Thursday, January 10, 2013

Kanser : Sakit dan Sihat, Semuanya daripada Allah


DISAHKAN KANSER



~ Muhasabah cinta terucap indah, mengalir berzikir di kidung doaku..
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku..~

Aku tersentap lalu terjaga daripada tidur apabila alunan ringtone itu melanggar eardrumku.
Lalu ku menekan “Accept Call” untuk menjawab panggilan tersebut.

“ Assalamualaikum Angah, buat apa tu?” soal ibuku

“ Waalaikumussalam Ummi, erk.. Qailullah jap..” jawabku dengan suara yang cover-cover bangun daripada tidur.

“ Doktor dah buat CT scan pada tubuh Mok, dan melalui result tu doktor kesan Mok terkena barah kanser tahap 4 “ cerita ibuku dengan nada yang sayu.

“ Inna lillahi wa inna ilahi rajiun. Besarnya ujian yang Allah timpakan kepada Mok kan? Apa rawatan susulan untuk kanser ni??” mendengarakan cerita ibuku, aku terus ter’jaga’ daripada lamunan.

“ Benar Angah, semua ini tanda Allah sayang pada dia. In syaa Allah doktor akan membuat bone scan untuk mencari kerosakkan pada tulangnya dan mengenalpasti sel kanser yang merebak dengan lebih terperinci. Dengan izin Tuhan, dalam masa 2 minggu daripada sekarang, Mok akan buat radioterapi di HUSM . Walaupun doktor mensyorkan dia untuk menjalani rawatan kemoterapi.“ balas Ibuku.

                Perbualan kami berlarutan dan terhenti bila Azan Zohor berkumandang. Aku lantas mengangkat wuduk dan bermunajat kepada Rabbul Jalil. Seusai solat, aku mencapai telefon selularku yang ditinggalkan di atas katil itu. Pelbagai soalan mengenai rawatan moden radioterapi dan kemoterapi bermain di benak fikiranku.

MULA MENCARI APAKAH ITU RADIOTERAPI DAN KEMOTERAPI

http://www.google.com.my/imgres?hl=en&safe=off&tbo=d&biw=1024&bih=494&tbm=isch&tbnid=


                Lantas ku berbicara dengan Mr. Google dengan harapan segala persoalan ku terjawab.
Pelbagai blog nukilan bloggers dan doktor aku lawati bagi mengisi jawapan kepada tempat kosong ini.
Sedikit sumari perihal radioterapi yang aku dapat :
1.       Rawatan Radioterapi

Rawatan radioterapi adalah salah satu kaedah rawatan kanser yang sangat penting. Radioterapi bukan saja penting untuk rawatan kanser wanita tetapi juga kanser-kanser lain. Tidak semua kanser boleh dirawat dengan pembedahan ataupun kemoterapi. Rawatan radioterapi adalah salah satu rawatan yang menggunakan sinaran-X yang berkuasa tinggi ataupun bahan radioaktif untuk membunuh sel-sel kanser. Rawatan radioterapi untuk kanser-kanser yang melibatkan organ-organ badan yang lain mempunyai kaedah yang berbeza walaupun mempunyai asas yang sama.
Aku juga ada terbaca mengenai kesan sampingan yang bakal dihadapi oleh pesakit yang menerima rawatan  ini. Antaranya kulit menjadi gelap sedikit kerana sinaran X yang berkuasa tinggi yang dipancarkan kepada abdomen pesakit.

Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata si budak kecil, anak kepada Mok berkata :

“ Selepas Mok buat radioterapi, kulit Mok akan hitam “ cerita budak itu kepadaku dengan nada yang main-main

Nah! Ternyata benar kata-katanya. Lain kali jangan dipandang enteng dengan pendapat kanak-kanak berumur 9 tahun. Sebenarnya mereka lebih matang menilai jika mereka melalui saat-saat ini dalam hidupnya berbanding kita yang berpuluhan tahun hidup di dunia ini dalam keadaan sihat.


وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
" الكلمة الحكمة ضالة الحكيم فحيث وجدها فهو أحق بها " .
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalimah yang mempunyai hikmah adalah sesuatu yang hilang daripada orang yang bijaksana[1], di mana sahaja dia mendapatinya maka dialah yang lebih berhak dengannya”.[2]

2.       Rawatan Kemoterapi

Salah satu kaedah rawatan kanser yang sering diberikan kepada pengidap kanser adalah ubat kemoterapi. Kemoterapi tidak dapat tidak akan mengubah kehidupan anda. Disamping mengalami perubahan dari segi penampilan fizikal dan emosi, anda mungkin juga akan merasa sukar untuk bercakap mengenai apa yang anda rasa kepada orang lain. Dengan memahami bagaimana kemoterapi bertindak ke atas sel-sel yang normal dan tidak normal dalam diri anda, diharap anda akan lebih tabah dalam menghadapi sebarang kesan sampingan yang dialami sepanjang dalam rawatan ini. Apa yang penting adalah anda perlu sentiasa berfikiran positif di dalam menjalani rawatan kemoterapi ini.

                “Patut la Ummi cakap Mok tak nak menjalani Kemoterapi, rupanya Kemo ini sangat dahsyat  kesan sampingannya persis apa yang terjadi kepada arwah suaminya  sedekad yang lalu“ bisik hati kecilku.

                Sedih apabila mengingat kembali memori arwah Ayah Husin, menderita penyakit Kanser Pankreas sehingga badannya menjadi sangat kurus seperti mayat hidup pada saat-saat akhir kehidupannya. Setelah menjalani rawatan Kemo kali ke 4, akhirnya Allah menamatkan penderitaannya.

“ Sungguh menakjubkan keadaan orang yang beriman, kerana semua perkara adalah baik baginya,dan itu tidak akan terjadi kepada sesiapa pun kecuali orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat, dia bersyukur, maka itu baikbaginya. Jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, maka itu pun baik baginya “
HR Muslim


TERJUMPA PELBAGAI RAWATAN ALTERNATIF

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua “
HR Abu Daud

Terlalu banyak ikhtiar yang dilakukan dan dibuat oleh manusia untuk merawat penyakit ini. Pelbagai kaedah dan cara yang dijumpai : Ada yang menggunakan ubat-ubatan tradisional, ada yang mencipta resepi makanan untuk menghilangkan kanser, ada juga yang menghasilkan produk antikanser, ada yang mengamalkan ayat-ayat suci Al Quran, tak lupa juga ada yang mengunakan bomoh dan jampi serapah dalam rawatan.

Teringat akan cerita ajaib yang berlaku kepada suami kawan baik Ummi.

“ … macam kes Aunty Shima. Suaminya telah dikesan menghadapi barah otak.  Ummi sangat kagum dengan usahanya untuk mencari penawar kepada suaminya. Angah tahu dia buat apa? Dia pergi ke sebanyak mana masjid yang boleh di negeri ini untuk meminta air solat hajat daripada para imam. Tahu tak apa yang berlaku?? Selepas beberapa tempoh suaminya mengamalkan air solat hajat daripada umam, tiba-tiba doktor mendapati sel barahnya menjadi kecut sehingga ke tahap tersebut. Doktor terkejut dan hairan dengan perkara ini…”

Patutlah selama ini Ustazah Chik selalu mengingatkan kepada ahli-ahli usrah supaya menghadirkan para alim ulama dalam majlis solat hajat . Dengan harapan Allah memakbulkan doa kita dengan cepat apabila ada orang yang dekat dengan Tuhan. Dan, sekarang ia memang benar dan terbukti!
               

Allah memang nak mengalakkan hambanya berusaha untuk mencari segala apa penawar kepada penyakit yang ditimpakan. Jika tidak dapat diubati, paling kurang Allah mahu memberi pahala berikhtiar kepada kita. Pemurahnya Allah kepada hambaNya. Kan..kan..kan..???

http://kikioktarianigoblog.wordpress.com/2012/12/11/ikhtiar-dan-doa/ikhtiar-dan-doa/



TETAPI RAWATAN KANSER HANYALAH UNTUK TUJUAN KEUNTUNGAN

Persepsiku berubah apabila membaca artikel menarik daripada seorang doktor perubatan yang mengidap Kanser. Berikut adalah petikan artikel dari Rick Cantrell, PhD, MD, PsyD yang di petik daripada website islamiclearningcentre.com.

Good to share with family and friends.
Subject: Cancer treatment is about making money...provoking thoughts
I posted this article, which may have some provoking thoughts:

The below is absolutely 100% true and as a doctor I have been telling people this for 15 years now. No one wants to listen. Folks need to wake up. Cancer treatment is about making money. It is a 120 billion dollar a year industry in the United States alone and estimated to be a 600 billion dollar a year industry worldwide.

A successful cancer case according to the American Cancer Society and the American College of Oncology and Hematology means that the person survives for 5 years. Both the American Cancer Society and the American College of Oncology and Hematology admit that a person is likely to survive cancer for 7 to 10 years even if they do absolutely NOTHING. Of course, only the doctors get those magazines - not you, the cancer patient.

Alternative medicine's track record of curing cancer is 10 times higher than that of conventional medicine. Note that I say CURE.

Remember another thing. A TUMOR is just a symptom. It is not the cause of cancer.

Science is cause and effect. Remove the cause and the effect disappears.

I am in my third battle with cancer right now. I have not done any chemotherapy or radiation or surgery for any of my bouts with cancer. I survived leukemia, I survived Non Hodgkins Lymphoma and now I have Glioblastoma which is supposedly an incurable form of brain cancer. I was given two months to live 5 months ago.

I have been using Chinese herbs, high doses of vitamin C, acupuncture, chiropractic, homeopathy and nutritional changes. Yes, at first it got worse. It had metastasized to my lymph nodes, my lungs and my bones. As of this week, I am happy to say that there is no evidence now of any cancer in my lymph system or my bones. I had 6 tumors in my lungs, now there are only two. The tumors in my brain have shrunken tremendously. I never did any of their chemo, radiation or surgery.

Here is a very interesting statistic that you can only have access to by being a doctor. Every year more than 1,000 doctors oncologists (cancer doctors) are diagnosed with cancer. Less than 10% of them choose to do the treatment that they have been giving to their patients.Sort of like the fact that less than 25% of all pediatricians vaccinate their own children because of the fact that the risk of sudden death or serious side effects from the vaccination is higher than the risk of catching the disease one is being vaccinated for. This is not bullshit people - it is truth.

Medicine is about money, not about your health and the system traps people, especially the elderly, disabled and poor into a deadly treatment regime that puts them in an early grave. Meanwhile, all the jet set billionaires are flying off toEurope and paying big bucks for alternative treatments and getting cured.

Does alternative medicine work all the time? No. Of course not. Nothing works all the time. But there is a reason for that. You don't die until it's your time to die. Nothing can make you live longer than that time.

However quality of life comes into play. Those cancer patients who use alternative therapies for their cancer, yet still die from the illness, suffer a much higher quality of life. They die able to spend time with their families and even recognize their family members. They don't become emaciated like those who do chemotherapy or radiation do and rarely is a person who goes under the treatment of chemotherapy able to recognize anyone for the last few days of their lives. Their bodies become ravaged to the point that you can't even recognize them either. They suffer at a much much higher rate and they have one let down after another as doctors tell them, ahhh - it's looking good, only to tell them on the next visit it's looking worse, you need more chemo and radiation.

What is criminal about this is that YOUR DOCTORS KNOW THIS SHIT.

I took an oath as a physician. I have always followed it. That has certainly not made me successful financially as a doctor because I have consistently refused to go along with conventional medicine's bullshit.

Read the below carefully. It may indeed make a difference in your life.

Rick Cantrell, PhD, MD, PsyD

AFTER YEARS OF TELLING PEOPLE CHEMOTHERAPY IS THE ONLY WAY TO TRY ('TRY', BEING THE KEY WORD) TO ELIMINATE CANCER, JOHNS HOPKINS IS FINALLY STARTING TO TELL YOU THERE IS AN ALTERNATIVE WAY.

AKHIRNYA SEDAR AKAN HAKIKAT PENYAKIT DAN PENYEMBUHAN


Punca penyakit kanser masih belum dikenalpasti dan menjadi persoalan sehingga kini. Apa yang pasti, semua penyakit itu datang daripada Allah dan kepada Allah juga kita meminta penyembuhan. Segala rawatan penyembuhan hanyalah method daripada manusia yang lemah, tetapi Allah jualah yang berkuasa sama ada mahu menghilangkan, mengekalkan mahupun mengurangkan kesakitan itu.

“ Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga membuatkan kamu menangis. Dialah  yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali “
An Najm : 43-44

                Aku menjadi malu dengan ketabahan ibu sedaraku itu. Walaupun Allah hantarkn penyakit silih berganti kepadanya,namun dia tak pernah mengeluh, malah bertambah kuat dalam pengibadatannya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhH8ES1cv9q1uq5a5EiK-ly-fdBqhm6T7eE8Jc2qXsVgrmByyCClFGMTvWVxj5hNbUoGTjhb_TaK79_5I5zrel1rSgbS_W_ODKcb6XNYAwY3WM07ojzauDg65gxf-5JnxdFdLWLkrpH3VOx/s1600/haluanita-bekalan-solat-1.jpg


 “ Barangsiapa yang memelihara ketaatan kepada Allah di masa kuatnya, maka Allah akan memelihara kekuatannya di saat tua dan kekuatannya melemah. Ia akan tetap diberi kekuatan pendengaran, penglihatan, kemampuan berfikir dan kekuatan akal “
( Ibnu Rajab )
Ayuh! Bersama kita sedari hakikat ini.

Walaupun mati itu pasti, tetapi kualiti kehidupan masih menjadi permainan.

# Sesiapa yang membaca artikel ini, ayuh berdoa untuk keselamatan dan kesihatan yang lebih baik kepada Mok dan suami Aunty Shima,serta keberkatan hidup di dunia dan akhirat kepada semua watak dalam naratif ini. Mudah-mudahan Allah turut membantu kita di waktu kita lemah..
Amin Ya Rabbal A’lamin..

Nukilan : Brabus Rocket

Friday, December 28, 2012

AIS KRIM POTONG


Assalamualaikum w.b.t  J

Teringat zaman kecil-kecil dulu.. Cik Brabus suka sangat beli ais krim potong
 kat kedai Mak Cik Lah.
Hari ni perisa
jagung, esok kacang, lusa keladi.
Lagipun murah je pon.. 20 sen sebatang..

Kadang-kadang siap buat stok lagi,, beli je satu dozen.
Baru tak nya beku kepala Cik Brabus dibuatnya..

In syaa Allah, hari ini Cik Brabus nak kongsikan resepi aiskrim,
 
makanan kegemaran sejak dulu, kini dan selamanya


Aiskrim  Jagung Potong

BAHAN-BAHAN
Bahan A
250g gula kastor ( Cik Brabus guna gula pasir pon boleh )
3.5 sudu besar susu tepung @ coffeemate
350ml air
Bahan B
1.5 sudu besar tepung ubi
3.0 sudu besar tepung jagung ( nak kasik adunan pekat skit, so senang nak potong bile keras)
50 ml air
Bahan C
Perisa Jagung (saintifik : zea mays )
200 ml santan pekat ( Cik Brabus guna susu cair je..pon boleh )
1 tin sweet corn ( diblend dengan santan )
0.5 sudu kecil pewarna kuning

CARA-CARA
1.         Panaskan periuk dengan api sederhana
2.      Masukkan Bahan A, kacau sehingga gula larut
Masukkan Bahan B, kacau sehingga mendidih
Masukkan Bahan C, kacau sehingga mendidih
3.      Matikan api.
4.     Bila sejuk, masukkan dalam bekas, tak kira la bentuk apa pun. Kemudian letakkan dalam  freeze utk semalam
5.      Siap dan boleh potong-potong untuk makan. 



Nie la hasil yang Cik Brabus buat..
1.  Adunan asikrim letak dalam bekas kecik
2. Lepas keras, cucuk dengan lidi.
3. Terus ngap..!!



Selepas beberapa hari buat dan makan ais krim potong ni, Cik Brabus terjumpa beberpa fakta menarik pasal tumbuhan ciptaan Allah : Jagung


1.         Fosil biji jagung telah ditemui di Mexico City dan dipercayai tumbuh sejak 80 ribu tahun lalu.

2.       Jagung mula ditanam oleh kaum Mayan, Aztec dan Indian inca sejak 5,600 tahun dulu.

3.       Orang Indian Inca mengunyah daun jagung muda seperti mana mengunyah gula-gula getah kerana rasanya yang manis.

4.      Jagung mempunyai kalori yang rendah dan mengandungi banyak serat dan baik untuk sesiapa yang berdiet. Ia mengandungi Vitamin A,C, magnesium, potassium dan folsin.

5.       Jagung yang ditumbuk boleh dijadikan ‘mask’ untuk muka. Ia boleh menutup liang-liang roma dan menegangkan kulit muka.

6.      Jagung yang dijadikan makanan ringan untuk sarapan pagi  (cereal) mula diperkenalkan pada tahun 1860-an oleh sebuah syarikat yang diberi nama American Seventh-day Adventists. Ia diperkenalkan khusus para ‘vagetarian’.

7.      Tongkol jagung berguna untuk mengubati pendarahan pada luka.

8.      Bulu jagung yang berwarna kuning keemasan boleh dituam pada luka dan mengelakkan daripada bernanah. Selain itu juga berguna untuk paru-paru yang lemah dan dapat mengurangkan tekanan.

9.      Dengan memakan jagung, ia dapat membantu dalam memperkuatkan tulang ,gigi,dan rambut.

           10.     Walaupun sering dikaitkan dengan warna kuning, sebenarnya terdapat pelbagai varieti        jagung yang terdiri daripada warna yang berbeza. Ini termasuklah   merah, merah jambu, hitam, ungu dan biru.





      Sebelum sahabat melabuhkan tirai entri ini, sama-sama kita renung sepotong ayat daripada Kalam Allah yang hebat :

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan
janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata
bagi kamu.”

(Surah Al-Baqarah: 168)

WA ALLAHU A'LAM

SELAMAT MENCUBA !!


By: Brabus Rocket



Monday, December 24, 2012

Ada RAHSIA di Sebalik Tidur


Assalamualaikum w.b.t

Selamat Malam kepada semua penghuni dunia..
Sudahkan anda mengantuk dan layu semasa membaca entri ini?
atau mata masih segar-bugar dan menyala-nyala seperti ahli sihir, Merlin??

Apapun jawapannya.. sebentar lagi kita pasti bersedia untuk mati sementara.
Tapi ada juga yang tanpa disedari dia akan mati untuk selama-lamanya..

Semoga Allah matikan kita dalam Husnul Khotimah
Amin..

Jom kita singkap beberapa rahsia disebalik hobi saya, TIDUR :

1. 
Perkara yang berlaku ketika tidur: Otak berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu. Sebab itu, selepas bangun tidur kita akan rasa badan kita segar.
 
2.Masa tidur bergantung kepada umur iaitu:
Kutipan daripada :http://blogs.babble.com/strollerderby/
Bayi              : 16 jam
3-18 tahun  : 10 jam
19-55            : 8 jam
lebih 55        : 6 jam

(jadi jangan cemburu bila bayi dapat tidur lama.. 
sebenarnya masa tidur kita memang sesuai dengan kegiatan dan tanggungjawab semasa kita)
 
3. 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan
30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan,
50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
 
 
4. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
 
 
Kutipan daripada :http://www.c-heads.com/2012/07/05/parasomia-y-project/
5. Parasomia atau dalam istilah kasar nya ‘tidur berjalan’ banyak dilaporkan dan selalunya terlibat dgn beberapa jenayah seperti memandu ketika tidur, menulis cek tendang, pembunuhan, penganiayaan terhadap kanak-kanak.( Berhati-hati dengan golongan ini)

6. 12% daripada mimpi kita selalunya adalah black and white. Peratusan ini pernah menjadi sangat tinggi suatu ketika dahulu sebelum TV warna dicipta. Kaitannya, TV juga mempengaruhi mimpi anda.
Kutipan daripada : http://www.storyfever.com/what-are-the-colors-of-your-dreams/
 
 
7. Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah personaliti.

8. Posisi anda tidur boleh menunjuk personaliti anda:


1. GAYA BAYI
Majoriti wanita tidur dengan gaya ni. Orang ini dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk.

2. GAYA TIDUR MATI
Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.


3. GAYA TIDUR MENGIRING
 Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa yang sama suka bersikap sinis, jenis yang syak wasangka & degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan yang telah dibuat.

4. GAYA TENTERA
Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri & orang lain. Golongan ini berpontensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.

 5. GAYA TIDUR BEBAS
 Golongan ini suka tidur menyiarap dengan tangan di bawah bantal/ tangan diselubungi bantal & kepala mengiring ke kiri atau kanan adalah dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar & agak tergopoh gapah dalam tugasan harian mereka.


                                                6. GAYA TAPAK SULAIMAN
 Gaya tidurnya terlentang sambil tangan/ lengan diletakkan di atas kepala/ dahi dikenali sebagai orang yang prihatin & suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu & tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur & tidur yang tidak lena setiap malam

 
Walau bagaimanpun Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar umatnya tidur dengan POSISI YANG TERBAIK :
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 
“…Kemudian berbaringlah di atas bahagian tubuh sebelah kanan.”
Saintifiknya, posisi ini sangat baik untuk kesihatan kerana ia mencepatkan proses pencernaan, memudahkan kita terjaga dan apa yang menarik ialah,

Berdasarkan kajian, posisi tidur seperti ini mempamerkan personaliti :
Melambangkan bahawa anda seorang yang berkeyakinan. Pada masa yang sama, anda dapat melihat kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan. Ini semuanya hasil usaha tanpa henti yang anda lakukan. Mereka yang tidur pada sisi kanan, tangan kanan diregang hingga ke atas kepala dipercayai akan dikurniakan kuasa dan tuah.



Pada masa yang sama, Nabi Muhammad s.a.w turut melarang umatnya tidur dengan POSISI YANG TERBURUK :

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda yang bermaksud:


"Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya."
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

9. Tentera British adalah yang mula memperkenalkan kaedah untuk tidak tidur dengan menggunakan cermin mata istimewa itu, apabila seseorang menjadi mengantuk, sinaran secerah mentari pagi akan memancar ke mata pengguna dan menyebabkan mereka terasa ingin bangun semula. Kaedah ini boleh bertahan hampir 36 jam lamanya.
 
 
10. Mamalia yang paling lama tidur adalah :
Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam)
manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah :
zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
 
 

Kutipan daripada : http://tinyfacts.net/post/36060051513/243

 
11.Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.


12. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.

 
13. Orang yang buta juga bermimpi. mereka yang buta semenjak lahir akan bermimpi dari segi emosi, bunyi, bauan dan sentuhan.

 
14. Selepas 5 minit terjaga, anda akan terlupa hampir 50% dari mimpi anda malam tadi, dan selepas 10 minit, 90% akan hilang.
 
 

Kutipan daripada : http://kibarkidz.kibar-uk.org/wp-content/uploads/2011/10/wake_up_ina.jpg

 
 
semoga tidur kita malam ini, tidur orang yang faham..

Jangan lupa baca doa tidur ya..

 


By : Brabus Rocket

 

 

 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain