Monday, June 28, 2010

Aku Perlukan Kekuatan





Ya Allahu Ya Aziz,
Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.

Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.

Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,
Untuk menghadapi segala cabaran & dugaan hidup ini
Demi mencapai keredhaan-Mu Ya Allah.

Saturday, June 26, 2010

Jika semuanya milik Allah, apakah yang sebenarnya aku ada??




Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.


Siapa yang jadikan mata kita ?


Mereka menjawab : Allah


Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?


Mereka : (terdiam)


Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil olehNya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberianNya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal ?


------------------


Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.


Mereka : (memegang lidah masing-masing)


Sang Guru berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.


Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing menganggukkan kepala)


Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun, berkata bohong ? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu ? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua ?

Bukankah sudah diperingatkan oleh RasuluLlah agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita tercebur ke dalam neraka ?


Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)


-----------------------------------------------------------------


Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.

Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.


Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhati telapak tangan sambil berfikir)


Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul ? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah ? memukul kawan ? menulis surat cinta ? mencuri ?


Mereka : benar ustaz... Ya Allah... ampunkanlah dosa kami....


Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menengadahkan tangan meminta keampunan kepadaNya ? Menyatakan syukur terhadapNya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan ?


Mereka : (air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepadaMu.. Aku sombong padaMu Ya Allah.....


-----------------------------------------


Lihatlah pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.


Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki)


Sang Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada ? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan ?


Mereka : (menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).


Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaanNya ? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkanNya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah ? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada ?


Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepadaNya?


Turn to Allah...

He's never far away..

(Maher Zain)

Monday, June 14, 2010


Dapatkan segera buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah.
Harga: Semenanjung Malaysia RM 30.00; Sabah/Sarawak RM 33.00
Penerbit: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.


Boleh buat pesanan melalui
Toko Buku as-Sunnah
36, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
(berdepan Pintu Gerbang A Stadium Bola Selangor, Shah Alam)
Tel/Fax: +603-55196300 / +60163306300 (Ustaz Khairul Anwar)
email: darulakhyar@gmail.com

Buku ini di tulis oleh teman karib al-Fagir iaitual-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sarawaqi. Beliau adalah merupakan pensyarah di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya, Selangor. Dan insyaAllah akan menamatkan pengajian peringkat kedoktoran (PhD) sedikit masa lagi.

Buku ini adalah merupakan sebahagian kecil daripada tajuk-tajuk perbincangan beliau di dalam buku beliau yang berjudul PERSOALAN KHILAFIYYAH DAN PENJELASAN ULAMA`, INILAH JAWAPANNYA (buku yang tebalnya mencecah 1,000 halaman ini masih di dalam proses untuk dicetak). Isi kandungan buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah ini membincangkan beberapa perkara penting yang perlu difahami di dalam rangka memahami perkara-perkara khilafiyyah. Buku ini dibahagi kepada 2 bahagian:

Bahagian Pertama membincangkan tajuk:

  • Bid’ah
  • At-Tark
  • Mafhum dan bentuk Ibadah
  • Hadits Dhaif
  • Ikhtilaf
  • Mempercayai Ulama` dan pendapat mereka
Bahagian kedua (petikan perbahasan beberapa perkara khilafiyyah daripada kitab asal PERSOALAN KHILAFIYYAH DAN PENJELASAN ULAMA`, INILAH JAWAPANNYA yang membincangkan lebih daripada 117 persoalan)
  • Melafazkan niat
  • Posisi meletakkan tangan selepas takbiratulihram
  • Menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud
  • Doa qunut di dalam sholat Shubuh
  • Kenduri/majlis tahlil
  • Talfiq
  • Tidak bermazhab dan lain-lain

Untuk mengetahuinya, maka sila dapatkan buku tersebut!

iLuvislam.com Lancarkan iLi Platform™ & iLiCool™

Alhamdulillah, iLuvislam.com maju setapak lagi dengan pelancaran iLi Platform™. Ia merupakan satu platform di mana para programmer iLuvislam dan sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran programming; untuk membangunkan 'web application' dengan menggunakan API (Application Programming Interface) yang disediakan oleh iLuvislam.com.



Bagi memulakan langkah, team programmer iLuvislam sendiri telah mencipta sebuah aplikasi perintis yang dinamakan iLiCool™. Ia membolehkan pengguna iLuvislam.com mengetahui 'update' terbaru dari kami tanpa membuka 'browser' dan tanpa perlu kerap memeriksa isi kandungan baru iLuvislam.com setiap masa.


InsyaAllah dari masa ke masa, kami akan membangunkan pelbagai lagi aplikasi yang menggunakan
iLi Platform™.

Malah, kami memberi peluang kepada mana-mana programmer untuk bersama membangunkan pelbagai aplikasi menarik! Jika anda berminat dan mempunyai kemahiran, emailkan resume anda kepada:




Bagi 'download' dan 'install'
iLiCool™, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti :

1. Sila klik link di bawah untuk 'download' Adobe AIR.

Download Abode AIR

2. Sila klik link di bawah untuk 'download' iLiCool™

http://www.notify.iluvislam.com/getFile.php

3. Selepas itu, 'install' Adobe AIR ke dalam komputer anda dengan klik icon seperti di bawah :

4. Selepas 'install' Adobe AIR, sila 'install' iLiCool™ dengan klik icon seperti di bawah :

Setelah anda siap 'download' dan 'install', screenshot seperti di bawah akan keluar :


Ikon akan berada di toolbar komputer anda, seperti contoh di bawah :



Apabila anda klik ikon , interface aplikasi akan keluar seperti di bawah :



Fungsi sebahagian ikon :

Jumps to the first page of content
Checks for application update on the server

Bagi ikon lain, kami menggalakkan anda untuk mencubanya sendiri.

Selamat mendownload dan mencuba!

Apa tangungjawab kita terhadap Rasulallah S.A.W



1. Beriman dengan yakin Terhadap Kenabian Nabi Muhammad s.a.w.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَى رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنْزَلَ مِنْ قَبْلُ وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا

Maksudnya; Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barang siapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.

عن عبد القيس قال أمرهم بالإيمان بالله وحده، قال: أتدرون ما الإيمان بالله وحده؟، قالوا: الله ورسوله أعلم. قال: شهادة أن لا إله إلا الله، وأن محمدا رسول الله، وإقام الصلاة، وإيتاء الزكاة، وصيام رمضان، وأن تعطوا من المغنم خمس…

Maksudnya; Rasulullah menyuruh beriman dengan Allah yang esa, Rasululuuah saw bertanya, tahukah kamu apa apa maksud beriman dengan Allah yang esa ? Meraka menjawab Allah dan Rasulnya lebih mengetahui, Iaitu menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa dibulan Ramadhan dan memberikan 1/5 dari daripada harta rampasan.



2. Mencintai Nabi Muhammad s.a.w

قالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ

Maksudnya; Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehingga Aku lebih dicintai dari anaknya, bapanya dan seluruh manusia.



3. Mencontohi Akhlak Nabi Muhammad s.a.w

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Maksudnya; Sesungguhnya pada diri Rasululah saw itu contoh terbaik bagi mereka yang mengharapkan Allah, hari akhirat dan banyak mengingati Allah.



4. Menerima dan amalkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya; Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Maksudnya; Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.



5. Ikut arahan Nabi Muhammad s.a.w

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya; Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang



6. Amalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من تمسك بالسنة دخل الجنة

Maksudnya; Sesiapa yang berpegang dengan sunnah ku, ia masuk syurga.



7. Mempertahankan dan memperjuangkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “من تمسك بسنتي عند فساد أمتي فله أجر مائة شهيد

Maksudnya; Sesiapa yang berpegang dengan sunnah ku ketika umat ku telah rosak, maka baginya pahala 100 orang mati syahid.



8. Sentiasa mengingati Nabi Muhammad s.a.w

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya; Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.

http://usrahrasahati.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blog2 lain