Monday, September 12, 2011

IBRAH TRAGEDI 11 SEPTEMBER


10 tahun dahulu 11 September telah mengubah landskap politik dunia. Berbagai telahan konspirasi yang dibuat oleh manusia selepas kejadian 11 September tetapi yang pasti selepas detik itu Islam menjadi musuh paling utama di dunia selepas mereka berjaya meruntuhkan Komunis. Islam diasak dari atas, bawah, kiri dan kanan oleh 1Dunia untuk memastikan Islam juga akan hancur sebagaimana hancurnya Komunis. Mereka tidak akan berputus-asa sehinggalah mereka melihat tubuh umat Islam berkecai di depan mata mereka. Rentetan tragedi itu, saudara seislam kita di Iraq dan di Afghanistan merasai kesengsaraan sehingga hari ini.

Mereka silap Islam bukan fahaman seperti Komunis atau Demokrasi atau Kapitalis tetapi Islam adalah agama yang dibawa Manusia Agung Rasulullah SAW. Seluruh alam ini dicipta oleh ALLAH SWT hanya kerana adanya MUHAMMAD SAW kekasihALLAH SWT.
11 September sebenarnya bukan saat kehancuran Islam tetapi saat Islam berkembang dengan pesat di seluruh dunia. Beratus ribu manusia telah mendapat HIDAYAH selepas 11 September. Mereka yang mendapat HIDAYAH ini sangat taat pada Islam walaupun dimasa yang sama ramai manusia yang dilahirkan dalam Islam murtad meninggalkan Islam.
Semoga video 11 September boleh menjadikan iktibar kerana janji ALLAH SWT setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Hanya mereka yang sabar dan redha dengan ujian ALLAH SWT akan berjaya dunia dan akhirat.
Firman ALLAH SWT “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Surah Al Baqarah 2:30)

CUKAI PERKHIDMATAN 6%:.DI MANA HAK KAMI SEBAGAI PELAJAR???


Keputusan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus (6%) ke atas pembelian tambah-nilai prabayar dan pek atau kad SIM yang bakal berkuatkuasa pada 15 September ini benar-benar membebankan golongan marhaen(kurang berkemampuan).
Ini bererti, pengguna yang membeli tambah-nilai prabayar bernilai RM10 selepas ini terpaksa membayar RM10.60, iaitu dengan kos tambahan sebanyak 60 sen.
Alasan syarikat telekomunikasi bahawa caj tambahan sebanyak 6% ini merupakan ‘cukai perbelanjaan’ adalah tidak bertanggungjawab kerana ianya secara langsung telah menambahkan beban pengguna terutamanya golongan muda, pelajar universiti, pekerja kilang dan rakyat berpendapatan rendah.
Sebelum ini, peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) telah merekodkan keuntungan sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011. Nilai keuntungan ini meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu dan dijangka akan mencatatkan keuntungan berlipatganda untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2011 kesan dari pelaksanaan ‘cukai perbelanjaan’ ini.
Pelaksanaan cukai ini membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak serius dalam mengurangkan bebanan rakyat dan ini jelas bertentangan dengan prinsip pentadbiran kerajaan yang kononnya “mendahulukan rakyat”. Kerajaan juga kini dilihat hanya bertindak “mendahulukan” syarikat-syarikat korporat dalam banyak hal dan ini terbukti menerusi pembiayaan subsidi dengan jumlah besar kepada syarikat-syarikat penjana kuasa bebas (IPP).
Sebaiknya, pihak kerajaan dan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia mengkaji dan membatalkan semula keputusan ini dengan mengambilkira jumlah keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sebelum ini serta bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain