sebelum menuju ke masjid.
5.Makan sebelum solat Eid Fitri
Anas bin Malik r.a berkata "Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Eid fitri sebelum memakan beberapa biji kurma" riwayat Imam Bukhari.Sekiranya tidak dapat menyediakan kurma,dibolehkan memakan makan lain terutamanya makanan manis.Sekiranya tidak ada makanan,memadai meminum air.
6.Memakai pakaian indah.
Imam Syafie di dalam kitab al Umm berkata "Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari raya iaitu pada hari jumaat,dua hari raya(eid fitri & eid adha ) dan tempat diadakan majlis (majlis perkahwinan).Dia hendaklah memakai wangi-wangian".Bagi kaum wanita hendaklah menghidari memakai pakaian yang boleh menarik perhatian golongan lelaki.Dilarang memakai wangi-wangian terlalu banyak sehingga menarik perhatian orang sekelilingnya.Memakai wangian sekadar memelihara dirinya daripada berbau busuk sahaja.
7.Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya
Hadith diriwayatka oleh Tirmizi dari Ali bin Abi Talib r.a "termasuk sunnah,iaitu engkau berjalan kaki menuju tempat solat".Namun bagi yang perlu menggunakan kenderaan disebabkan jarak yang jauh dibolehkan syarak.
8.Mengerjakan solat sunat Aidilfitri
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,Ibn Abbas r.a berkata "Rasulullah s.aw.telah keluar pada hari raya Aidilifitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat.baginda tidak melakukan sebarang solat sebelum dan sesudahnya"
9.Mengerjakan Puasa 6 hari di bulan Syawal
Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramdhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan syawal,seolah-olah dia telah berpuasa setahun"
10.Bergembira di hari raya
Menimbulkan susana keriangan dan kegembiraan pada hari raya di dalam keluarga adalah sebahagian daripada syiar Islam selagi,ianya dilaksanakan mengikut syariat Islam
0 comments:
Post a Comment