Saturday, July 31, 2010

Would you marry you?



My…isn’t an interesting question! An article had ask me to think of all my own behaviours and habits and ask myself this one, vital question:

~If I met a person (i.e myself) who had this list of characteristics, behaviours and attitudes, would I marry her/him?~

This method is excellent. Hmmm…would I marry me? Surprisingly, I found my honest self saying, “Maybe.” Instead of, “Definitely,” or “Of course!,” So, I then asked myself what thing I should do to help me to change my answer from a maybe to a definite Yes? And so I started creating another list like:

~Would I befriend me? Would I trust me? Would I love me? Would I student me? Or Would I daughter me?

In other word you can rephrase the question like Would I take me as a friend? Would I trust a person like me? Etc

Allah our creator, has told us the importance of taking the responsibility for our actions:

(To any of you that chooses to press forward, or to follow behind every soul will be (held) in pledge its deeds) (Al-Muddathir 74: 37-38)

Subhanallah. We will be asked by Allah to account for our individual actions, and the most important thing we will be that we are responsible and accountable for them. Responsible and accountable.

This means that I should modify whatever behavior is not desirable, right? Change it with my hands. Unless I change my own behaviors with my own actions,they will remain the same. Allah will not change for me, if I, myself, refuse to change what I do, or who I am, right now. It’s all up to me

But then Allah had told me if I doa actually turn to Him, then He would give me this….

(Turn towards Allah, O believers, every one of you, so that you may be successful) (An-Nur 24: 31)

Just a simple tips:

Change. Turns towards Him. And be successful.

Thursday, July 22, 2010

Study last minute??


14 July 2010 3 Komen

Syamil : Esok exam butsuri (Fizik) kan?

Bikai : Haah. Malam ni aku datang rumah kau la, kita study sama-sama.

Syamil : Nak study butsuri?

Bikai : Ye la, dah esok exam butsuri, takkan nak study matematik pulak!

Musim peperiksaan adalah musim yang ajaib. Satu-satunya waktu dalam kehidupan yang menyatukan (hampir) seluruh hati dan kepercayaan pelajar. Kita boleh berbeza pendapat tentang pasukan bola mana yang akan menang ketika Piala Dunia. Kita boleh berbeza pendapat tentang artis mana yang akan menang Anugerah Juara Lagu. Kita boleh berbeza pendapat tentang kohai (junior) mana yang paling comel. Kita boleh berbeza pendapat tentang couple itu halal atau haram.

Tapi, kita semua akan sependapat, jika esok ada exam Matematik, maka malam itu kita harus study matematik. Jika esok ada exam Thermodynamic maka malam itu harus kita study Thermodynamic.

Adakah ketika itu kita menafikan kepentingan ulangkaji subjek-subjek lain?

Tidak!

Bahkan kita mengatur jadual ulangkaji mengikut prioriti. (lebih-lebih lagi bagi pelajar yang study last minute)

.

Fly Ke Jepun

Sunnah bagi sebuah kejayaan adalah pada keupayaan kita menetapkan prioriti dalam menyusun kehidupan.

Teringat ketika mahu terbang ke Jepun dahulu. Asalnya had yang ditetapkan untuk bagasi ialah 20 kg, namun dengan adanya kad tertentu, had bagasi boleh ditambah menjadi 30 kg. Maka bergegas pelajar-pelajar menyiapkan kad tersebut.

Kemudian, untuk mengisi bagasi juga menjadi satu masalah. Apa yang hendak diisi?

Buku? Rempah ratus? Pek makanan segera (Brahim dan sebagainya)? Lesung batu? Periuk nasi elektrik? Baju? Kasut sukan, kasut jalan, kasut high heels, sandal, selipar jepun? Budu? Serunding?

Jika difikir-fikirkan, semua perkara nampak penting. Lebih-lebih lagi serunding, budu dan sebagainya tidak akan didapati di Jepun kelak. Namun pilihan harus dibuat dengan mengutamakan benda yang penting sahaja untuk memastikan had tidak melebihi 30 kg. Sungguh menyusahkan jika seorang pelajar ingin mengangkut segala barangan remeh temeh dalam kembaranya menuntut ilmu.

“Hiduplah kamu di dunia seolah-olah kamu ini warga asing atau pengembara di sebuah perjalanan”

Begitu juga yang dipesan agama ini. Hidup ibarat kembara. Maka dalam kembara ini, apakah barang yang anda pilih untuk diletakkan dalam bagasi anda?

.

Batu

Menentukan keutamaan (awlawiyyat) dalam kehidupan ini sangat bergantung dengan sistem nilai. Sistem nilai akan menentukan sesuatu itu berharga atau tidak di mata kita.

Pernah dengar kisah sebuah bekas, batu besar, batu kecil, pasir dan air? Jika hendak mengisi kesemua benda tadi di dalam sebuah bekas, harus dimulakan dengan batu besar kemudian diikuti batu kecil, pasir dan air. Jika tidak bekas tadi tidak muat untuk diisi dengan semua benda tadi.

Begitu juga dengan kapasiti masa yang kita ada. Harus diisi dengan perkara besar sebelum perkara kecil dan lain-lain.

Bagaimana jika perkara-perkara itu ialah menghadiri usrah dan program?

Bagaimana jika ia adalah membelanjakan duit untuk menziarahi rakan?

Bagaimana jika ia adalah turun solat berjemaah?

Bagaimana jika ia adalah menonton TV untuk melihat perkembangan semasa?

Bagaimana jika ia adalah membelanjakan duit untuk membeli kereta untuk dibawa pulang ke Malaysia?

Bagaimana jika ia adalah membelanjakan duit untuk infak Palestin?

Bagaimana jika ia adalah membeli pakaian baru?

Yang mana satukah menjadi perkara besar atau kecil? Apakah yang membesarkan dan mengecilkan sesuatu perkara itu?

Itulah sistem nilai kita.

Jika usrah, solat berjemaah dan infak harta dipandang sebagai sesuatu yang kurang berNILAI, ia akan menjadi perkara kecil.

Apa yang besar?

Rancangan kegemaran di televisyen?

Mencari aksesori kereta di setiap hujung minggu?

Mengejar harga murah di Yahoo Auction?

Apa yang bernilai dalam hidup anda ini?

.

Mati

Menentukan nilai sebuah kehidupan, perlu dimuhasabahkan dengan hakikat kematian. Kerana suka atau tidak, kehidupan itu akan menuju pengakhiran dan pembalasan.

Kerana itu perkara-perkara yang rumit-rumit (rujuk artikel ini) dalam hidup ini, Nabi kaitkan dengan akhirat.

Kalau kamu beriman kepada Allah dan Akhirat, berkatalah yang baik-baik, atau diam sahaja.

Bercakap, bergurau senda dan menyakat orang memang seronok. Tambahan pula kalau kita dicabar. Lebih bersemangat kita mengumpul hujah nak bertikam lidah. Lebih seronok lagi kalau dapat menyakitkan hati pihak lawan.

Nak berkata, katalah apa sahaja. Takkan kering air liur. Namun, bagi yang beriman dengan akhirat, nilai kata-kata itu besar ertinya. Ada kata menjadi pahala, banyak pula kata yang menjadi dosa. Diam mulut dari berkata, diam tangan dari menulis blog, jika tidak ada yang baik-baik ingin disampaikan.

.

Besar

Benda yang bernilai tinggi, tinggi harganya, justeru tinggi pengorbanan untuk memperolehnya.

Soalnya apa perkara bernilai tinggi di mata anda? Atau anda selesa hidup dipenuhi batu kecil, pasir, habuk dan debu?

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan ia terbuang sebagai debu yang berterbangan.

[25: 23]

(Serta dikatakan kepadanya): “Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu beradadalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)”.

(50:22)

.

p/s : Semoga lulus dengan cemerlang buat semua yang akan atau sedang menghadapi peperiksaan… Semoga dipermudahkan segala urusan =)…

Wednesday, July 14, 2010

NEW Line Up INTECHSS


New-Line Up of INTECHSS 2010/2011

President

Mohamad Afiq Bin Azlani

Vice President 1

Muhammad Haziq Fikri Bin Zaid

Vice President 2

Nurul Amalina Bt Md Ali

Secretary

Halimaton Saadiah Bt Rusli

Asst Secretary

Nurazah Fathirah Bt Kamarulzaman

Treasurer

Nur Farhanah Bt Zainal

Asst Treasurer

Masyitoh Bt Abd Rahim

Head Publication and Information

Muhammad Ariff Imran Bin Norisham

Asst Head Publication and Information

Hafizatul Salma Bt Harif Fathilah

Head of Discipline and Welfare

Badrul Hadi Bin Ahmed

Asst Head of Discipline of Welfare

Nur Atiqah Bt Ahmad Irfan

Head of Education and Training

Sharifah Munirah Bt Syed Yahaya

Asst Head of Education and Training

Ahmad Zuhaili Ikhwan Bin Ahmad Khairi

Head of Arts and Recreation

Adis Nabawi Bin Azizan

Asst Head of Art and Recreation

Nuraini Binti Tarnizzi

Head of Da’wah

Alif Azuan Bin Amiruddin

Asst Head if Da’wah

Nor Musfirah Bin Abdul Raof

Tuesday, July 13, 2010

NEW Line UP of IDEAsS(Architecture and Environmental Design)


Bismillahirrahmanirrahiim...







PRESIDENT : MUHAMMAD FARIS BIN ZAINUDIN


VICE PRESIDENT I : SITI ZAFIRAH BTE IBRAHIM
VICE PRESIDENT II : MOHD HANIF BIN ZAINI


SECRETARY : NURKHALEDA BTE MOHD NASIR
ASS. SECRETARY : HASYIMAH BTE HASSAN


TREASURER : TAQIAH SABIRAH BTE RAHIMI
ASS. TREASURER : NORIZZATI BTE MANSOR


HEAD OF EDU & TRAINING : NORMIMI HARTINI BTE MD NOR
ASS. OF EDU & TRAINING : WAN MASYITAH BTE WAN DAUD
SUB COM EDU & TRAINING : MOHD AZIZI BIN MOHD AZHAR
: MOHD ARIS BIN MOHD ABARUDIN
: WAN ‘AISYAH FATIHAH BTE WAN SIDI SAIREE


HEAD OF ART & REC : MUHAMMAD ARIFUDDIN BIN SAUFI
ASS. OF ART & REC : ASSILA AMALINA BTE CHE MAZLAN
SUB COM ART & REC : WAN SRI RAHAYU BTE WAN ABU BAKAR
: MUHAMMAD SYAUQI BIN MOHSIN
: MUHAMMAD IRFAN BIN SHATHIRAN


HEAD OF INFO & PUB : MOHAMAD KHAIRQAL ASYRAF BIN KHAIR ZAKI
ASS. OF INFO & PUB : SITI AISYAH BTE MOHD JOHAR
SUB COM INFO & PUB : NORFAIZAHTUL AZIEMAH BTE DZULKEPLI
: DAYANG AZURA BTE AMIEN
: NUR FARHANAH BTE SAEDIN
: AFIFI BIN ZAINUDIN


HEAD OF DISCIP & WELF : IZZUDDIN BIN ZAKARIA
AS.HEAD OF DISCIP & WELF : NABIHAH BTE MOHD ARIN
SUB COM DISCIP & WELF : NURUL FARAHAH BTE RAZALI
: MOHD IZZAT AMIR BIN ZAKARIA
: SITI FATIMAH AZZAHRA BTE MOHD NAZRI


HEAD OF ENTREPRENEUR : NORMAIZATUL AKMA BTE MD GHANI
ASS. OF ENTREPRENEUR : MUHAMMAD NAJIB NAIF BIN SAZALI
SUB COM ENTREPRENEUR : MUHAMMAD NORSHARIMAN BIN ZAINAL
: SITI NUR AISYAH BTE MOHD ISA
: WAN HAZIRAH BTE WAN OSMAN
: ‘AZIZUL HAKIM BIN OMAR



I'Allah lineup2 baru ini akan melaksanakn AMANAH mereka dengan jayanya..Juga sokongan dari rakyat2 students sekalian agar menyokong sepenuhnya lineup2 ini..LILLAHITA"ALA..

Nabi bersabda :( Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu dipertanggungjawab atas apa yang dipimpin nya) Al Bukhari: 893 Muslim: 1829

Masa depan generasi muda Islam



Cuba anda semua perhatikan gambar bayi di atas. Dapatkah anda semua bayangkan bagaimanakah nasibnya jika ditakdirkan umurnya panjang sehingga meningkat dewasa? dimanakah dia dapat bergantung harap? bagaimana cara dia ingin meneruskan kehidupan sehariannya? bagaimana dia ingin mencari kedua ibu bapanya? bagaimana pula tentang nasab keturunannya, adakah dia mengetahuinya?

Apa yang bakal saya tulis mungkin terlalu idealistik, boleh jadi sukar dihadam oleh para pembaca. Apa yang ingin saya sampaikan bukanlah tentang ungkitan hari semalam, tetapi jangkauan hari esok. Siapa tahu apa akan terjadi pada kita nanti? Ketidakpastian tentang masa depan menjadikan hidup ini sangat mencabar.

Kita berjalan di dalam gelap yang kian mencerah hari demi hari. Apa yang kita tidak pasti tentang diri kita 10 tahun yang dulu, kini kita telah mendapat jawapannya. Apa yang kita tertanya-tanya tentang diri kita pada 10 tahun akan datang, kita harus terus berlalu agar jawapan itu kita ketemu. Apa yang kita nampak dan lihat, itu adalah kejadian sekarang. Masa depan tiada siapa yang pasti.

Namun Allah itu Maha Indah. Menciptakan perjalanan alam yang begitu mempesonakan. Ada konsep Cause and Effect. Kita akan dibalas sesuai dengan apa yang kita beri. Ertinya realiti keadaan hidup pada hari ini adalah unjuran daripada segala aktiviti yang lalu. Dan segala perbuatan hari ini bakal mengundang kesan pada hari esok.

Ya, memang kita tidak pasti, dan sukar untuk mengerti masa depan kita. Namun ketahuilah, kelalaian kita dalam merenung masa depan akan menjadikan kita manusia yang berbuat sewenang-wenangnya. Mungkin jangkauan kita kurang tepat, namun sikap mengambil peduli dan berfikiran jauh menjadikan kita lebih berhati-hati.

Ini bukan soal menilik nasib Umat dan melontarkan sewenang-wenangnya tanggapan mengikut suka hati, tapi apa yang saya cuba lakukan ialah membawa kita merenung keadaan masyarakat hari ini dan merelatifkannya dengan masa depan, mungkin 10 tahun lagi, atau 20 tahun lagi. Saya cuba menimbulkan persoalan yang harus difikirkan bersama. Ini juga bukan soal melihat dunia daripada sudut pandang yang negatif, lalu terus memberikan kesimpulan yang menutup pintu perubahan, tetapi ini adalah soal melontarkan realiti dan mencari solusi.

Apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini mirip apa yang pernah terjadi dalam kehidupan masyarakat Jahiliyyah Arab. Tidak keterlaluan jika disebut sebagai Jahiliyyah Moden. Intelektual dan kejahilan wujud bersama dalam sebuah masyarakat, intelek dalam urusan keduniaan, jahil dalam urusan agama dan akhlak. Binaan dan runtuhan juga wujud sekali, terbinanya bangunan tinggi di atas runtuhan akhlak.

Kalau dahulu masyarakat Jahiliyyah terkenal dengan perbuatan menanam anak perempuan yang baru lahir, hari ini bukan setakat anak perempuan, dan bukan setakat tanam. Ada yang menghumban ke dalam air sungai, ada yang membiarkan dalam mangkuk tandas, ada yang membuang dalam tong sampah begitu sahaja.

Kalau masyarakat Jahiliyyah dulu memperdagangkan wanita dan merendahkan martabat wanita, hari ini juga berlaku. Wanita dijadikan bahan pemuas nafsu, ada yang dirogol, dibunuh, dijual, disimpan, ditukar ganti sesuka hati. Bahkan dilakukan dengan pelbagai cara yang lebih kejam dengan bantuan alat teknologi. Gambar lucah disebarkan di sana-sini, wanita bertelanjang menjadi paparan di mana-mana.

Mudah bicaranya, perbuatan jahiliyyah berulang, dan semakin bertambah genre dan cara melakukannya. Generasi muda antara golongan yang menjadi pelaku aktif kepada perbuatan-perbuatan sebegini. Ya, Generasi Muda Islam. Bukan semua, tetapi kebanyakannya. Ini memberi impak secara langsung kepada masyarakat umumnya, kerana generasi muda adalah penggerak kepada masyarakat.

Jika inilah realitinya, ke manakah arahnya masyarakat akan digerakkan? Bagaimanakah dengan nasib anak-anak yang baru lahir, generasi yang baru melihat dunia? Apakah mereka akan berpeluang hidup tanpa noda dan penuh didikan agama jika generasi muda sedia ada begitu daif dan tak mampu memberi? Tak mampu mendidik apatah lagi membawa perubahan.

Apabila saya menyebut tentang masa depan generasi muda kini, ia bererti keadaan masyarakat setelah generasi muda ini menjadi golongan tua dan ada pula generasi muda baru di bawah mereka. Jika generasi muda sedia ada sudah begini gayanya, apakah harapan kita tentang generasi baru yang akan dibentuk oleh mereka nanti?

Bagaimanakah seorang ibu yang minah rempit dan jahil dalam pelbagai sudut kehidupan hendak mendidik anaknya menjadi baik dan soleh? Bagaimana pula seorang ayah yang juga seorang perogol nak membentuk anaknya menjadi beriman? Bagaimana ibu-ibu yang pakaiannya tak cukup kain, nak menyuruh anaknya menutup tubuh dan memelihara kehormatan? Bagaimanakah seorang ibu dan ayah yang tak tahu membaca Al-Quran, nak mendekatkan diri anaknya kepada Al-Quran dan kepada Tuhan? bagaimana??

Bagaimana dan bagaimana…persoalan itu terus berkembang sehingga kita sedar bahawa masa depan kita nampak kelam. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

“Tak apa, kita muda lagi, enjoy la dulu”

Terpulang, enjoy lah, setakat mana yang kita mampu, kalau itu yang kita nak. Kelak jangan menyesal di masa depan, dan jangan salahkan generasi yang baru lahir jika mereka lebih rosak daripada generasi muda sedia ada. Persoalannya, apakah kerosakan generasi hari ini kerana kelalaian golongan tua kini, ketika mereka muda dahulu? Kalau ada seorang pakcik berbicara penuh semangat “generasi muda hari ini dah rosak!”, cuba tanyakan padanya, “apa yang telah pakcik lakukan sampai sebegini rosak generasi kini?”

Saya telah lontarkan, sekarang kita fikirkan. Pasti ada penyelesaian. Pasti ada jalan penyelamatan.

Artikel ini dipetik dari laman web yang pasti tidak asing lagi pada sahabat2..iluvislam.com..
Di sini suka untuk saya mendengar pandangan dan komen drpd shbat2 tentang isu yg sdg hangat diperkatakan ini. Semoga dgn respon drpd shbat2 dpt mmberikan manfaat buat semua.InsyaAllah....

Mengapa sukar untuk mencintai-Mu



Mengapa begitu sukar mencintai Allah? Ya, benar. Memang sukar mencintai Allah. Walaupun kita tahu bahawa Dialah yang sewajarnya kita cintai. Budi-Nya, kasih-sayang-Nya, nikmat-Nya terlalu banyak untuk dimungkiri. Segala kebaikan Allah yang dilimpahkan-Nya ke atas kita melebihi kebaikan manusia. Sekalipun manusia itulah yang paling baik dengan kita.

Hatta kasih ibu yang sejati itupun hanya ‘sekelumit’ jika hendak dibandingkan dengan kasih Allah yang melangit. Ya, sekali lagi kita bertanya kepada hati kita… kenapa sukar benar mencintai-Nya? Walaupun fikiran kita mengiyakannya, iaitu lojik dan patut kita mencintai Allah. Tetapi hati kita masih berat, masih sukar merasainya.

Mengapa hati sedegil itu? Untuk mengetahui kenapa, mari kita bandingkan hati kita dengan fizikal kita. Dalam keadaan badan sihat, kita boleh makan dengan berselera sekali. Hadapkan ayam goreng, asam pedas, tomyam atau apa sahaja masakan yang enak-enak, tentu mulut kita dapat menikmatinya dengan lazat.

Tetapi apa kata kalau badan kita tiba-tiba jatuh sakit? Demam selsema menimpa. Tekak kita jadi pahit, selera kita jadi sempit. Ketika itu, hidangkanlah makanan selazat manapun, insya-Allah mulut kita akan menolaknya. Yang manis terasa pahit. Segala-galanya bertukar menjadi hambar, kelat dan meloyakan.

Kenapa jadi begitu? Apakah makanan itu yang berubah rasa atau mulut kita yang berubah selera? Tidak, makanan tetap sedap. Tetapi bila badan kita sakit, selera kita akan pahit. Begitulah hati kita apabila tidak mahu mencintai Allah. Bukan kerana cinta Allah itu tidak agung, tidak hebat, tidak indah tetapi hati kita yang sakit.
Hati yang sakit tidak akan dapat menikmati keindahan cinta Allah seperti badan yang sakit tidak dapat menikmati kelazatan makanan. Jika perbandingan ini dapat diterima, maka kita boleh mengukur tahap ‘kesihatan’ hati kita.

Rupa-rupanya dalam kehidupan ini ramai manusia (termasuk kita) yang ‘sakit’ hati. Bila kita tidak dapat merasai cinta Allah, sebaliknya lebih cinta selain Allah, maka itulah tandanya hati kita sedang menderita kesakitan. Malah ‘sakit’ hati ini lebih buruk akibatnya daripada sakit fizikal.

Jika sakit fizikal akan menyebabkan kita menderita di dunia, sakit hati akibat gagal mencintai Allah akan menyebabkan kita menderita di dunia dan menderita di akhirat. Jika sakit fizikal berakhir dengan kematian, tetapi ‘sakit’ hati akibat lebih parah. Kita akan menderita selama-lamanya di akhirat.
Mengapa hati kita sakit?

Hingga dengan itu hati tidak bergetar lagi dengan cinta Allah? Bukankah cinta Allah itu fitrah? Ertinya, cinta Allah itu adalah ‘makanan’ atau ‘penawar’ kepada hati manusia. Sebelum menjawabnya izinkan saya membawa satu analogi. Katalah, ada seorang anak yang sejak kecilnya lagi sudah dipisahkan daripada ibunya yang sejati. Oleh kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, anak itu dipelihara oleh ibu angkat. Masa berlalu bertahun-tahun. Hinggalah anak itu mencapai usia dua puluhan.

Tiba-tiba, si anak mengetahui rahsia yang dia sebenarnya cuma anak angkat sahaja kepada ‘ibunya’ sekarang. Dia pun mencari ibunya yang sejati. Ibu yang telah mengandungkan dan melahirkannya. Maka di hari pertemuan bersejarah itu (masih ingat program Jejak Kasih?), sianak pun bertemu dengan ibu sejatinya ditemani oleh ibu angkatnya.

Saya ingin bertanya, dan anda boleh menjawabnya… pada ketika itu, siapakah yang lebih dikasihi oleh sianak? Ibu sejati yang telah terpisah sekian lama itukah atau ibu angkatnya yang telah memelihara selama ini?

Anda pasti setuju kalau saya katakan, hati sianak akan lebih mengasihi ibu angkat yang telah memeliharanya selama dua puluh tahun berbanding ibu sejati yang baru dikenalinya pada hari pertemuan itu. Walaupun pada lojik dan dari segi rasionalnya, ibu sejati perlu dikasihi berbanding ibu angkat, tetapi dari segi perasaan sianak tidaklah begitu. Sayang bukan paksaan. Sayang bukan pemikiran. Tetapi ia soal rasa. Ia datang dengan sendirinya. Kenapa sayang dan cinta sianak tak mahu bertandang walaupun dia patut merasa begitu?

Kenal Allah Dari Alam Roh

Maka begitulah halnya dengan hati kita. Sebenarnya, sejak di alam roh lagi kita sudah kenal Allah dan mengakui Dialah Tuhan kita. Firman Allah:
“Bukankah Aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab, ‘Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.”
Al-A’raf : 172

Di alam roh lagi kita telah mengenal Allah. Bahkan telah mengakuinya sebagai Rob (Tuhan kita). Mengenal Allah ertinya mencintai Allah. Kerana siapa sahaja yang kenal Allah, pasti akan mencintai-Nya. Namun perlu diingat, mengenal dan mengetahui itu berbeza. Mengenal dengan hati, mengetahui dengan akal. Sebenarnya, hati kitalah yang telah mengenal Allah di alam arwah dahulu bukan akal kita. Tegasnya, cinta sejati sejak diri bermula ialah cinta Allah.

Malangnya, ramai manusia dipisahkan daripada cinta sejati itu sebaik sahaja mereka lahir ke dunia. Kita mula dipisahkan daripada cinta Allah seperti seorang anak yang dipisahkan daripada ibu sejatinya. Sejak itu tempat cinta sejati di hati kita telah diambil oleh ‘cinta angkat’. Kita telah terpisah dari Allah. Siapa yang memisahkan kita daripada cinta Allah? Sedih, yang memisahkan manusia daripada cinta Allah kerap-kalinya ialah ibu-bapa mereka sendiri. Ibu-bapa tidak mengenalkannya kepada Allah.

Akibat Benih Cinta Allah Terbiar

Konsep didikan yang bertitik-tolakkan ‘Awaludin makrifatullah’ – awal agama mengenal Allah’ tidak diberikan. Benih cinta Allah yang sudah ada dalam diri terbiar. Tidak dibajai dan diairi. Akibatnya, kita kenal ‘selain Allah’. Maka cinta kita pun beralih arah. Hakikat ini ditegaskan oleh sabda Nabi saw:

“Tiada seorang bayi pun yang lahir melainkan dia dilahirkan di atas fitrah. Lalu kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Majusi atau Nasrani, seperti haiwan itu melahirkan haiwan yang sama secara utuh. Adakah kamu menemukan adanya kecacatan?”
Riwayat Bukhari

Bermula dari situ perpisahan dengan cinta Allah pun bermula. Makin bertambah usia semakin jauh jarak perpisahan itu. Kekadang oleh corak pendidikan yang diterima. Begitu juga media massa yang didengar dan lihat. Apa lagu yang didengarnya? Apa filem yang ditontonnya? Cinta siapa yang lebih kerap dilihat dan didengarinya? Malang sekali, bukan cinta Allah tetapi cinta selain-Nya.

Puluhan tahun si anak dibuai oleh cinta makhluk seperti seorang anak yang dipelihara oleh ibu angkatnya. Hati, pemikiran, perasaan bahkan jiwa telah diserah seluruh dan sepenuhnya kepada ‘cinta angkat’ itu. ‘Cinta angkat’ itulah yang mendodoikannya sejak dia dalam kandungan ibu, di dalam buaian, di rumah, di sekolah, di dalam masyarakat dan di seluruh persekitarannya. Pancaindera kita sepenuhnya berinteraksi dan berkomunikasi dengan cinta itu sahaja. Dan pada ketika itu manusia yakin sepenuhnya bahawa ‘cinta angkat’ itulah cinta sejati kita.

Mencari Cinta Sejati

Ada orang yang bernasib baik, tiba-tiba arus kesedaran melanda. Cahaya ilmu menerpa dengan tiba-tiba. Lalu tersentaklah dia bahawa cinta itu bukan cinta yang sejati. Ada cinta yang lebih hakiki. Itulah cinta Allah. Dia mencari cinta itu, seperti anak angkat yang mencari ibunya yang sejati. Lalu dia menemuinya.

Menerusi pengajian, melalui pembacaan, menerusi lidah para daie, melalui tarbiah para ulama tahulah dia bahawa Allah-lah cinta yang sejati. Namun… semuanya masih di daerah ilmu, bukan di alam rasa. Dia tahu Allah wajib dicintai, tetapi hatinya tidak merasai. Aduh, malangnya… akal tahu, hati tak mahu!

Apa yang perlu dibuat bila hati telah sakit? Tidak ada lain, kita mesti mengubat dan merawatnya. Samalah seperti fizikal yang sakit, ia perlukan ubat dan rawatan. Oleh kerana fizikal kita berasal dari tanah, maka buatnya pun mesti berasal dari tanah. Feram, Natrium, Magnesiam dan lain-lain unsur semuanya dari tanah. Herba juga demikian.

Ubat sakit fizikal yang berasal dari tanah juga berasal dari tanah. Namun hati adalah soal rohani, ia bukan berasal dari tanah. Jadi ubat dan penawarnya bukan dari tanah. Tetapi ubat bagi hati ialah kembali kepada asalnya, yakni kembali dekat kepada Allah.
Hati yang dekat kepada Allah akan tenang dan sihat semula. Ia telah kembali kepada fitrahnya. Itulah ubat hati. Namun jalan ke situ bukan mudah. Ubat sakit fizikal selalunya pahit. Rawatan sakit fizikal juga perit. Tetapi oleh kerana inginkan badan yang sihat kita rela menelannya. Kita rela berpantang. Menahan daripada makan makanan yang berkolestrol, lemak, manis, masin, berminyak walaupun itu semua kesukaan kita. Kita ikut semua nasihat doktor. Berlari, bersenam dan mengawal stresss… kita ikuti, patuhi walaupun berat kerana inginkan sihat.

Pengubat Hati

Maka begitulah jalan untuk menyihatkan hati. Penawarnya pahit. Ubat jarang yang manis. Namun, semua itu perlu ditempuh jua. Apakah ubat hati?

• Hadiri majlis ilmu iaitu ilmu yg memberi menfaat.
Mula-mula lazimilah menghadiri majlis ilmu. Ilmu adalah cahaya hati. Majlis ilmu adalah ‘taman syurga’ di dunia. Kata ulama, siapa yang tidak menghadiri majlis ilmu selama 40 hari (sesetengahnya mengatakan 7 hari) maka hati seseorang akan keras.
Walaupun berat kaki melangkah, gagahilah juga sepertimana pesakit yang terpaksa menelan ubat yang pahit. Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Dengan ilmu kita dapat mengetahui sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna. Nama-Nya yang baik dan mulia.

• Amal ilmu, dirikan solat.
Dari sana, susuli langkah seterusnya. Ilmu imam, amal adalah makmumnya. Mulalah amalkan latihan-latihan asas dan teras untuk merawat hati. Ubat hati ialah zikrullah – ingat Allah. Dan cara mengingati Allah yang paling utama ialah mendirikan solat. Solat juga dikatakan berasal dari ‘silah’ (penghubung) antara hamba dengan Tuhan.
Fahami makna bacaan, hayati erti gerakan dan resapkan rasa-rasa daripada segalanya itu ke dalam hati. Walau susah sungguh, tetapi paksalah diri.

Sedangkan bisa boleh jadi biasa apabila dilazimi, apatah lagi ‘penawar’ tentulah lebih mudah kita biasakan apabila dilazimkan. Ingat solat itu penawar. Walaupun sukar kita merasa kemanisannya di peringkat awal, tetapi kemanisannya pasti datang juga jika kita berterusan mengamalkannya.

Ingat selalu kata-kata, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. No pain, no gain. Sedangkan merebut cinta makhluk pun susah, apalagi mencari cinta Allah. Tentulah lebih susah. Tidak ada jalan mudah, itulah jalannya… jalan mujahadah.

• Berpantang
Seperti sakit fizikal yang perlu pada pantang larangnya, begitu jugalah ‘sakit hati’ ada juga pantang larangnya. Makan ubat tidak boleh diiringi makan ‘racun’. Apalah ertinya kalau kita rajin makan ubat penyakit darah tinggi, jika kita terus makan daging, garam dan lemak secara berlebihan?

Atau pesakit kencing manis yang rajin menyuntik insulin tetapi rajin juga minum teh tarik yang manisnya keterlaluan? Penyakit tidak akan sembuh, jika melanggar pantang. Bahkan, sesetengah pengamal perubatan menegaskan berpantang lebih baik daripada berubat.

Begitulah halnya dengan usaha penyembuhan ‘sakit hati’, ada pantang larang juga. Perlu ‘berpantang’ daripada perkara-perkara yang boleh menyuburkan nafsu. Misalnya, melihat, mendengar atau terlibat secara langsung dengan perkara-perkara yang diharamkan seperti pergaulan bebas, program hiburan yang merangsang nafsu, filem-filem lucah, dan lain-lain suasana yang boleh menyuburkan hawa nafsu. Sebaik-baiknya carilah kawan yang seiya sekata. Bentuk kumpulan kecil yang mempunyai satu fikiran, satu tujuan dan satu rasa – yakni sama-sama ingin mencari cinta Allah.

• Cari perkumpulan yang baik.
Untuk buat baik, perlu ada kumpulan. Untuk buat jahat, perlu ada ‘geng’. Bila ada perkumpulan (dulu dikampus sering dinamakan study group atau usrah), maka tentu ada program. Program yang baik boleh dibentuk sebagai alternatif kepada program yang negatif. Membaca dan mengkaji buku-buku agama, meningkatkan ilmu fardhu Ain, mendengar kuliah tafsir, mendengar nasyid-nasyid atau lagu-lagu yang baik, program riadah, sukan dan rehlah yang Islamik adalah program-program soleh yang boleh diatur oleh perkumpulan itu.

Ini adalah penebat kepada idea-idea nakal dan jahat yang boleh menggoda kita. Kita ada kawan, ada aktiviti dan akhirnya terbentuklah suasana dan persekitaran yang soleh. Masa lapang kita akan terisi. Ingat, musuh orang muda adalah ‘masa lapang’. Masa lapang ini perlu diisi dengan kesibukan belajar dan memperbaiki diri. Dengan adanya program-program ini pantang larang dalam usaha menyembuhkan hati yang sakit dapat dijaga. Ada kawan mengingatkan. Ada program yang menyibukkan. Ada suasana yang mencorakkan.

Inilah sebahagian langkah untuk mengubat ‘sakit hati’ di kalangan para orang muda masakini. Sebelum berpisah renungilah kata Imam Ghazali rhm:

“Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur.
Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburnya di dalamnya. Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.”

Oleh itu, takutlah kepada kemurkaan Allah. Carilah keredhaan Allah ketika di dunia lagi. Di akhirat nanti, bukan tempat untuk berbuat beramal. Alam akhirat ialah tempat kita diperlihatkan kebaikan mahupun kejahatan walau sebesar zarah pun.

Ya Allah, bantulah kami untuk ingat pada Mu, syukur pada Mu dan mengelokkan ibadah kami kepada MU! Bantulah mujahadah kami ya Allah…

sumber:http://genta-rasa.com

Thursday, July 8, 2010

Pergaulan bebas itu haram



Di antara jalan-jalan yang diharamkan Islam ialah: Bersendirian dengan seorang perempuan lain. Yang dimaksud perempuan lain, iaitu: bukan isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikahwin untuk selama-lamanya, seperti ibu, saudara, dan sebagainya.

Ini bukan bererti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah satunya, tetapi demi menjaga kedua insan tersebut dari perasaan-perasaan yang tidak baik yang biasa bergelora dalam hati ketika bertemunya dua jenis itu, tanpa ada orang ketiganya.

Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda sebagai berikut:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, karena yang ketiganya ialah syaitan." (Riwayat Ahmad)

"Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan seorang perempuan, kecuali bersama mahramnya. "

Imam Qurthubi dalam menafsiri firman Allah swt yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, iaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53, yang ertinya: "Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. Karena yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu," mengatakan: maksudnya perasaan-perasaan yang timbul dari orang laki-laki terhadap orang perempuan, dan perasaan-perasaan perempuan terhadap laki-laki. Yakni cara seperti itu lebih ampoh untuk meniadakan perasaan perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan dan lebih positif untuk melindungi keluarga.

Ini bererti, bahwa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dalam hubungannya dengan masalah bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Oleh karena itu menjauhi hal tersebut akan lebih baik dan lebih dapat melindungi serta lebih sempurna penjagaannya.

[Halal & Haram Dalam Islam by Sheikh Yusuf Qardhawi]

Alangkah cantiknya ajaran Islam, segala aspek dalam kehidupan kita dititikberatkan termasuklah dalam aspek pergaulan antara lelaki dan perempuan. Dan jika kita semua renung balik, memang semua peraturan Allah itu terbaik buat kita. Untuk apa Dia menetapkan peraturan itu, untuk menjaga kesejahteraan hidup hamba-hambaNya, kerana Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Cuba bayangkan bagaimana jika seluruh manusia di dunia ini mempraktikkan ajaran Islam? Jika itu terjadi nescaya amanlah dunia ini tanpa tragedi-tragedi ganas hasil buatan tangan manusia yang dikuasai hawa nafsu.

‘Tegakkanlah Islam dalam dirimu, nescaya tertegaklah Islam di muka bumi ini’
Let’s practice Islamic ethics in our life!!!

Monday, July 5, 2010

NeW LiNe Up ENGENIUS


PRESIDENT
Abdullah 'Afifi b Zainudin

VICE PRESIDENT 1
Muhammad Shahir b Yusup

REPRESENTATIVE VICE PRESIDENT 1
Aliff b Yazif

VICE PRESIDENT 2
Syarah Munirah bt Mohd Zailani

REPRESENTATIVE VICE PRESIDENT 2
Siti Nur Asiah bt Rahim

SECRETARY
Siti Zubaidah bt Mustaffa

ASSISTANT SECRETARY
Najihah bt Mohd Rafidi

TREASURER
Wan Muhammad Suhaimi b Wan Mohd Sofian

ASSISTANT TREASURER
Muhammad Amirullah b Zulkifli

HEAD OF INFORMATION & PUBLICATION BUREAU
Ammar Affandi b Khairol Anuar

ASSISTANT HEAD OF INFORMATION & PUBLICATION BUREAU
Nur Insyirah bt Yusri

HEAD OF EDUCATION & TRAINING BUREAU
Mohd Arijuddin b Abu Seman

ASSISTANT HEAD OF EDUCATION & TRAINING BUREAU
Nurul Aifna bt Osman

HEAD OF ARTS & RECREATION BUREAU
Muhammad Hafiz b Zahrom

ASSISTANT HEAD OF ARTS & RECREATION BUREAU
Noor Haza Syuhada bt Hashim

HEAD OF DISCIPLINE & WELFARE BUREAU
Muhammad Akramuddin b Mohd Nordin

ASSISTANT HEAD OF DISCIPLINE & WELFARE BUREAU
Fazrizatul Shakilla bt Sani

HEAD OF ENTREPRENEUR BUREAU
Ahmad Faiz Iqbal b Mohd Asri

ASSISTANT HEAD OF ENTREPRENEUR BUREAU
Siti Aisyah bt Mat Said

HEAD OF DAKWAH & TARBIAH COUNCIL
Khairul Amir b Abdul Manaf

ASSISTANT HEAD OF DAKWAH & TARBIAH COUNCIL
Balqis bt Zainal Abidin

Saturday, July 3, 2010

NeW LiNe Up PRESSS

PRESIDENT
Mohd Abdul Muhaimin b Zainol

VICE PRESIDENT 1
Mohd Ghazali b Abd Salam

VICE PRESIDENT 2
Hazirah bt Taharin

SECRETARY
Mohd Amir b Abd Halim

VICE SECRETARY
Sarah Syuhadah bt Mohd Sopie

TREASURER
Daeng Ahmad Luqman b Ahmad Termizi

VICE TREASURER
Nur Ilani bt Abd Halin

HEAD OF DISCIPLINE & WELFARE BUREAU
Umarqayyum b Abu Bakar

ASSISTANT OF DISCIPLINE & WELFARE BUREAU
Nur Syakila bt Muhammad Shafie

HEAD OF EDUCATION & INFORMATION BUREAU
Abd. Qayyum Zulkifli

ASSISTANT OF EDUCATION & INFORMATION BUREAU
Emilyana Ehwan

HEAD OF ECONOMICS BUREAU
Ahmad Jazmi Abd Rahman

ASSISTANT OF ECONOMICS BUREAU
Raihana Amirudin

HEAD OF SPORTS BUREAU
M Syazwan Rahimi M Shah

ASSISTANT OF SPORTS BUREAU
Nur Liyana bt Zakaria

HEAD OF PUBLICITY BUREAU
Syafiq Syazwan Razani

ASSISTANT OF PUBLICITY BUREAU
Siti Nur Azzahara bt Hassan

Thursday, July 1, 2010

NeW LiNe Up MEDCY


PRESIDENT
Mohd Siddqi b Abidin

VICE PRESIDENT 1
Mohd Firzan Izwan

VICE PRESIDENT 2
Nurul Husna bt Kamaruddin

SECRETARY
Siti Hafizah bt Rosli

TREASURER
Hafizuddin

VICE TREASURER 2
Bukhari

EDUCATION & TRAINING
Mohd Faezuddin b Ab. Muntalib

DISCIPLINE & WELFARE
Nur Daleela bt Azlan

SPONSORSHIP & ECONOMICS
Qistina bt Zulkifli

PUBLICATION & INFORMATION
Mohd Sahel Akmal

SPORT & RECREATION
Mohd Al Fateh b Shayuthi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain