Monday, November 19, 2012

we concern, we care

Assalamualaikum wbt


Kaifa halukum semua? Cuti anda bagaimana? Penuh dengan ‘rehat’ atau sebaliknya, tepuk dada Tanya diri sendiri ya =)

Masih belum terlewat untuk saya ucapkan Salam Maal Hijrah 1434 kepada semua. Semoga ‘tahun baru’ ini membawa lebih banyak perubahan buat diri kita. Hijrahkan sikap! 

Ketika umat Islam sedang seronok meraikan Maal Hijrah, beratus- ratus ucapan dan doa di Facebook, Twitter, bumi GAZA kembali gempar dengan serangan dari rejim Zionis Israel. Facebook dibanjiri dengan ‘update’ tentang situasi umat Islam di sana. Tidak kurang juga ‘update status’ doa buat saudara kita di sana. Serangan ‘boikot’ bermula di facebook, kecoh isu boikot McD dan sebagainya. Demonstrasi turut dijalankan sebagai tanda protes terhadap serangan. 

Pandangan peribadi saya, Alhamdulillah umat Islam seluruh dia cakna dengan isu semasa, ramai yang menunjukkan keprihatinan terhadap saudara kita di bumi Gaza, Syria, Rohingya dan lain- lain. Teruskan dengan sikap ambil berat ini kerana kita adalah bersaudara. 

Mafhum hadith riwayat Tabrani menyebut : 

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat perihal saudara muslimnya yang lain, dia bukan dari kalangan mereka." 

Jadi apa yang kita boleh lakukan untuk membantu umat Islam di sana? 

BOIKOT

*www.google.com*

Yang sedihnya apabila ada segelintir manusia menganggap usaha yang tidak seberapa ini sebagai sesuatu yang membuang masa. 

“Boikot McD aje watpe, duk kat umah minum gak Milo, produk Nestle, Yahudi punye gak” 

“Sibuk duk boikot, bleh lawan Israel ke? Ape je bleh tolong?” 

Begitulah serba serbi ayat yang dilontarkan yang kadangkala sakit mata, hati bila membaca. Logikah kita nak boikot memboikot ni?

Mari hanyati kisah Nabi Ibrahim a.s ketika dibakar Namrud. Seekor burung kecil berulang alik mengambil air menggunakan paruhnya yang kecil untuk cuba memadamkan api yang marak. 

Makhluk Allah yang lain bertanya "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.” 

Lalu dijawab oleh burung berkenaan, 
"Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” 

Mungkin usaha kecil kita itu Nampak sia- sia. Tapi sia kita untuk menilai? Biar Allah lakukan kerjaNya, yang penting apa usaha yang kita buat tak melanggar syariat dan yang paling penting, IKHLAS. 

 “Jom boikot SEMUA barang- barang yang menyumbang kepada ekonomi Israel laknatullah! “ 

Habis semua barang dibuang kalau begitu, termasuklah dengan telefon bimbit jika anda memakai jenama Nokia. Apa yang ingin saya katakan ialah usaha. Yang penting usaha semampu kita. Memanglah nampak kecil, tapi kalau ramai buat akan tetap memberi impak yang besar bukan? 

DOA

Allah telah berjanji kepada hambanya yang apa pun jua doa yang kita minta akan diperkenankan,
samada sekarang, esok, lusa, bulan depan atau pun
tahun depan tetapi BERSYARAT. Mengikut kata-kata Ulamak ~ syarat-syaratnya ialah :

1.Yakin sepenuh hati yang doa kita akan dimakbulkan oleh ALLAH.
2.Ibadah FARDHU yang lain ditunaikan.
3.JANGAN ada dalam diri kita unsur-unsur HARAM!
4.Dimulai dengan 'HAMDALLAH' iaitu kata-kata
   pujian bagi Allah dan diakhiri dengan BERSELAWAT
   ke atas Nabi.
5.Berdoa dengan cara yang betul ( bukan dalam bentuk
   nyanyian atau sebagainya)

Yakinlah dengan kuasa Doa kerana doa itu senjata Muslim. Jom sama- sama kit abaca qunut nazilah. Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.
*www.darulmurtadza.com*
Cara Membaca Qunut Nazilah:-

Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.
Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut.
Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

-Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
-Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
-Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah

 
Kata  Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani :
“‎Nasihatilah dirimu terlebih dahulu barulah kemudian menasihati orang lain. Kamu harus lebih memperhatikan nasib dirimu. Janganlah kamu menoleh pada orang lain sedangkan dalam dirimu masih ada sesuatu yang harus diperbaiki.” 

Post ini bukanlah bertujuan untuk menyindir siapa- siapa, untuk tunjuk hebat atau mencari publisiti, tapi hanya sekadar perkongsian rasa saya mengenai isu semasa. Moga apa yang saya tulis, bukanlah tulisan semata- mata, tetapi juga untuk mengingatkan diri sendiri dan perkongsian buat semua.  

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”(al- Asr : 1- 3) 

Semoga Allah memberi sinar harapan buat umat Islam di bumi Palestin, Syria, Ronghinya dan seluruh muka bumi. 

Sesungguhnya, janji Allah itu pasti.
 salam mujahadah,
conan canon
sumber rujukan artikel, gambar, sekalung budi terima kasih :
tintamumtazah.blogspot.com/
http://ammy11.blogspot.com 
http://www.islam.gov.my/panduan-qunut-nazilah-0 
http://sitik.wordpress.com/category/tasawuf/mutiara-kata-syeikh-abdul-qadir-al-jailani/ 
http://www.facebook.com/ 

Indahnya Ukhuwah Yang Dibina


Indahnya Ukhuwah Yang Dibina


Ukhuwah adalah ikatan jiwa yang melahirkan perasaan kasih sayang, cinta, dan penghormatan yang mendalam terhadap setiap orang, di mana keterpautan jiwa itu ditautkan oleh ikatan akidah Islam, iman dan takwa.
Persaudaraan yang tulus ini akan melahirkan rasa kasih sayang yang mendalam pada jiwa setiap muslim
Dan sebaliknya dengan ukhuwah juga akan terhindari hal-hal yang merugikan dengan menjauhi setiap hal yang dapat mendatangkan kerugian bagi orang lain, baik yang berkaitan dengan jiwa, harta, kehormatan.
Allah berfirman (artinya):
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.” (Al Hujurat: 10)
Rasulullah bersabda:
اَÙ„ْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ُ Ù„ِÙ„ْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِ ÙƒَالْبُÙ†ْÙŠَانِ ÙŠَØ´ُدُّ بَعْضُÙ‡ُ بَعْضًا
“Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya adalah laksana bangunan yang saling menguatkan bagian satu dengan bagian yang lainnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud:
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri." (riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitulah keindahan Islam yang sebenar.Jauh dari unsur 'selfish' sehinggakn kasih sesama saudara menjadi syarat untuk mencapai kesempurnaan iman.

Jadi sebagai umat Islam,kita hendaklah menyahut seruan ini.Cuba kita praktikkan perkara di bawah.semoga dengan cara ini ukhuwah yang terjalin akan bertambah manis dan kukuh.

1.Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu.
  Sabda Rasulullah:
  "Jika seseorang itu kasih akan saudaranya,beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya."(Abu Daud dan Tarmidzi)


2.Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.
  Umar al-Khattab r.a berkata,
"Saya minta izin kepada baginda Rasulullah s.a.w untuk mengerjakan umrah.Baginda Rasulullah s.a.w membenarkan dan berpeasan,"Jangan lupa berdoa untuk kami bersama."(Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).

3.Segeralah bersalam apapbila bertemu.
  Sabda Rasulullah s.a.w,
  "Tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah."

4.Bermanis muka apabila bertemu.
  "Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil,sekalipun bermanis muka ketika  bertemu dengan kawan-kawan".

5.Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menggembirakan hatinya.
  "Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menggembirakan,nescaya Allah akan menggembirakan pada hari kiamat."

6.Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna
 Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:
 "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripda kesusahan-kesusahan dunia,Allah akan melapangkan orang itu,satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat.Dan siapa yang memudahkan orang yang susah,Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.Siapa yang menutup keaiban orang Islam,Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat.Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."(Riwayat Muslim)


Begitulah keindahan agama Islam kita yang tercinta ini,sehinggakan untuk mencapai kesempurnaan iman,ukhuwwah ini dijadikan salah satu daripada syaratnya.

Mutiara Kata...Renung-renungkanlah.... 
  • Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada anda,bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda 
  • Supaya engkau beroleh sahabat,hendaklah diri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang (HAmka)
  • Sahabat ketika suka ramai,namun sahabat ketika duka amat sedikit,itulah yang dipanggil sahabat sejati dan beruntunglah sesiapa yang mempunyai sahabat seperti ini...
 Wallahua'lam ....

(al-musytaq)

Monday, November 5, 2012

SEMUT : Walaupun dirimu sensatif , tapi banyak naratif


                Suasana konvensional pagi terasa sentiasa indah, Sang Mentari yang samar-samar kelihatan kerana masih diselimuti kain kabus yang tiga inci tebal agaknya.. SubhanaAllah!! Alhamdulillah!! Itulah suara-suara yang terjerit dari hati kecilku. Masakan tidak, hari ini aku bisa menghirup udara segar di luar bilik setelah berhari-berhari bertapa di dalam ruangan itu, berkomunikasi dengan buku-buku serta alat-alat tulis yang comel. Letih !!
                Sedang aku syok menikmati kelazatan masakan air tangan Kak Noni, tiba-tiba melihat satu barisan semut berkawad di tepi dinding. Mereka begitu rajin, tak terputus barisan bila berjalan, dan tiada satu pun yang  give up dalam perjalanan mereka. Tertarik lagi apabila melihat mereka seperti mengenali satu sama lain apabila  bertemu, mereka seakan-akan bercium dan bersalaman. Mungkin kerana formic acid dalam badan mereka, kerana itu mereka bisa mengenali spesis mereka.
                “Hurm, Adik Nadhira, kenapa Allah ciptakan serangga yang kecil macam semut tu?” Tanya aku kepada seorang adik yang duduk menghadap aku sambil jariku menunjuk ke arah semut-semut tadi.
                “Cuba akak tengok, mereka rajin walau tubuhnya kecil, mereka kuat apabila berkoloni dan mereka juga antara haiwan yang selalu memuji Allah.” Jawab Nadhira spontan.
                “ Yup! Benar sekali, semut juga antara haiwan yang terbanyak dalam dunia, seorang manusia nisbahnya sejuta semut.! Kalau macam tu, banyaknya kalimah-kalimah Allah yang diagungkan oleh ciptaanNya setiap hari.” Sambungku tentang profil diri semut.
                “SubhanaAllah!! Sebab tu kita tak boleh sewenang-wenangnya membakar sarang semut, seperti kisah seorang Nabi yang membakar sarang semut dek kerana seekor semut mengigitnya.” Cerita Nadhira kayak mebelek helaian sirah.
                “ Ia benar, Adik Nadhira pernah dengar tak kisah seekor semut dengan Nabi Sulaiman?” tanyaku, mahu merancakkan bual santai kami.
                “ Yang mana tu akak? Adik dah lupa..Heheh.” balasnya dengan nada yang malu tapi mahu.
                “ Ceritanya bermula begini…………………….







                     " Begitulah iman seekor semut, Hebat bukan??" tanyaku kepada Nadhira sekadar mahu memberhentikan lamunannya dengan cerita tadi.
 
                     " Benar-benar! Sebab itulah  kita kene cari hikmah dalam setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita, tidak kira sekecil manapun semut atau sebesar manapun seekor gajah, pasti ada barangan hilangan dalam cerita mereka.." syarah Nadhira.

                “Nadhira! Tengok tu, ada semut dalam mee goreng akak! “ Jeritku kerana terperanjat.
                “Takpe-takpe, akak buang je bangkai semut tu, lepas ni boleh la makan. “ jawab Nadhira dengan senyuman, mahu meleraikan ketegangan aku.
                “Erk.. boleh ke?? Makanan ni jadi kotor ke tak?? Akak geli nak makan.” Jawabku.
                “InsyaAllah tak kotor sebab Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin (1/438) juga menegaskan bahwa apabila semut atau lalat terjatuh ke dalam periuk makanan, maka tidak harus menumpahkan dan membuang semua makanan yang ada dalam periuk makanan tadi, karena yang dianggap menjijikkan adalah fisik bangkai semut atau lalat tadi, sejauh keduanya tidak mempunyai darah maka tidak najis, ini juga menunjukkan bahwa larangan makan keduanya karena dianggap menjijikkan.” Terang Nadhira panjang lebar.
                “Ooo.. begitu. Terima kasih Nadhira, akak segan dengan awak..” aku mengiyakan sambil menyuap mee goreng ke dalam mulutku kerana kagum dengan penerangannya persis seorang peserta dalam rancangan reality TV, Dai.
               
            Kami tersenyum dan seraya berkata :

                 "Walaupun dirimu sensatif , tapi banyak naratif !! "


adaptasi cerita kami,
Brabus Rocket. 





Sunday, October 28, 2012

TAHUKAH ANDA?






1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?


 

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?







6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.



 

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?


 

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?




17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …


23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?
 
25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?


 

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?






tahukah anda bahawa doa itu lebih hebat dari nuklear buatan yahudi?
doa merupakan senjata dari Tuhan buat umat Islam..

Great Power come with great responsibility

Great Ummah have the great Taklifat in this world..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain