Sunday, March 25, 2012

PTPTN bakal dimansuh? Benarkah?

Bismillahirrahmanirrahim...


Berikutan situasi pelajar dalam era kemajuan kini yang sentiasa dihimpit masalah kewangan. Terutamanya kita sebagai pelajar institut pengajian tinggi. Kali ini admin akan berkongsikan tentang isu PTPTN.


Pakatan Rakyat digesa menunaikan janji untuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Buku Jingga dan manifesto pilihan raya.


Pemuda Parti Sosialis (PSM) Malaysia, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden dan dua lagi kumpulan anti-PTPTN berpendirian bahawa mereka berharap pemimpin Pakatan akan menunaikan janji yang dibuat oleh ketua pembangkang.


azlanDatuk Seri Anwar Ibrahim semasa berdialog dengan mahasiswa di Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu berjanji akan memastikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti, sekali gus memansuhkan keperluan untuk PTPTN.


Pemuda PSM kumpulan itu juga berkata, sebagai pihak yang mendokong agenda pendidikan percuma, mereka sedia bekerjasama dengan Pakatan bagi tujuan itu.


Kumpulan itu juga menegaskan, pendidikan merupakan hak asasi manusia dan ia mesti bebas daripada bebanan dan diberikan secara percuma.


"Kami berpendirian bahawa sistem sekarang dalam bentuk pinjaman PTPTN yang ditawarkan membebankan mahasiswa.


"Ia menyebabkan mereka berhutang memberi kesan serius kepada kehidupan mereka selepas tamat universiti," kata kenyataan itu lagi.



Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Anwar pada 23 Mac sekali lagi mengulangi janji itu dalam ceramah di Port Dickson.


Malah, katanya, tindakan itu akan dilaksanakan serta merta selepas menawan Putrajaya.


"Semasa saya menjadi timbalan perdana menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa.


"Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.


"Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan," beliau dipetik sebagai berkata dalam ceramah di Lukut, Negeri Sembilan pada 22 Mac.


Sumber : MalaysiaKini




Semoga apa yang diperkatakan oleh pihak yang bertanggungjawab akan ditunaikan agar tidak lagi membebankan hidup para pelajar.


~Islam Itu Indah~

Friday, March 23, 2012

ceritera sang semut


Di ceritakan Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Sulaiman pun mencadangkan,"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".Nabi Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, diletakkan dalam bekas dan menutupnya. Semut itu ditinggalkan di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut,"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut,"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". 

Cuba kita renung kisah ini..betapa yakinnya makhluk kerdil ini pada rezeki ALLAH.Kita sering bersedih andai apa yang kita inginkan tidak mampu kita miliki. Kadang-kadang terbit rasa iri dalam hati  bila melihat orang lain menggenggami apa yang kita tidak perolehi. Nak atau tidak...walaupun hanya secebis perasaan sebegitu. Mungkin kita terlupa, atau lalai sebentar bahawa Yang Memberi itu hanyalah Satu, kerana terlalu ditutupi sifat keinginan tersebut. Kita lupa bahawa Dialah yang mengatur semua rezeki hambaNya.

"Dan, di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu."(Al-Dzariyatt: 22)

Jika memang yang memberi rezeki itu adalah Allah,mengapa manusia itu harus merendahkan diri di hadapan orang lain hanya kerana ingin mendapatkan rezeki dari sesama manusia? "Dan, tidak ada suatu binatang melata pun di muka bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya."(Hud: 6) .

Yakinlah bahawa setiap kita telah ditetapkan rezeki masing-masing.
Ayuh sahabat sekalian!Berbanggalah dengan apa yang kita ada sekarang, jangan bersedih dengan apa yang kita tidak punyai.Serahkan hari esok dan akan datang padaNya.Andai kita berharap pada Hamba,sudah tentu mereka pasti mensia-siakan kita. Allah berfirman yang bermaksud.."Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya. Dan apa saja yang Allah tahan, maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu”

~Ikhlaskan diri meskipun pahit untuk kita menelannya kerana kebahagiaan setiap jiwa itu datang dariNya~

Wednesday, March 21, 2012

REVOLUSI SYRIA

Bismillah..

Insya-Allah kali ini admin ingin menceritakan sedikit gambaran situasi yg berlaku di Syria sekarang ini...


Punca Revolusi.

Puncanya berlaku apabila ada sekumpulan kanak-kanak dalam 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN.
Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang berevolusi.
Mengetahui perihal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini.Mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka . Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak-kanak  yang lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini. Perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan. Lantas berlakulah revolusi di Syria.



Rakyat Marah.


1) Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas.
2) Jumaat lepas, labih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.
3) Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.
4) Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
5) Rakyat Mahu Presiden Dihukum. Itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.

Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Asad)

1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat.
2) 39000 orang telah cedera. Mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3) Membunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
4) 9000 tahanan ditahan.
5) 413 orang telah syahid didalam penjara.
6) Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni, telah ditangkap dan dia diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Beliau melawan, akhirnya terbunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!
8 ) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!


Info Tambahan


1)Pegawai di Kementerian Luar Turki mendakwa, bilangan tentera Syria yang berpaling tadah hampir 60,000 orang. Menurut sumber tersebut, berdasarkan maklumat perisikan negara Turki, seramai 20,000 tentera berpaling tadah pada bulan lalu manakala 40,000 lagi bilangan mereka yang berpaling tadah sebelum 20 Februari 2012 lalu. Menurut sumber berkenaan, bilangan anggota tentera Syria seramai 295,000 orang berdasarkan kajian Institut Kajian Strategik yang berpusat di London.

2)Tentera Basyar Asad sedang menjaga Berhala Hafiz Asad di bandar Raqqa kerana bimbang orang ramai yg keluar berdemo akan merobohkan berhala tersebut, dam memang terbukti pd hari Jumaat 17/3/2012 seramai 200,000 orang telah keluar berdemo bg menghantar jenazah Syuhada' yg terbunuh, dalam selepas pengkebumian mereka bergerak ke Berhala tersebut untuk merobohkannya .tetapi mereka di tembak oleh tentera Basyar yg menjaga berhala tersebut dan hasilnya seramai 7 org gugur syahid insyaallah dan berpuloh lagi cedera..
Mereka Yg Syahid..


Hayati kata-kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna ini:

"Islam pasti akan bangun & Daulah Islam pasti tertegak di muka bumi ini, bila & di mana bukanlah persoalannya, tetapi adakah KITA tergolong dalam golongan yang menyumbang kepada kebangkitan ISLAM itulah yang perlu ditanya."


Sumber:
-P E R K O N G S I A N  A N T A R A B A N G S A  ‘R E V O L U S I  S Y R I A’
AL-SYEIKH DR. KHALED HASAN HINDAWI
(Pembantu Khas Al-Syeikh Dr. Yusof Al-Qardawi)
-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain