Sunday, February 26, 2012

Cinta Dunia

Bismillah..

Kebanyakan dari kita hari ini tidak pernah berhenti memikirkan kehidupan, mengira harta kekayaan, memikirkan pangkat dan sebagainya...seolah mereka hidup selama-lamanya. Cuba kita bertanya kepada diri kita bilakah kali terakhir kita menziarahi kubur?

Cuba fikirkan? Apa yang kita dengar di sana? Adakah penghuninya bersuka ria dan bergelak ketawa? Sudah tentu jawapannya tidak. Semuanya diam membisu...kecuali teriakan dan tangisan mereka yang diazab oleh Munkar dan Nakir.

Pernahkah kita merasakan bahawa kita juga bakal mendaftarkan diri untuk menjadi ‘penghuni kubur’?

Kita sentiasa suka apabila diajak berbicara tentang perkara duniawi, berhibur dan sebagainya. Tetapi, bila diajak berbicara tentang perkara ukhrawi..anda mengatakan bahawa anda sibuk..tiada masa untuknya. Bahkan, segala perkara berkaitan hidup kita disediakan dengan cukup rapi dan teratur. Tetapi apa persediaan kita untuk mati???

Ingatlah, kita bakal di tanya oleh Allah SWT tentang umur kita..“ke mana kita telah habiskan?”... Barangkali, apakah jawapan anda? 

Tepuk dada,tanya Iman..

Sedarkah kita bahawa segala kelengkapan jenazah telah siap dibuat untuk kita? Kain kafan, kapur barus, keranda dan batu nisan semuanya telah tersedia buat kita..Hanya menunggu masa sahaja. 

Jadi, adakah kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan Izrail??? Dia datang tanpa di undang, tanpa sedar..sedang kita terleka dibuai kemewahan dan keseronokan duniawi. Fikir-fikirkanlah...

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “Banyak-banyaklah kamu mengingati kejadian yang akan menghancurkan segala kelazatan iaitu maut (mati).” (Hadis riwayat At-Tirmizi) 

~By Mujahid91~
-Islam Itu Indah-

Pilihlah aku kerana ikhlas!


Sejenak kita renungkan

Semoga ada ikhtibar yang kita dapat ambil bersama dalam melayari 


bahtera kehidupan.

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat 


kejahatan orang lain.  Demikian kata2 hukama yang menerjah ruang 


fikiranku.  Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan.. bisik 


hati kepada diri sendiri.  Justeru, mata, telinga dan indera yang lain 


masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang 


lain.  Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu 


cepat, diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan 


kepalang.  Tanpa sedar riak bertandang.  Terasa ingin dipamerkan 


segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan 


anugerah manusia.  Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri.  Padahal 


nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu.  Apatah 


lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu.  


Dan manusia pun akhirnya akan memandang sinis dan loya dengan 


‘aku’ mu.

Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah 


pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa.  Walaupun sesiapa di mata 


tetapi di hati masih mengharap-harap amal yang kononnya 


disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia.  Ah, alangkah indah 


rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu 


diheboh-hebohkan pula.  Ah, hebatnya dia! Begitu kata sanjung 


yang dijunjung.  Pada ketika itu hati pun berbunga.  Aduh, sum’ah 


lebih dasyat tipuannya daripada riak.

Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga 


yang tidak kurang hebatnya... ujub! Takjub dan berasa hairan 


terhadap diri sendiri.  Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan 


bersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri.  


Betulkah ini aku? Alangkah hebatnya.  Terasa diri bagaikan wali 


apabila amal ibadah mengatasi orang lain.  Aku bukan manusia 


biasa.  Aku tinggi mengatasi semua.  Ujub hakikatnya lebih sukar 


dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

Bukan mudah untuk ikhlas.  Semakin dicari terasa semakin misteri.  


Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH.  Melakukan 


sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas.  


Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak 


ikhlas.  Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi 


sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. 


Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah.  Perjuangan untuk ikhlas 


terlalu seru dan keliru.  Bantu aku, memahami dan menangani rahsia 


ini.

Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat.  


Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati.  Buatlah apa 


sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam 


mentari.  Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu.  Jangan 


mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal.  Beramallah 


walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak 


dan sum’ah.  Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup.  


Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya 


bertanya, “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir 


tetapi hatiku masih lalai?” Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban 


hati itu pun berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana 


sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata 


yang kotor dan sia-sia.”

Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah 


kepadada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang 


mengerjakan solat tetapi masih mencuri.  Lalu Rasulullah 


menegaskan solat itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya 


yang buruk itu.  Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, 


ingatlah itu bukan alas an untuk tidak dan berhenti melakukan 


kebaikan.  Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana 


kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.

Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam.   


Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak 


dipermukaannya.  Namun, aku juga hamba ALLAH yang berhak 


menuju-NYA.  Ketika aku keliru, tunjukkanlah.  Ketika aku lemah, 


perkukuhkanlah.  Ketika alpa, ingatkanlah.  Hanya Dikau wahai 


ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahkan rasa 


ikhlas itu.  Padaku hanya tadbir..pada-Mu segala takdir.  Bantulah 


aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu.




Pilihlah aku untuk ikhlas.. Amin!

[Us. Pahrol Md Juoi]

-Islam Itu Indah-

Wednesday, February 15, 2012

Pandangan Allah atau Manusia?


“Tak puas hati betul aku dengan dia tu, tak sedar diri, dia pun bukannya baik sangat, nak tegur-tegur aku…”

“ Suka hati aku la, kubur lain-lain, kau buat apa nak susah pasal aku, kau siapa?”

“Ish, rimas betullah, kena pakai stoking segala bagai, nak kena pakai inner, panas tau tak…”

“Alamak, spot check la pula… Tak ada kerja lain ke?”

Apakah itu yang terlintas di hati kamu tatkala ada orang yang menegur, memerhati atau meng’spot check’ kamu?

Ketahuilah bahawa mereka-mereka ini sayang kepada kamu. Mereka ini sangat mengambil berat tentang kamu dan mahu kita semua menjadi manusia yang taat pada perintah Allah SWT serta ingin kita semua sama-sama menuju syurga Allah.

Ya, benar, mereka bukanlah sempurna. Mereka juga punya kelemahan. Tetapi, sekurang-kurangnya, mereka punyai usaha untuk membaiki kelemahan. Mereka tidak malu, tidak segan untuk menyebarkan cinta Ilahi di muka bumi ini. Mereka adalah orang-orang yang diredhai Allah. Allah sayang kepada mereka yang berusaha mencari redha-Nya. Itu PASTI! Jika kita suka pada orang yang Allah sayang, tak ke untung? Kita juga dapat tempiasnya.

Bersangka baik lah kepada mereka. Mereka ini adalah orang-orang yang punyai kesedaran untuk merawat umat ini yang sedang sakit. Mereka ini doktor kepada penyakit akhlak. Mereka ini tidak mendapat sebarang upah atau bayaran, hanya mengharap keredhaan Allah SWT. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang kepada kamu.

Bukankah sangat beruntung apabila ada orang yang menegur kita? Itu tandanya, Allah masih sayang pada kita, masih punya belas terhadap kita. Terimalah dengan senang hati kerana itu peluang untuk kita membaiki diri.

Susah?

Tak perlu risau. Yakinlah Allah bersama kamu. Bukankah cinta Allah itu yang terbaik untuk kita? Jika ditanya, “Adakah kamu sayang Allah?”. Pastilah kamu akan menjawab “Ya, saya sayang Allah,” adakah sesuatu yang susah untuk melakukan sesuatu untuk orang yang kamu sayang? Jika kamu sayang kepada ibu bapamu, pasti kamu akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk mereka. Belajar dengan tekun untuk membahagiakan mereka. Apatah lagi kepada Allah. Dialah yang mencipta ibu bapa kamu, orang yang kamu sayang! Bukankah sepatutnya kamu lebih berusaha untuk buat yang terbaik untuk Allah? Dia yang mencipta segala-galanya, sehingga setiap nafas yang kamu hirup pun, Dia yang kasi,tau!

Apa orang kata…??

Mana yang lebih penting, pandangan Allah atau manusia?

Siapa yang akan hisab amalan kamu di akhirat nanti, Allah ke manusia?

Siapa yang bagi kamu makan, Allah ke manusia?

Siapa yang sayang kamu lebih, Allah ke manusia?

Mana yang lebih baik, ikut perintah Allah ke, tinggalkan perintah Dia?

Kamu fikirlah ye, mana yang kamu rasa lebih baik…
Oh, ya! Lupa pula, akal yang kamu guna untuk berfikir itu pun daripada Allah tau!(^_^)

-Islam Itu Indah-

Monday, February 13, 2012

Awas Valentine!!!

Fenomena sebahagian remaja hari ini yang menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan kita sebagai umat Islam. Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT. Ini kerana ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.

Berdasarkan kepada pandangan sebahagian besar tokoh-tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama umatnya. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah SAW. Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi yang dinamakan sebagai perkahwinan. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun. Ingatlah bahawa kasih sayang yang utama adalah hanya kepada Allah SWT, rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya. Kasih sayang berlandaskan keimanan akan melahirkan cahaya keinsafan kepada hakikat diri dan pencipta-Nya sehingga sanggup berkorban dan mampu menundukkan hawa nafsu jahat.

Firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 207:
Bermaksud: “ Dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.”

Selaku Muslim yang bertanggungjawab, ayuh sahabat2 kita sama berpesan kepada rakan2 kita, ahli keluarga kita dan seluruh masyarakat Islam tentang haramnya Sambutan Hari Valentine. Semoga dengan usaha kita yang sedikit ini dapat menyelamatkan akidah umat Islam dan sekaligus menegakkan amar maa’ruf dan nahi mungkar dalam kalangan umat Islam kita hari ini. Wallahua’lam...

Wednesday, February 8, 2012

Kematian yang kau tangisi

Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka di atas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah di syurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

- As-Syahid Syed Qutb

-Islam Itu Indah-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain